26

5.1K 116 6
                                    

Tit! Tit! Tit!

Kedengaran bunyi mesin sahaja di dalam wad itu. Meskipun ada manusia.

" Papa "

Adli memulakan bicara. Dia memandang Izrina yang terbaring kaku tanpa sebarang pergerakan itu.

Aiden memandang Adli. Anak-anak yang lain hanya diam memandang mama mereka.

" Bila mama bangun? "

Aiden tersenyum miris. Kalau ditanya soalan itu pada dia, sejujurnya dia tidak tahu. Dia tak tahu apa yang akan jadi. Apa lagi yang akan timpa keluarga dia. Tak.

Tapi apa yang dia tahu, dia akan sentiasa di sisi Izrina sampai satu tahap keajaiban berlaku atau tidak.

" Mama nampak cantik. Dengan mata terpejam "

Adlina mengelus muka Izrina. Dia rindu wajah ceria mama dia.

Aiden tersenyum. Maira memang jaga Izrina rapi kalau dia bekerja. Thanks mama.

" Diq nak peluk mama. Rindu nak manja dengan mama. Bila mama nak bangun? "

Yang lain diam. Mereka tahu betapa Adiq begitu manja dengan Izrina walaupun ada Adri yang paling bongsu.

" Semua sayang mama kan? Doakan mama supaya bangun. Sentiasa minta pada Allah untuk kejut mama daripada mimpi dia. Sekarang ni mama masih dalam mimpi dia. " ujar Aiden sambil mengusap kepala Adri yang duduk di riba dia.

Mereka mengangguk.

Aiden tersenyum melihat semua menadah tangan berdoa. Dalam hati, dia mengAminkan semua doa anak-anak dia.

Rin, nampak kan betapa mereka rindu awak? Bangun sayang. Saya masih tunggu awak. Awak tak penat ke tidur dah dua minggu ni? Masih tak jumpa jalan keluar mimpi awak ke?

Aiden tersenyum kecil melihat anak-anak dia mengusap tangan Izrina, menggenggam tangan mama mereka , bercerita setiap apa yang berlaku pada mereka harini. Alahaii comel sungguh.

" Mama, bangun taw. Lina banyak nak ajak mama buat cup cake. Lina rindu " ujar Adlina.

Kalau nak dikatakan dia rapat dengan siapa, dia rapat dengan Aiden. Tapi dia lebih rindukan Izrina sekarang.

Mama yang selalu tolong dia berhias.

Yang selalu tolong sikat rambut dia.

Yang selalu pilihkan baju yang lawa untuk dia.

Yang selalu dengar luahan hati dia.

Ye, itu mama dia.

Yang takkan terganti.

" Adli pun rindu mama. Adli rindu nak dengar mama bercerita " ujar Adli.

Bagi Adli, dia hero mama dia.

Mama yang kandungkan dia.

Mama yang selalu nasihat supaya jaga adik-adik.

Mama yang selalu suruh jaga Adlina.

Ye, itu mama tercinta dia.

Adiq dan Adri hanya diam. Mereka yang paling banyak meluangkan masa dengan Izrina.

Mama mereka yang selalu join mereka bermain di luar.

Yang selalu masak sedap untuk mereka.

Yang selalu bercerita sebelum tidur.

Tak mungkin mereka lupa semua tu.

Aiden hanya diam mendengar luahan hati anak-anak dia. Dia nampak air mata yang mengalir di wajah Izrina. Dia tahu Izrina dengar. Dia tahu Izrina cuba untuk bangun. Dan dia akan terus di sini sampai Izrina bangun. Bangun dan panggil dia .

¤¤¤¤

Izrina tak tahu dia dekat mana sekarang ni. Apa yang dia nampak cuma putih. Sekeliling dia ibarat dinding putih yang takde apa-apa.

Setiap kali dia melangkah, dia selalu dengar luahan semua orang yang datang dalam wad tu. Dia nak bangun. Tapi dia masih tak jumpa mana cahaya penamat tu.

Dia sebak mendengar suara anak-anak dia. Dia dapat rasakan mereka rindukan dia.

" Mama cuba sayang. Mama akan bangun. I  will fight for us " ujar Izrina.

Dia terus melangkah dan melangkah. Sampai dia dapat lepas daripada tempat ni.

¤¤¤¤

Aiden mengeluh sambil membuat regangan. Lama juga dia tertidur di kerusi ni. Dia memandang Izrina yang masih terlantar lagi. Dia tahu Izrina okay dengan melihat Izrina bernafas dengan lancar itu.

" Sayang tak rindukan abang ke? "

Aiden menggapai tangan Izrina. Dia tersenyum apabila melihat betapa kecilnya tangan Izrina. Rasa macam Izrina terlindung dalam dakapan dia.

" Kecilnya tangan awak dalam genggaman abang. Now I know why you like holding my hand, sayang " Aiden tergelak kecil.

Selama ni, kalau mereka berdua, Izrina memang suka genggam tangan dia. Dan dia tak pernah tahu kenapa malah tak kisah sebab Izrina memang macam tu.

" Why you hurt yourself by holding this by you own ? Abang rasa macam tak guna. " ujar Aiden tiba-tiba.

Dia masih dalam kekesalan lagi. Selagi Izrina tak bangun, selagi tu dia takkan berhenti kesal. Takkan.

" I love you so much. Abang ambil Rin sebagai isteri bukan setakat untuk peneman je. Tapi sebagai bidadari syurga abang. Please, jangan suruh abang buat benda remeh macam tu " luah Aiden.

Dia memandang wajah Izrina. Wajah yang setiap pagi bila dia bangun ada di sisi dia. Wajah yang setiap malam dia pandang sebelum tidur.

Wajah yang selalu sambut dia bila balik kerja. Wajah yang menjadi ibu kepada anak-anak dia. Wajah ini yang kuat menghadapi jalan hidup dia.

Mana mungkin dia lepaskan Izrina. Sedangkan hati dia dah terpaut pada wanita itu. Haih.

" Indahnya cinta dan sayang awak pada saya sampai sanggup hancurkan kebahagiaan awak untuk abang. Kenapa sanggup terluka sayang? Sedangkan abang takkan pernah biarkan sayang terluka " keluh Aiden.

Dia mengeratkan lagi genggaman. Bagaikan Izrina akan pergi daripada dia. Dia takkan pernah lepaskan genggaman ini sampai bila-bila.

Bila Izrina jatuh, dia yang sokong.

Tak mungkin dia akan tinggalkan Izrina waktu wanita itu terlantar sebegini.

Tak.

Tbc

Takdir Kita 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon