SPECIAL PART

5.7K 223 3
                                    

"Sikit-sikit Zahirah! benci betul aku..masalahnya ni bukan kes cemburu..tapi layanan tu macam aku langsung tak wujud dalam hidup dia.!"geram Ezar dibuatnya.

Zahra dan Faaeq pula kelihatan lena dibuai mimpi didalam baby cot."Aku tahulah..aku ni tak secantik Zahirah yang meletop tip top tu..tak pandai masak! tapi perlu ke sampai tak layan aku macam aku ni tak wujud!"monolog Ezar sendirian.

Pintu bilik dikunci sengaja tidak mahu beri Farish masuk.Sakit hati masih bersarang dihati.

"Aduhai..sayang janganlah merajuk macam ni..habis tu Abang nak tidur kat mana malam ni?"

"Bilik air!"jerit Ezar.

"Ala sayang..janganlah macam ni nanti siapa nak tidurkan baby.."pujuk Farish.

"Baby dah tidur pun..pergilah sana!"

"Sayang tolonglah jangan buat Abang macam ni"

"Tak apalah..Biarlah Zara tu..You boleh tidur dibilik I."

"Apa tidur bilik Zahirah! korang dah sah ke belum!"Ezar membuka pintu biliknya.

"Akhirnya buka pun pintu ni sayang.."

"Kenapa nak tidur bilik Zahirah?"soal Ezar dengan wajah garangnya.

"Abang gurau je..saja nak pancing sayang.."

"Gurau pun ada had..jangan nak kaitkan hal agama..kalau dah gatal sangat esok kahwin je.."

"Apa sayang cakap ni?"

"Tadi kata nak tidur sebilik kan? okey boleh Zara setuju esok kahwin la tapi malam ni kena sabarlah sikit."

"Sayang..apa ni sayang"

Pintu bilik ditutup kuat."Aduh patutnya aku pujuk dia! bukan gurau macam ni! kan dah kena tarbiah dek bini kau sendiri."desis hati Farish.

"Sorry Farish..aku tak ada niat pun nak buat kau dengan dia bergaduh.."

"Zara dah salah faham ni..biarlah dia sejuk dulu."kata Farish dan berlalu pergi.

××××××

Waktu pagi kian menjelma.Takbir raya juga jelas kedengaran dimasjid berhampiran.Ezar mengenakan baju kurung moden dan shawl berwarna pink belacan.

"Cantik isteri Abang ni.."tegur Farish yang tiba-tiba muncul dari belakang.

"Cantik lagi Zahirah kan?"balas Ezar.

"Sayang janganlah macam ni..Abang main-main je pasal semalam janganlah marah macam ni."ujar Farish.Namun Ezar buat tidak endah dia meneruskan kerjanya membuat air.

"Sayang.."Farish segera memeluk Ezar dari belakang."Eii..lepaslah!"marah Ezar.

"Kalau sayang still perangai macam ni..Abang takkan lepaskan.."

"Malulah..kalau orang nampak!"

"Nak malu buat apa? lagi pun Zara dengan Abang sah kan?"

"Lepaslah..nanti Mak kata apa pulak!"

"Abang rasa..Mak akan lagi suka kalau kita macam ni."Farish masih berdegil dengan mengekalkan posisinya.

"Ya Allah..kenapalah aku dapat suami macam ni! okey Zara maafkan Abang..sekarang boleh lepaskan!"

"Tak nak.."

"Kenapa pulak? lepaslah rimas tau tak!"

"Abang sebenarnya tengah lepaskan rindu ni..dah la semalam tidur tak dapat peluk sayang.."

"Dari Abang peluk Zara ni..baik pergi peluk baby dalam bilik.."

"Kan..okeylah Abang nak pergi peluk baby pulak.."Farish meleraikan pelukannya lalu melangkah ke bilik Ezar.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now