BAB 22

8.4K 339 14
                                    

"Dah la tu jangan la merajuk lama-lama"rayu Farish sambil menatap wajah isterinya.Ezar hanya membalas dengan jelingan tajam.

"Awak...saya betul-betul minta maaf,saya tak ada niat pun nak buat awak menangis kempunan ke apa!.Saya merayu pada awak sangat-sangat tolonglah maafkan saya."Farish memohon maaf dengan riak wajah yang serius.

"Boleh tak jangan guna 'saya awak' geli aku dengar!"ngomel Ezar.

"Tolonglah maafkan aku! kalau kau merajuk dengan aku.Siapa lagi nak jadi teman aku untuk bergaduh?"sakat Farish.

"Gaduh? kau gaduh je la dengan girlfriend kau!"

"Apa kau merepek nih? aku cium kang pipi tu terus elok!"ugut Farish yang mula mendekatkan wajahnya berhampiran pipi Ezar.

"Hah!!! kau jangan nak buat onar erkk!"Ezar menolak wajah Farish yang semakin lama dekat dengan pipinya.Sungguh tak selesa bila Farish mendekatkan wajahnya tadi.

"Tau takut!!"Farish tersenyum nakal."Jom lah keluar makan aku dah lapar ni!"ujar Ezar sengaja menukar topik perbualan mereka tadi.

"Okey...tapi janji kena maafkan aku dulu!"

"Aduh mamat nih! nak ajak makan pun susah!..ye la aku maafkan kau puas hati kau! cepatlah aku dah lapar ni!"Ezar bangun dari katil dan terus menapak keluar meninggalkan Farish sendirian didalam bilik.

"Yes!!!! nasib baik dia dah maafkan aku fuhh lega.."Farish menghela nafas lega kerana masalah antara dirinya dengan Ezar sudah selesai.

××××××

Dhia menapak masuk kedalam rumah milik papanya.Matanya liar memerhatikan bahagian ruang tamu."Dhia...bila balik? dah lama tak jumpa Dhia..rindu Mak Tam dengan Dhia."suara wanita yang berusia hampir separuh abad menyapa Dhia dari belakang.

Dhia hanya memandang jijik pada Mak Tam sebagai pembantu rumah papa dan mamanya."Mak Tam...mana Papa dengan Mama Dhia?"balas Dhia.

"Mama dengan Papa Dhia ada dekat belakang rumah nanti Mak Tam panggilkan mereka."

"No! Mak Tam biarlah dulu Mama dan Papa tu berdua.Sekarang Dhia nak berehat dulu,Mak Tam boleh tak tolong buatkan air untuk Dhia.Tekak Dhia dah haus la."arah Dhia.

"Baik..Dhia"balas Mak Tam.Mak Tam terus melangkah masuk ke dapur.Dhia hanya menjeling "Huh nak rindu aku ke? tolonglah kau ubah diri kau sekaya Papa aku dulu baru boleh kau nak rindu aku!"

~~~~~~~~~~

"Makan tu janganlah gelojoh!"tegur Farish."Baik..Encik Iman Farish..saya menurut perintah tuan!"balas Ezar.

"Boleh tak kalau Abang beri nasihat jangan melawan!"ujar Farish.

"Apa? dia gelarkan dirinya sebagai 'Abang'?!"bentak hati Ezar."Rish boleh tolong tak jangan gelarkan diri kau sebagai 'Abang' aku tak suka!"balas Ezar.

"Nampak tak...aku nak gelarkan diri aku sendiri sebagai Abang pun salah! kenapa? Aku cuma nak hubungan kita mesra tu je! tapi kau tak habis-habis dengan perangai kebudakkan-budakan kau.Geli la tak suka la! tolonglah apa motif kau terima aku sebagai suami tapi kau tak pernah jalankan tanggungjawab kau sebagai Isteri pelbagai alasan kau bagi dekat aku tak bersedia! .Okey aku boleh terima lagi tau alasan tu,tapi kali ni apa yang masih tak kena sampai aku buat semua salah! Kau memang ego Ezar!"luah hati Farish geram.

"Depan rezeki pun nak gaduh ke Rish!"Ezar cuba menahan diri dari perasaan amarahnya kian membuak-buak.

"Aku tak nak bergaduh! Aku cuma nak penjelasan dari mulut kau tu je!"kemarahan Farish juga mula naik pada tahap yang lebih tinggi.Farish akui memang dia semakin muak dengan sikap kebudak-budakan Ezar namun dia tidak menunjukkan.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now