BAB 20

9.3K 372 11
                                    

"Mak Cik oi bangunlah kita dah sampai nih!"jerit Farish dibahagian telinga Ezar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mak Cik oi bangunlah kita dah sampai nih!"jerit Farish dibahagian telinga Ezar.

Tidak semena-mena satu tamparan hinggap dipipinya."Wei sakitlah!"Farish mengerang kesakitan sambil menggosok pipinya yang masih sakit akibat terkena tamparan tadi.

"Siapa suruh jerit kat telinga aku?!"balas Ezar dalam keadaan matanya masih terpejam.

"Masalahnya ni kali ke-8 aku kejutkan kau! tidur mati ke apa ni?"Farish menjeling kearah Ezar.

"Diamlah bagilah aku sambung tidur kejap je..."rayu Ezar yang masih dalam keadaan mamai.

"Aku kira sampai tiga je,kau tak nak bangun aku dukung kau nanti!"ugut Farish.

"Ehhhh....iye.. iye la..Alaaa nak tidur pun tak boleh!!"kata Ezar sambil menjuihkan bibirnya.

"Cepatlah keluar!!"Farish meninggikan suaranya.

"Nak keluar la ni!"Ezar segera keluar dari perut kereta tersebut kemudian membetulkan pakaiannya dan topi yang dipakainya juga diperbetulkan.

"Jom la makan.."ajak Farish.

"Makan?"

"Iye la makan.. tak nak makan ke?"

"Nak la.."

"Dah tu jom lah yang tercegat kat situ kenapa? nak tunggu aku dukung kau bawak masuk dalam ke?"

"Ehh tak de masa..."Ezar terus melangkah masuk ke dalam restoran ala seafood itu.

××××××

Dhia mengutip satu per satu gambar Farish lalu ditatapnya."Farish kenapa kau buat aku macam ni! Aku terlalu sayangkan kau tapi kau!!!"Dhia segera mencapai gunting lalu memotong gambar Farish hingga terlerai lalu dibuang ke dalam tong sampah.

"Aku akan pastikan yang kau takkan bahagia Zara...aku jugak akan pastikan yang kau selalu dibawah aku!!"Dhia menikam dan memotong gambar Ezar yang berada diatas meja soleknya.Dhia yang dahulu sering mengharap cinta dari Farish namun musnah kerana kehadiran Zara.kehadirannya umpama merampas mahligai impiannya."Kau tunggulah suatu hari nanti hahahahaha!!!"Dhia ketawa sendirian dengan rancangan jahatnya itu.

××××××

Rambang mata Ezar memilih makanan yang tersedia dihadapannya.Banyak betul dia order!! sampai tak tau nak pilih yang mana.

Ezar memilih nasi yang berlaukkan kari kepala ikan dan sambal udang.Sedap-sedap makanan dekat sini patutlah banyak pelanggan masuk.Untunglah pemilik kedai ni..

"Zara...cuba makan perlahan-lahan,dah macam tak pernah makan seminggu je!!"ngomel Farish sambil menghirup jus kurma.

"Iye la...tak nampak ke aku makan perlahan-lahan sopan santun nih!"Ezar memerli.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now