BAB 6

10.6K 471 10
                                    

Mak Imah menatap wajah Ezar yang sedang menonton televisyen itu tanpa Ezar sedari.

"Cantik jugak anak aku ni kan"puji Mak Imah dalam hati.

"Mak ni dah kenapa pandang orang macam tu? "soal Ezar yang tersedar dirinya diperhatikan oleh Mak Imah.

"Mak..Makk!!"panggil Ezar namun tiada jawapan dari Mak Imah matanya masih tepat memandang wajah anaknya.

"Ya Allah Mak aku kena sampuk ni!! Aku kena halau hantu yang kacau Mak Aku ni!!"Ezar jadi panik. Pandangan Mak Imah masih tidak berubah.

"Hah! Aku ada idea..! "ujar Ezar

"Bismillahirahmanirahim..Ya Allah kau jauhkanlah Mak Aku ini dari gangguan syaitan.. Amin... push!.push!..push! "Ezar menadah tangan berdoa lalu terus meniup ke kiri dan ke kanan Mak Imah.Sehingga Mak Imah tersedar dari lamunannya yang panjang.

"Zara!!"suara Mak Imah memecah keheningan malam yang sunyi itu.

"Aduhhh!! Mak sakitlah telinga ni Mak oii.."ngomel Ezar menekup telinganya.

"Yang Zara ni dah kenapa dok push..sana push..sini!! "

"Mak tadi la pandang Ezar ni serupa kena sampuk jadi Ezar baca la doa!"

"Entah apa apa kamu ni Zara! "Mak Imah mengeluh.

"Jap.. Mak ni sebenarnya ada apa-apa nak bagi tau Ezar kannn!! "Ezar mengesyaki hasrat Maknya itu.

"Mana adalah!! "nafi Mak Imah bersungguh-sungguh.

"Eleh.. Mak tipu kan? Mak kalau nak bagi tau sesuatu dekat Ezar mesti Mak akan tenung dulu muka Ezar yang comel ni dulu kann"ujar Ezar yang penuh keyakinan.

"Perasannya Zara ni!!"Mak Imah membaling kusyen dan balingan itu tepat ke muka Ezar.

"Makk sakitlah.. Uwaaaa..."

"Kusyen ni bukan sakit sangat pun..mengada je lebih.Esok Zara kerja tak? "soal Mak Imah.

"Mestilah kerja Mak..dah itu je sumber pendapatan Ezar selama ni! "

"Esok boleh balik awal tak? "

"Itu Ezar tak boleh nak janji la Mak! kalau kerja banyak alamatnya lambatlah Ezar balik Mak. Kenapa ada hal penting ke? "

"Memang penting sangat pun ada orang nak datang esok!!! "

"Siapa Mak? Special ke orangnya? "

"Mestilah special sayang oi!!! "

"Sekejap jangan cakap yang datang esok tu bakal bapak tiri Ezar Mak!! "

"Haihh.. apa yang Zara merepek ni!!tak kuasalah Mak nak kahwin lagi!!"ngomel Mak Imah.

"Hehehe.. manalah tau jodoh Mak! "

"Ni jodoh Zara!!"Mak Imah membaling lagi satu kusyen kearah Ezar.

"Uwaaa.. Mak ni sakitlah..! "

"Dah la malas Mak nak melayan Zara ni baik Mak masuk tidur lagi baik!!"ujar Mak Imah dan berlalu pergi.

××××××

"Farish.. "panggil Datin Ziera lembut.
"Ye Mummy kenapa? "Farish meneguk sedikit air kopinya dan pandangannya tepat pada laptop.

"Farish buat apa tu?"soal Datin Zeera.

"Farish tengah buat kerja Mummy kenapa? "

"Mummy minta tolong boleh tak? "

"Tolong apa? "

"Esok temankan Mummy pergi rumah kawan Mummy."

"Kawan Mummy yang mana,Datin Tiha ke?"Farish memandang wajah Mummy nya yang agak berusia itu tapi masih cantik.

"Mak Imah..dia tu dulu pengasuh Farish tau masa kecik-kecik dulu! Farish ingat tak yang dia ada anak perempuan nama dia Zara. Zara tu dulu suka buli Farish sampai Farish menangis tau!!! "

"Zara tu ke Mummy? ishhh..tak nak lah Farish kang tak pasal-pasal kena ejek lagi!! "ujar Farish tak berminat.

"Eh..eh..masa kat kenduri Farra tu kenapa pandang Zara tu beria-ia sampai nak juling mata tu Mummy tengok.?"

"Eh Mummy perasan ke aku usha perempuan tu! "Farish menahan malu kerana dirinya diperhatikan oleh Mummy nya.

"Farish sebenarnya suka dekat Zara kan!"Datin Zeera menguji Farish.

"Err.. mana ada jap..jap..perempuan yang selama ni aku mimpi-mimpikan tu sebenarnya pembuli aku masa aku kecik-kecik dulu what!!! "Farish terkejut.

"Manusia boleh berubah Farish! Nak tak esok temankan Mummy!! "

"Ermm.. Boleh la! "

"Betul ni.. Ingat pukul empat petang kena ada kat rumah tau lepas tu kita bertolak!"

"Ye Mummy..!! "

"Mummy masuk dulu ye!"

"Okey..! Tak sabar pulak nak jumpa dia!"Farish membayang kejadian semasa di kenduri rumah Farra.Pandang tak jemu alahai manisnya dia. Farish berangan-angan.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now