BAB 41

8.9K 300 5
                                    

   "Hanna..umur Kakak kau berapa?"soal Ezar."Kakak aku? umur kakak aku 35 tahun kot tak silap aku!"balas Hanna sambil berbaring disebelah Ezar.

"Ouh..tapi kenapa kakak kau tak kahwin lagi?"

"Kakak aku dia dah kahwin la"

"Aik? kahwin tapi kenapa tinggal dengan kau?"

"Maksud aku..Kakak aku pernah kahwin tapi jodoh dia tak panjang...bekas suami dia curang kena tangkap khalwat dengan perempuan lain.Lepas tu memang keluarga bekas suami dia tak sukakan kakak aku.Kau nak tau tak masa tu kakak aku tengah pregnant dalam empat minggu kot..Bekas mak mertua Kakak aku tuduh kakak aku macam-macam buat benda tak elok sampai diceraikan.Tapi aku memang suka pun tengok dia bercerai..sebab tiap-tiap malam Kakak aku menangis sebab lelaki tak guna tu.!"cerita Hanna dengan riak wajah marah.

"Sekarang anak Kakak kau mana?"tanya Ezar lagi ingin tahu.

"Keguguran.."balas Hanna.Diam Ezar seketika."Sebab tu la aku takut sangat nak kahwin..mula-mula je baik tapi lepas kahwin semua hilang macam bekas suami Kakak aku tu la.Sebelum kahwin kemain baik..pijak semut pun tak mati.Tapi lepas kahwin mula cari perempuan lain..aku memang pantang betul la dengan lelaki jenis macam tu.Dah la abaikan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.Aku bersyukur sangat bila dia lepaskan kakak aku"tokok Hanna lagi.

"Kuatkan Kakak kau..diuji macam tu aku baru sikit dah pergi bawa diri.Kalau la aku berada ditempat Kak Husna mungkin aku jadi gila agaknya"

"Ezar..kau tak perlulah fikirkan sangat hal tu.Lagi pun kau datang sini nak tenangkan fikiran kan??"

"Memang pun!"balas Ezar.Tiba-tiba kepalanya sakit semua yang berada disekelilingnya seolah-olah bergoncang..loya tekaknya kian terasa.Badannya pula jadi lemah kini dia terasa mahu muntah.Mulutnya ditekup dengan tangan.

"Ezar! kau okey ke tak ni?"tanya Hanna cemas.Ezar terus berlari ke bilik mandi didalam biliknya dan memuntahkan segalanya dalam singki.

"Ezar..jom la aku bawa pergi klinik!"risau Hanna melihat keadaan Ezar.Sesudah Ezar muntah dia memegang kepalanya yang sakit dan jatuh rebah.Nasib baik Hanna sempat memegang Ezar dari jatuh ke lantai.

"Kak!!! Kak Husna..."jerit Hanna kuat sambil memegang Ezar.Kak Husna terus masuk tergesa-gesa."Kenapa ni Adik??"soal Kak Husna panik.

"Dia pengsan tiba-tiba kak..jomlah cepat bawak dia pergi klinik!"arah Hanna.

"Cepatlah..Kak pegang belah kiri..Adik pegang belah kanan..!"ujar Kak Husna membantu Hanna memapah Ezar.

Farish berdiri diluar balkoni.Dia memandang langit yang bertaburan bintang.Rindu sangat entah kenapa sejak akhir-akhir ini.Hati rasa tak sedap mungkin kerana terlalu rindukan Ezar."Zara..kalau Zara ada disini..Mungkin abang tak akan sakitkan hati Zara lagi."kata Farish sendirian.

  Sejak Ezar pergi dari hidupnya.Banyak perkara tentang Farish sudah lama tidak terurus kerja pun sudah jarang pergi.Kalau Ezar ada mungkin semua benda terurus kerana dia selalu mengingatkan Farish supaya jangan datang lambat ke kerja."Kenapa aku terlalu percayakan Dhia tak guna tu! sampai rumah tangga aku musnah"

Farish teringatkan tentang Dhia kerana telah terlibat dengan kemalangan selepas pulang dari pejabat Farish tempoh hari dan hingga hari ini Dhia disahkan tidak sedarkan diri dan dia perlu lakukan pembedahan kerana mempunyai darah beku dikepala.Farish kalau boleh tidak mahu mengambil tahu apa-apa tentang Dhia baginya itu balasan selepas apa yang dia lakukan dengan menfitnah isterinya.

   Ezar yang sedarkan diri dari tadi mulai termenung jauh.Dia mengingati apa yang dikata oleh doktor tadi."Betul ke apa aku dengar tadi?"kata Ezar.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now