BAB 13

8.7K 398 9
                                    

Aiman melabuhkan punggung pada katil bujang miliknya itu.Dia mencapai telefonnya yang terletak pada sisi bantalnya.Rasa berat hatinya untuk menyampaikan berita menyakitkan ini,Dia terpaksa lepaskan cintanya kepada lelaki yang selayaknya.Sejujurnya Dia mula jatuh cinta pada Ezarra sejak dari sekolah rendah lagi kerana perempuan itulah yang sentiasa membantunya ketika dibuli.

Walaupun Ezarra nampak kasar dan berperangai kebudak-budakan tapi itu semualah yang membuat dirinya jatuh hati pada Ezarra.

"Mungkin dah tertulis yang kau bukan untuk aku,tapi aku akan sentiasa doakan kau supaya kau bahagia dengan lelaki yang bernama 'suami' kau suatu hari nanti.."luah hati Aiman.

Aiman mula mendail nombor telefon kepunyaan Ezar."Assalamualaikum!!"suara ceria Ezar mula menyapa gegendang telinganya.

"Walaikumusalam.."balas Aiman lambat.

"Kau ada apa call aku memalam buta ni? Nak ajak aku dating ke? Heh gurau-gurau je nak mati ke tak pasal-pasal aku kena simpai dengan Mak aku sebab keluar memalam macam ni! weh apahal call aku weh? "ujar Ezar sambil melawak.

"Aku ada benda nak bagitau kau sesuatu!"

"Apa cakap je la?"Ezar mengacau air milo panasnya menggunakan sudu.

"Aku..Aku tak boleh kahwin dengan kau!"berat mulut Aiman untuk mengungkapkan ayat tersebut.

"Apa!!! habis tu macam mana dengan plan kita?"hampir terhambur air milo yang baru diminum seteguk itu.

"Entahlah!!"balas Aiman hampa.

"Mak kau tak setuju dengan keputusan kau kan? tak pe lah biar je la kalau memang dah takdir aku kena kahwin dengan Mamat selenga tu nak buat macam mana? aku redha je la..ni mesti Mak kau tak setuju sebab aku ni perempuan tomboy kan? dah agak dah..okey ni jangan lupa tau hujung bulan ni datang kenduri kahwin aku! mesti kau nak tengokkan perempuan tomboy macam aku ni bersanding! tapi kau janganlah gelak masa aku pakai baju sanding tau!,Aku dapat tau je kau gelakkan aku,sumpah aku tak nak kawan dengan kau lagi dah"ujar Ezar.

"Insyaallah nanti aku datang,bye Asalamualaikum"balas Aiman.

"Walaikumusalam!"talian dimatikan.
Nasib kau lah Nur Ezzara tak pasal-pasal kau kena kahwin dengan Mamat tu! nak tak nak kau kena terima je la hakikatnya takkan kau sanggup malukan Mak kau dekat orang kampung semata-mata batalkan perkahwinan tu..nasib badan..

Aiman mengimbas kembali perang mulut antara dia dengan Maknya gara-gara mahu mengahwini Ezarra.

"Mak tak akan terima pompuan tak cukup sifat tu jadi menantu Mak!,tak nak aku bermenantukan perempuan tu! dia tu tak setaraf dengan kita la Man!,Aiman tahu kan Aiman sekarang kerja apa?,Aiman kerja sebagai Doktor!! tak layak la dengan budak tu apa nama budak tu Ezar? Ezarra? tak kesah la janji Mak tak nak dia jadi menantu Mak!!"balas Mak Temah dengan muka yang bengis.

"Mak salah ke kalau dia jadi isteri Man?,lagi pun dia tu cuma tomboy je Mak bukannya suka sesama jenis pun! Mak setiap manusia boleh berubah Mak..."rayu Aiman.

"Mak tak peduli kalau Aiman nak jugak kahwin dengan perempuan tu boleh!,tapi hantar mak kat Rumah Orang tua anggap je yang Aiman dah buang Mak dalam hidup Man!"ujar Mak Temah dan segera melangkah masuk kedalam bilik tidurnya.Pintu bilik tu ditutup secara kasar sehingga boleh didengari dibahagian ruang tamu.

"Astagfirullahalazim...Mak.. Mak.. apa la salah dia sampai Mak bencikan sangat Zara!"Aiman mengeluh.

Ya Allah kau kuatkanlah untuk aku hadapi semua ini,Sampai hati Mak buat Aiman macam ni!,Aiman tau yang Mak cuma nak kebahagiaan dalam hidup Aiman tapi....mungkin Mak anggap pilihan aku salah sebab tu Mak tolak mentah-mentah permintaan aku.

"Nampaknya kau kena lepaskan Nur Ezzara pada orang lain,Nur Ezzara tercipta bukan untuk aku tapi untuk lelaki yang bakal menjadi suami Ezzara kelak,Harapan aku cuma satu saja adalah melihat dia bahagia dengan lelaki itu je.."bisik hati Aiman.

Dilubuk hatinya dihuni rasa kecewa yang teramat,baru dia sedar yang selama ini perasaan cinta yang lama takkan menjamin yang dia adalah jodohnya tapi jika sudah perancangan-NYA begitu,Dia harus tabah mungkin suatu hari nanti ada yang lebih terbaik dari Ezarra akan menjadi miliknya.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now