BAB 10

10K 417 16
                                    

Farish melangkah secara perlahan untuk mendekati Ezar yang sibuk membasuh pinggan.Entah macam mana Farish boleh masuk dekat dapur itu pun tak tahu lah.Kelihatan Ezar sibuk menyanyi.

"Boleh tahan jugak suara minah ni melalak!"bisik Farish.

"Malam ku tidur tak lena teringatkan dirimu terimbas kembali kenangan lalu indahnya saat bersama mu..!"Ezar menyanyi manakala tangannya memegang botol air mineral lagaknya tak ubah seperti penyanyi yang sedang membuat persembahan.Terukir sebuah senyuman dibibir Farish saat melihat gelagat Ezar serupa kanak-kanak itu.

Farish terus menepuk bahu Ezar.Tak semena-mena botol air mineral yang dipegang oleh Ezar dipukul pada badan Farish.Ezar yang tak sedarkan diri masih memukul Farish kerana terlampau terkejut.

"Oii..berhentilah sakitlahh!!! "jerit Farish.Padahal botol air mineral plastik saja bukan kayu besbol.Kalau kayu besbol mesti Farish dah koma jawabnya.

"Oi kau ke! pahal kau masuk kat sini hah!! nanti kalau orang nampak habislah aku nak cakap apa?"Ezar mula berhenti memukul.

"Eleh dah pukul orang bukan nak minta maaf tapi kena marah balik.sakit tau tak!!"Farish memuncungkan bibirnya.

"Weh.. buruk tau tak kau buat muka macam tu? sekarang aku nak kau blah dari sini sebelum buah hati kau tu nampak!! "

"Buah hati? siapa buah hati aku!?"soal Farish sengaja buat tidak tahu untuk menguji Ezar.

"Alamak...buat tak tau pulak habis tu Mia tu siapa? aku pelik la dengan kau ni tau tak! dengan aku kau nak dengan minah Mia tu pun kau nak!! Eii kau ni memang dasar lelaki playboy kan kau ni! "Ezar mula mengenggam penumbuk.

"Woi..nanti la dulu..apa la nasib aku dapat bini macam kau ni!! ganas giler!"

"Hei..pembetulan 'bakal isteri' bukan bini kau bila masa aku kahwin dengan kau?"

"Ye la...ni aku nak tanya siapa Mamat yang kau jumpa tadi!?"

"Yang kau sibuk sangat apasal? "

"Mestilah aku kena tau,kau kan bakal isteri aku!"

"Eii.. boleh stop tak guna panggilan 'bakal isteri' meluat tau tak, menyampah!!"

"Menyampah ke suka? "Farish mendekatkan dirinya kearah Ezar.

"Kau ni apahal?!"Ezar menolak tubuh tegap Farish.

"Aku pelik la dengan Mummy kau tu? punyalah banyak perempuan yang lagi cantik dari Aku,kenapa pilih aku jugak? Kau pun pergilah kahwin dengan Mia tu!, Mia tu kan cantik,baik,sopan santun,lemah lembut.."tidak semena-mena jari telunjuk Farish didekatkan pada bibir Ezar.

Naik juling mata Ezar apabila melihat tindakan Farish.Apalagi dengan serta merta tangan Farish ditepis."Kau ni kenapa? suka hati kau je sentuh bibir aku??aku sepak jugak la kang kau ni!"

"Janganlah marah!! hilang kecomelan tu,ni aku nak pesan kat kau jangan benci sangat kat aku nanti lama-lama jadi sayang! kau nak ke sayang Aku?"

"Oi kau ni memang gilalah!! blah sekarang,ni masa aku kerja..janganlah ganggu aku !!"marah Ezar.

"Ye la sayang.. ni nak tanya siapa Mamat muka jambu yang jumpa kau tadi?"

"Sedap mulut kau je panggil dia Mamat muka jambu!,dia tu boyfriend aku la!"

"Erk..kalau Mamat tu boyfriend kau?habis aku siapa? "

"Kau tu penganggu hidup orang!! Eii boleh tak blah sekarang?malas tau tak nanti nak kena jawab soalan dari mulut wartawan yang tak bertauliah!!"

"Ouh..sebenarnya aku nak tanya ni apa perasaan kau dekat aku? "soal Farish untuk mengetahui perasaan Ezar terhadap dirinya.

"Kau nak tau ke? "

"Ye la.. "

"Aku tak suka kau!! aku meluat lepastu ditambah dengan perasaan menyampah dekat kau dari pertama kali kita jumpa tau tak,Aku nak benci tak boleh sebab Mak aku kata kalau benci nanti lama-lama jadi suka jadi aku menyampah dengan kau je la..!!"luah hati Ezar.

"Ye la tu..nanti tengok-tengok dua tahun yang akan datang kau dah ada anak dengan aku!"Farish sudah melalut.

"Hoi!!! jangan nak gatal sangat boleh tak?? bertunang pun belum,dah pikir pasal anak!!gila kau ni!!"

"Aik salah ke kalau aku pikir pasal masa depan? "

"Memang salah!! dengan pompuan lain boleh la dengan aku jangan harap la beb!!"

"Alahai..apalah nasib aku ni dapat bakal isteri yang tak sporting? "

"Kau nak bakal bini kau sporting? pergi la kahwin dengan Mia tu! tak payah la nak kahwin dengan Aku!,Aku lebih rela membujang sampai ke tua dari kahwin dengan kau!!"

"Okey..okey..dah diam! aku pergi dulu tau! ingat hari Isnin minggu depan aku nak kau ambik cuti, kita nak pilih baju untuk bernikah dengan baju bersanding!!"

Terbuntang mata Ezar,"Apa baju kahwin,Alamak cepatnya Aku tak ready lagi la!!!"

"Itu aku tak nak dengar alasan kau! aku tak nak langsung tau!! yang aku tau hari isnin tu aku ambik kau dekat rumah kau erkk! "

"Eii.. ye la...dah blah la cepat..cukuplah dengan berita perkahwinan kita hujung bulan ni!! aku tak nak orang lain tau pasal kita!! "

"Aku hairan la dengan kau ni! nampak je berpakaian macam lelaki pakai topi,rambut tu pun potong macam lelaki! Tapi mulut..Astagfirullahalazim macam mak nenek je membebel!! "

"Kau diam la!! "

"Zara kau ada tak nombor telefon??"soal Farish tiba-tiba menggunakan nama manja Ezar.

"Kau jangan nak guna nama 'Zara' tu bila panggil aku! sebab yang guna nama tu cuma mak aku je yang lain semua panggil aku dengan nama 'Ezar'!"

"Aik salah ke? "

"Salah lagi dipersalahkan!! "

"Aku cuma nak minta nombor telefon je kot? "

"Apa-apa je la..kau nak nombor telefon aku kan? pergi minta kat Mummy kau tu!!"

"Kenapa pulak? alang-alang aku tanya ni bagitau je la!"ujar Farish tidak berpuas hati.

"Masalahnya aku tak ingat nombor telefon aku!! "

"Hek..eleh..cakap je la tak ingat nombor telefon!!"

"Ni nak tanya ni..boleh blah tak sekarang?? "soal Ezar.

"Ye la..!"Farish terus menapak keluar dari dapur itu.

"Aman dunia aku!! nak buat kerja pun susah!! "ngomel Ezar dan terus menyambung kerjanya membasuh pinggan.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now