BAB 26

8.2K 327 2
                                    

Kakinya terus melangkah masuk kedalam bilik,sengaja untuk melihat apakah yang dilakukan oleh isterinya sehingga sekarang belum keluar bilik.Namun sebaik sahaja menjenguk Farish dapat melihat sekujur tubuh yang sedang tidur nyenyak dan seekor kucing yang turut berbaring disebelahnya.

"Amboi! patutlah tak keluar dari bilik dari tadi rupanya tengah tidur!"monolog Farish.Dia merapatkan dirinya pada Ezar kebetulan pula Ezar tidur dalam keadaan mengiring kearah hadapannya.

"Nak kejut ke tak nak? dah la aku kena balik sana awal!"desis Farish.

Farish mengangkat tangannya dan menepuk lengan Ezar tetapi tiada tanda-tanda Ezar sedar dari tidurnya."Aii!! dia ni tidur mati ke apa?"kemudian Farish menepuk sekali lagi tetapi kali ini berkali-kali dan akhirnya bangun juga Ezar tidurnya.

"Eii...apa nih! ganggu la aku nak tidur!"rengek Ezar dan matanya masih belum terbuka.

"Dah! bangun tak payah nak mengada erk..! ingat petang ni kita dah nak kena balik.Kau dah kemas barang ke belum?"bebel Farish.

Terbuntang matanya"Ehh...jap..jap kita nak kena balik mana?"soal Ezar."Balik mana lagi! balik rumah aku la!"balas Farish.

"Tak boleh ke balik esok ke lusa ke tulat ke minggu depan ke bulan depan ke tak pun hah! tahun depan je lagi bagus!!"ujar Ezar sambil mengukirkan senyuman.

"Tak boleh esok aku dah kena mula kerja faham! banyak kerja aku tak buat lagi ni!"balas Farish dan tidak semena-mena pipi Ezar telah dicubit oleh Farish.

"Woi!! sakitlah!"Ezar mencapai bantal yang berada disebelahnya lalu dibaling kearah Farish dan balingan itu tepat pada muka Farish.

"Padan muka!"ujar Ezar kemudian bingkas bangun dan terus berlari keluar dari dalam bilik dan Farish pula."Nasib la dia dah lari dulu kalau tak memang dah lama kena balik!"bisik hati Farish dengan riak wajah yang agak serius.

Ezar masuk semula kedalam bilik untuk membincang sesuatu dengan Farish.

"Rish..!"panggil Ezar lembut.

"Kau nak apa?"

"Malam ni boleh tak kita balik lambat sikit!"

"Kenapa?"soal Farish kehairanan.

"Jap! aku nak tutup pintu!"Ezar segera menutup pintu biliknya dan segera mendekatkan dirinya dengan Farish.

"Kau ingat tak hari ini hari apa?"soal Ezar separuh berbisik.

"Tak ingat apasal?"jawab Farish selamba.

"Wey!"Ezar terus memukul bahu Farish sekuat hatinya.

"Woi!!! sakitlah! kau ni kenapa?"jerit Farish.

"Weh! diam la.."Ezar mendekatkan jari telunjuknya pada bibirnya tanda diam.

"Apahal hah?"balas Farish.

"Kau ni takkan tak ingat hari ni,hari apa?"soal Ezar sekali lagi.

"Tak..boleh tak kau cakap straight to the point!"Farish mendengus.

"Anak jenis apa la kau ni! Kau tau tak hari ni adalah Hari Ibu!"balas Ezar dengan bersungguh-sungguh.

"Ouh ye ke?"

"Tu la umur belum 40 tahun lagi dah nyanyuk."bebel Ezar.

"Kita nak buat apa?"

"Kau kalau hari ibu kau buat apa?"tanya Ezar lagi.

"Aku tak buat apa-apa pun!"

"Ermm...kalau macam tu malam ni kita makan kat luar nak tak? Kita beli la kek pastu ajak Mak dengan Mummy sekali! nak tak? kebetulan birthday Mak aku hari ni tau.."

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now