BAB 37

7.4K 297 22
                                    

Setelah selesai mengemas segala pakaian dan barang yang pernah dia bawa ke rumah ini Ezar terus menelefon Nisha supaya datang ke sini untuk mengambilnya.

"Apa salah aku sampai kena macam ni? aku ingat sekali je kena rupanya dua kali kena malukan tapi yang ini lebih teruk!"rintih hati Ezar.


Datin Farida dari tadi menjeling kearah Ezar semacam tidak puas hati."Kau nak jadi menantu aku?"soal Datin Farida dengan nada riak.

"Iya saya.."balas Ezar matanya memandang kearah Aizrill yang berada bersebelahan adiknya iaitu Airisya.

"Aku peliklah dengan kau ni..layak ke kau nak jadi menantu aku? eii dah la perangai macam apa tah tiba-tiba nak jadi menantu aku!.Aku tak suka kau.."lemparan kata Datin Farida sememangnya menghiris hatinya.

"Datin..kalau Datin tak suka saya...Datin tak perlulah kutuk saya macam tu"

"Bila masa aku kutuk kau? okey la untuk pengetahuan kau Aizrill bakal berkahwin dengan perempuan lain dan lagi penting perempuan tu lebih baik dari kau!"

"Kalau macam tu yang Datin nak saya redha je"balas Ezar masih mahu berlembut.

"Redha? Mummy..dia tahu la redha tu apa!"ejek Airisya namun lengan Airisya dicubit oleh Aizrill.

"Sakitlah bang!"dengus Airisya geram dengan perlakuan Aizrill sebentar tadi.

"Mummy kenapa dia tak layak untuk Zrill?? lagi satu kalau Mummy tak suka Zara kenapa Mummy setuju nak meminang Zara sedangkan Mummy tak suka dia?"Aizrill yang dari tadi mendiamkan diri mula bersuara.

"Aizrill..Mummy takkan setuju kalau Zrill kahwin dengan pompuan ni nak tau sebab apa? sebab dia tak setaraf dengan kita dan lagi satu Mummy tak nak menantu macam ni! tengok la pemakaian dia memang tak ada ciri-ciri wanita langsung. mana Mummy nak letak muka.Latar belakang keluarga dia Zrill tau ke? entah-entah dia ni datang dari keluarga tak elok!"

"Datin! kalau Datin nak kutuk saya nak hina saya..saya boleh tahan lagi tau tapi kalau dah masuk bab keluarga ni Datin ingat saya boleh diam ke? tolonglah la Datin kalau benci saya sangat-sangat tak payah la nak hina keluarga saya.Datin ingat Datin kaya! keluarga Datin dah cukup baik ke? selalunya orang kaya ni perangai dia lebih teruk!"Ezar melepas geramnya tidak tahan dihina sebegitu.

"Kau jaga sikit mulut tu pompuan!"balas Airisya pula.

"Setakat harta dunia macam ni tak perlulah nak bangga sangat..nanti kalau dah mati pun rumah ni dah tak ada guna pun untuk kita ke tanah jugak tempat asal kita"Ezar memberi tarbiah sentap sikit.

"Eii kau keluar dari rumah ni sekarang! dah la datang rumah orang lepas tu nak kurang ajar pulak! mulai hari ni aku tak nak kau ada apa-apa dengan Zrill dan aku nak putuskan pertunangan ni"jerit Datin Farida.

"Kalau Datin tak halau saya pun,saya memang nak keluar pun dari sini.kalau Datin tak sudi saya jadi menantu Datin..Saya pun tak hingin nak jadikan Datin sebagai Mak mertua saya sebab perangai Datin tu!"ujar Ezar dan berlalu pergi sakit rasa hatinya dihina macam itu.Siapa yang tak malu dihina sedemikian? ditambah lagi putus tunang dengan cara itu.

Sekilas perkara itu bermain difikirannya.."salah ke aku nak bahagia? kenapa aku tak ada kekuatan untuk balas balik pada Farish macam aku balas pada Datin Farida? mulai hari ini aku kena lupakan Farish...lupakan segala tentang dia aku dah tak nak fikir lagi tentang dia.Dia dah buang aku dalam hidup dia takkan aku nak setia dan tunggu dia..memang dalam perkara ni Dhia punca segalanya tapi disebabkan tidak ada kepercayaan lebih baik aku pergi dari terus disakiti.."

Kereta Nisha terparkir dihadapan rumah Farish.Tanpa berfikir panjang lagi Ezar mengangkat semua begnya ke kereta Nisha.Sampai dikereta Nisha.Ezar mengetuk perlahan cermin kereta Nisha menyuruh membuka bonet.Nisha keluar dari kereta tanpa banyak kata kerana dia tahu kawannya sedang berduka dan membantu Ezar menyimpan begnya di bonet belakang.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now