BAB 21

8.7K 341 3
                                    

"Rasa terikat, terlalu sayang dan terlalu benci, akan buat jiwa merana."


"Apahal pandang aku macam tu?"tanya Ezar sambil memegang tangannya yang sudah berbalut.

"Apa? salah ke?"kata Farish sambil mengangkat kening.Pandang pun salah ke bukan kena bayar pun.Farish merenung sekali lagi kearah tangan Ezar yang berbalut itu.

"Kau nak apa pandang macam tu?"Ezar mendengus geram."Sebenarnya aku ada soalan kat kau nih ha!"Ujar Farish."Apa cakap je la..."

"Macam mana benda ní boleh terjadi? kenapa?"soal Farish dengan nada serius."Sebenarnya macam ni masa aku dapat kejar peragut tu kan..Dia cuba nak tikam aku tapi..masa tu aku elak bila dah elak tangan pulak jadi mangsa..ish..ish..ish.."

"Macam tu je?"

"Ye la...nak panjang macam mana lagi?"Ezar mencebikkan bibirnya.

"Pfftt..tak seronok langsung cerita kau nih.Ni nanti aku nak call Mak kau pasal apa yang terjadi kat kau ni!"sakat Farish dia tahu yang Ezar sebenarnya takutkan Mak Imah.

"Weh!!!! janganlah beritau Mak aku, matilah aku nanti bila Mak aku tahu mesti balik nanti aku kena ganyang cukup-cukup!"rayu Ezar sambil membulatkan matanya supaya Farish cair dengan rayuannya.

Aku dah agak dah,dia ni memang takut dengan Mak dia lagi-lagi masa mak dia membebel! aku yang sebagai menantu pun kena tadah telinga mendengar bebelan Mak dia terutama masa Ezar tidak mengambil berat tentang keadaan aku.Fuhh Mak punya ceramah memang deep sampai aku yang tak kena ceramah pun boleh terasa...

"Oii..aku tengah cakap dengan kau kot!"kata Ezar menjuihkan bibirnya.

"Okey...tapi nanti bila dah balik pandai-pandai kau la bagi alasan ye..."balas Farish setelah membuat keputusan untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Mak Mertuanya.

"Yes....yeay terima kasih..!"Ezar bersorak gembira kerana rahsia ini akan dirahsiakan dari Maknya.

"Aik...tadi kata tangan sakit sangatt!"tegur Farish menjeling tajam kearah Ezar.

"Alaa..bukannya sakit sangat pun.Ni kalau nak bagi penampar kat muka orang pun boleh kot..! lukanya dekat bahagian belakang tapak tangan bukan tapak tangan!"

"Apa-apa je la..dah pakai tali pinggang tu!"arah Farish bersedia untuk bertolak ke tempat penginapan mereka.

"Iye..la"Ezar bersedia memakai tali pinggang.Tidak lama kemudian,Kereta Farish mulai bergerak menuju ke destinasi seterusnya.


××××××

"Ya Allah! lembutnya katil ni"kata Ezar sambil menghenyakkan tubuhnya pada katil.Mata Ezar beralih kearah Farish yang bersusah payah mengangkat beg bagasi mereka berdua.

"Alaa...kesiannya dia!"sakat Ezar."Dapat je kunci bilik terus lupa kita ni.."balas Farish menjuihkan bibirnya tanda merajuk.

"Ermmm.... Mana kau simpan pengat pisang Mak aku?"tanya Ezar sambil mengangkat keningnya."Ada la.."

"Mana...aku nak rasa kau tau tak aku memang dah lama mengidam nak makan pengat pisang tu!"Ezar bangun dan terus berdiri dihadapan Farish.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now