BAB 35

7.5K 277 2
                                    

"Ya Allah dugaan apa kali ini yang akan aku lalui"Ezar tersandar pada sofa.Badannya terasa lesu manakala kepalanya pening umpama mahu tercabut gara-gara memikirkan tentang perkara tadi.Semasa meminta kebenaran pulang pada Farish tadi riak wajahnya benar-benar risau akan keadaan Ezar."Tak perlu nak risaukan saya sebab saya balik dengan teksi"itulah katanya pada Farish.

"Dhia..kenapa kau mesti muncul dalam hidup aku! kenapa mesti Aizrill dengan Dhia si Minah Celop ni mesti muncul semula!!"monolog hati Ezar.

kini sakit kepalanya mula menjadi-jadi akibat memikirkan satu persatu masalah yang menimpa dirinya.Ezar cuba bangun dari sofa namun belum sempat dia bangun dari situ dia sudah jatuh pengsan akibat sakit kepala yang amat sangat dan badannya yang teramat lesu.

Perlahan-lahan Ezar membuka matanya apabila Ezar sedar kini dia berada didalam bilik tidurnya."Aik?? siapa pulak yang angkat aku?"sebaik Ezar menoleh terlihat kelibat suaminya disisi yang sedang bermain telefon.

"Bila pulak kau balik?"soal Ezar kehairanan sambil memegang kepalanya yang masih pening.

"Abang rasa tak sedap hati jadi Abang balik la.Sampai je dekat rumah pintu tak berkunci dengan Zara yang terpengsan kat tepi sofa tu..risau tau tak ni Abang ada masakkan bubur untuk Zara makanlah sikit."

"Tak nak la..tak ada selera nak makan"tolak Ezar.

"Tak nak makan kenapa? tengok muka tu dah pucat..Zara jomlah Abang bawakan pergi klinik..takut melarat pulak sakitnya."nasihat Farish.

"Tak nak..nanti kalau Zara ada selera Zara makanlah.."Ezar bangun dari pembaringan dan duduk bersebelahan Farish.

"Tadi Dhia ada jumpa Zara kan?"tanya Farish pula.

"Ada.."balas Ezar.

"Dia ada cakap apa?"

"Tak ada apa..Dhia tu sebenarnya classmate Zara masa zaman sekolah dulu.Jadi Zara kenal Dhia tu.."Ezar sengaja merahsiakan perkara tadi dia tidak mahu Farish risaukan tentang keadaannya.

"Betul dia tak ada cakap apa? Iye la Dhia tu kan lain macam sikit!"Farish ingin kepastian.

"Abang kenal ke Dhia tu?"soal Ezar.

"Hah!! apa yang Zara cakap tadi?"Farish menyuruh Ezar mengulangi semula kata-katanya tadi.

"Bila masa pulak Abang ni jadi pekak?? Ni Abang kenal ke Dhia tu?"

"Zara panggil dengan panggilan 'Abang'!"kata Farish.

"Jadi?? salah ke?"ujar Ezar yang masih bingung.

"Tak salah pun cuma teruja je la bila Miss Tomboy Abang ni panggil Abang dengan panggilan 'Abang'!!"Farish mencuit hidung Ezar yang kecil itu.

"Eii..Ha ye la tu..ni jawablah soalan Zara tadi"kata Ezar rimas la pulak kena cuit-cuit hidung ni.

"Ouh pasal Dhia ke? Abang kenal dia tu sebenarnya sepupu Abang."balas Farish.

"Kenapa Abang tak kahwin je Dhia.."luah hati Ezar.

"Soalan apa pulak ni?? Zara cemburu ke Abang dengan Dhia? Zara..Abang dengan Dhia tak ada apa-apa pun la hubungan!"

"Tak..Zara cuma tanya je..Zara tak cemburu pun..tapi kenapa Abang tak kahwin je dengan dia,Dhia tu kan cantik dan dia pun macam perempuan lain.Kalau nak dibandingkan Zara memang jauh beza."

"Zara dengar ni..Dhia tu memang la jauh beza dengan Zara.Dhia tu bukan citarasa Abang.."

"Citarasa? habis tu citarasa Abang macam mana?"tanya Zara.

"Mestilah macam Zara.."balas Farish sambil tersengih.

"Penipu..dulu siap kutuk-kutuk kita..sekarang ni tiba-tiba citarasa dia adalah Zara!"jeling Ezar.

"Abang kalau boleh tak nak la pandang paras rupa..tapi tu la perangai Zara yang gedik mengada-ngada tu yang buat Abang jatuh hati pada Zara!!"

"Eii...dah la merepek je lebih..Zara nak sambung tidur balik la!"Ezar sudah malas mahu mendengar kata Farish yang sudah merepek-repek.

××××××

"Kau dah buat kerja kau?"soal Dhia.

"Aku dah buat pun ni barang yang kau nak!"balas lelaki itu sambil menyerahkan sampul yang berada ditangannya kepada Dhia.

"Opss sebelum kau dapat benda ni..aku nak upah aku dulu..aku nak cash okey tak nak cek..takut pulak la dapat cek tendang dari kau!!"ujar lelaki itu.

"Kau ingat aku sengkek sangat ke? nah upah kau!"Dhia mengeluarkan sampul yang berisi duit kemudian menyerahkan kepada lelaki itu.Setelah lelaki itu membelek sampul yang berisi duit itu.lelaki itu segera memberi sampul itu.

"Susah sangat nak bagi! macam la aku tak pernah bayar upah kau!"Dhia merampas sampul itu dari tangan lelaki itu.

"Jangan la garang sangat sayang! okey aku blah dulu!"ujar lelaki itu dan terus beredar.

"Gila..tak hingin aku dengan kau!!"Dhia melihat fail yang berisi segala gambar tentang Ezar dan Aizrill.Dhia tersenyum"Sikit masa je lagi..kau akan tinggalkan Farish..aku dah cakap jangan cabar aku! Ezarra..Ezarra..kau setialah dengan air mata kau lepas ni!"jeling Dhia pada sampul itu.

***********


𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now