BAB 31

7.8K 313 3
                                    

Farish memerhati kelakuan Ezar dari jauh mungkin masih sakit hati dengan kejadian tengahari tadi.Macam mana aku nak pujuk dia ni?

"Tengok-tengok apa? ingat aku tak nampak ke!"desis hati Ezar matanya memandang tepat kearah televisyen tapi dia masih dapat menyedari kehadiran Farish disitu.

Mahu tidak mahu Farish terpaksa juga memujuk Ezar bukan apa cuma takut Mummy bising saja.Farish mendekati Ezar secara perlahan dan terus duduk bersebelahannya.

Dengan serta merta Ezar bangun dan duduk disofa yang lain malas mahu berdekatan dengan Farish menyakitkan hati je.Farish yang melihat tingkah Ezar hanya menghela nafas panjang dan mengalah kali ini dia perlu rendahkan keegoannya untuk memujuk isteri sendiri.

"Zara..aku minta maaf pasal tengahari tadi.Aku tahu silap aku!"Farish mulai bersuara.Namun percakapan Farish tak ubah seperti masuk ketelinga kiri keluar ketelinga kanan.Mata Ezar masih tertumpu pada televisyen.

"Zara...tolonglah aku minta maaf,aku tau sepatutnya aku tak boleh pandang rendah pada orang! Please tolong jangan buat aku macam ni.."ujar Farish sekali lagi.

Ezar masih keras hati tidak mahu mengeluarkan suara.Padan muka! kau cakap la apa pun aku tak nak dengar! senang-senang je pandang rendah dekat aku,macam aku ni teruk sangat!!.

"Zara..!"panggil Farish tetapi kali ini kesabarannya mulai hilang dan terus mengambil remote televisyen yang berada diatas meja dan menutupnya.

Ezar yang terkejut dengan kelakuan Farish terus bangun ingin masuk kedalam bilik tetapi tangan Farish lebih cekap mengenggam tangan Ezar.

"Lepaslah!!"jerit Ezar.

"Dengarlah apa aku nak cakap ni!"rayu Farish.

"Dah la! aku dah dengar! apa kau nak hah!"geram Ezar dibuatnya.

"Aku cuma nak minta maaf salah ke?"balas Farish.

"Tolonglah aku sekarang ni tengah malas nak bercakap dengan kau!"

Farish hanya menghela nafas panjang."Kau boleh mula kerja esok,kau tumpang je aku pergi office okey?"

"Tengoklah macam mana nanti"ujar Ezar segera menarik lengannya dari pautan Farish dan melangkah pergi.

"Keras jugak hati kau! susah sangat nak maafkan aku"kata Farish didalam hatinya.

××××××

Nasib baik pagi ini mood dia elok nak pergi kerja kalau tak apa aku nak jawab dekat Mummy?."Zara jom breakfast?"ajak Farish sebelum memecut ke pejabat.

"Tak apalah aku tak lapar"balas Ezar.

"Tapi kau tak makan dari malam tadi tau tak!"

"Aku tak lapar,jom lah pergi cepat! kau nak breakfast pergilah ajak sesiapa yang nak,aku tak kesah."balas Ezar masih dalam keadaan melayan mood dirinya.

"Okey! tapi jangan membebel lapar la apa la tau?"

"Aku tau la cari makanan sendiri selama kau tak hadir dalam hidup aku boleh je aku makan.Tak ada pun minta tolong sesiapa"sengaja membuat Farish sentap dengan kata-katanya.

Seperti yang dijangkakan Farish memang sentap dengan kata-kata Ezar.Selepas sampai dipejabat dia terus berjumpa Nuraina dan meminta Nuraina uruskan semuanya tentang Ezar manakala dirinya terus keluar dan mengajak seorang perempuan untuk bersarapan bersama.Memang tidak dinafikan perempuan itu memang memiliki rupa paras yang cantik tetapi dia suka memakai pakaian yang agak ketat.Sedikit sebanyak membuatkan hatinya terguris.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!حيث تعيش القصص. اكتشف الآن