BAB 38

7.5K 284 5
                                    

Datin Ziera membunyikan loceng rumah milik Farish berkali-kali."tak dengar agaknya!"detik hati Datin Ziera.Farish memperlahankan langkahnya untuk membuka pintu sudah tentu yang datang itu adalah Mummy! mesti dia akan tanya tentang menantunya itu.

Farish membuka pintu dan menyambut tangan Mummy untuk menyalam kemudian menjemput masuk."Rish..Mummy ada bawak kek!"ujar Datin Ziera sambil menayang bungkusan plastik putih yang berisi kotak kek.

"Kek apa ni Mummy?"soal Farish kehairanan setahunya dia tak ada menyuruh Mummy membeli kek untuknya ataupun pompuan tu yang minta Mummy belikan? maklumlah mengada-ngada sakit la apalah!

"Farish lupa ke hari ni hari apa?"

"Hari ni hari sabtu kan Mummy!"

"Muda-muda lagi dah nyanyuk! hari ni hari lahir Farish! dah lupa ke"Datin Ziera mengingatkan Farish.

"Ouh.."balas Farish bersahaja.

"Zara mana? Mummy rindu sangat-sangat dengan dia!"tanya Datin Ziera setelah tidak nampak langsung kelibat Ezar.

"Dia dah keluar dari rumah ni!"Farish menghela nafas panjang.

"Apa!! kenapa dia keluar?"angin betul Datin Ziera dibuatnya apabila mengetahui menantunya itu tiada dirumah ini.

"Farish yang halau dia! Zara tu memang perempuan tak guna la Mummy! sanggup dia curang dengan Farish! Farish dah beri segalanya pada dia tapi dia buat Farish macam ni!"

"Zara curang? bila dia curang dengan Farish?"

"Dia tu ada hubungan dengan Aizrill kawan lama Farish dulu!"

"Ada bukti ke yang Zara curang?"

"Ada..Dhia tunjuk gambar Zara dengan Aizrill dan memang Zara mengaku gambar tu memang benar! tapi tiba-tiba dia tak mengaku pulak!"

"Farish percaya la kata-kata Dhia tu?"

"Mummy benda tu dah terang lagi bersuluh! tunggu sekejap Mummy, Farish nak ambil gambar tu!"Farish mengambil sampul berwarna coklat yang berada diatas meja dan datang kembali kepada Datin Ziera.

"Nah..Mummy tengoklah benda yang ada dalam ni!"Datin Ziera hanya menurut sahaja kek tadi diletakkan diatas meja.

"Farish..Mummy betul-betul tak sangka yang Farish memang tak percayakan Zara! Farish yakin ke benda ni betul? Farish..kunci kebahagiaan sesebuah pasangan adalah kepercayaan!"

"Sudahlah..takkan masih nak bela lagi pompuan tu!"

"Mummy akan siasat benda ni! Mummy kenal dia dari kecil lagi! Memang Zara tu tomboy suka berkawan dengan lelaki tapi dia ni jenis susah nak jatuh bercinta! Mummy takkan percaya kata-kata Farish! Mummy minta diri dulu!"

"Mummy..kalau betul apa yang Farish cakap tu..Farish dah tak nak ada apa-apa dengan dia dah lepas ni!"

Datin Ziera hanya mendiamkan diri sahaja.Bohonglah kalau Datin Ziera tidak kecewa dengan Ezar tapi Datin Ziera perlu siasat sepenuhnya.Dia tidak mahu bersikap seperti anaknya menghukum orang tak usul periksa.

Kali ini sudah hampir tiga kali Ezar berulang ke tandas pening dan loya rasanya."Zara okey ke ni? Mak tengok Zara dah berulang-alik masuk bilik air..Zara sakit ke?"

"Tak ada la Mak..Zara okey je ni mesti sebab perut masuk angin ni tu la sakit je memanjang."

"Kan Mak dah cakap! jangan lewatkan makan tu tengok apa dah jadi?"marah Mak Imah.

"Ala..Mak ni Zara cuma tak ada selera nak makan je..maklumlah sendiri masak rasanya tawar kalau Mak yang masak mesti dekat tiga pinggan Zara makan Mak.."

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now