BAB 17

9.6K 377 12
                                    

Ezar mengetap bibirnya geram apabila melihat Nana bersama dengan Farish diluar rumah tadi sementara itu tangannya ligat memotong sayur sawi itu.Tau pulak cemburu ingatkan tak tau apa itu perasaan cemburu..

"Zara.. aduh! Zara habis la sayur Mak ni..hancur kau potong!"bebel Mak Imah apabila melihat anaknya bukan memotong sayur tetapi mencincang sayur.

"Mana ada?,elok je sayur ni.."Ezar membela diri.

"Elok apa bendanya?,dah pergilah layan suami kamu dekat depan tu lagi baik."

"What! Ahh.. tak de masa la tadi beria-ia bergurau dengan Nana depan aku.Apa dia ingat aku ni tunggul kayu ke?"gumam hatinya.

"Menyampah pulak aku dengan Farish tu depan Mak aku perghh!! berlakon baik macam Malaikat depan aku Tuhan je yang tahu...Now..dia mula nak tunjuk belang yang dia boleh menggatal dengan perempuan lain kat kampung ni! Ahh.. lantaklah dia,buat apa susah-susah nak pikir pasal perkahwinan ni sedangkan dia pun tak pernah nak ambik kesah pun?,Tapi sampai bila aku kena berpura-pura depan keluarga aku dengan keluarga dia yang aku ni hidup bahagia?.."soalan yang cukup berat bagi Ezar untuk jawab sementara ni.Aduh apalah nasib!!

Ezar meraup mukanya,hati kecilnya mengeluh."kenapa aku lembab sangat?,sedangkan aku ada masa untuk tolak perkahwinan ni dengan pelbagai alasan...tapi kenapa aku terima jugak?,siapa yang menyesal sekarang aku ke dia..!?"

"Zara kau termenung apa tu?"soal Nana tiba-tiba masuk ke dapur bersama Farish.

"Tak ada apalah aku nak keluar sekejap!"ujar Ezar yang bingkas bangun dari kerusi itu.

"Zara nak pergi mana?"kini Mak Imah pula yang memberi soalan.

"Zara nak jumpa Aliq!"kata Ezar.

"Aliq mana?,Aliq yang mekanik tu ke?"soal Mak Imah.

"Iye..Mak ada nak pesan apa-apa ke!"soal Ezar.

"Tak ada ehh.. kebetulan nak keluar tu ajak la suami kamu tu teman sekali..ni nak keluar ni dah mintak izin suami ke belum..!"

"Tak payah la Mak,tak penting pun!,Zara nak keluar ni ada barang nak beli ni..malas la nak bawak orang menyemak je.."ujar Ezar sambil menjeling Farish.

"Kenapa cakap macam tu? pergi minta maaf balik.."arah Mak Imah pada Ezar.

"Minta maaf ? okey.."

"Weh aku minta maaf.Aku nak keluar ni kau ada nak pesan apa-apa tak?,kalau tak ada lagi bagus..Ni lagi satu Nana aku nak minta tolong kau boleh tak?..kalau kau tak ada kerja ke kau bawak la dia ni pusing satu kampung ke.Maklumlah orang bandar ni manalah tau macam mana keadaan dekat kampung ni.Okey aku chow dulu,apa-apa call je aku nanti!"Ezar mula beredar dari dapur itu.

Puas Ezar menyelongkar untuk mencari kunci keretanya,mana pulak kunci kereta aku ni?..Ezar cuba menyelongkar dalam laci meja didalam biliknya."Fuh!!,finally jumpa pun!"

Ezar segera membawa kereta kesayangannya itu,"Haih! rindunya kereta nih!! muah.."Ezar mencium stereng keretanya,Teruknya aku ni Aduh!

Setelah hampir 15 minit dalam perjalanan.Akhirnya,Dia sampai juga di bengkel hak milik Aliq.Nasib baik bengkel tak jauh dari rumah kalau tak,buat perabis minyak kereta aku ni je..dah la minyak mahal sekarang ni!

"Assalamualaikum Aliq!"sapa Ezar.

"Walaikumusalam"balas Aliq sambil sibuk membaiki bahagian enjin kereta pelanggannya itu.

"Banyak lagi ke kereta yang kau nak kena baiki?"

"Tinggal ni je ni pun dah dekat nak siap dah.Apahal kau nak aku baiki kereta kau ke?"

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now