"Tak apa boleh pinjam baju T-shirt Zara.."

"T-shirt Zara Mak Da..?"celah Zahirah.

"Iyalah..lagi pun T-shirt Zara tu bukan macam perempuan pun dan Mak cik rasa muat dengan kamu berdua ni."

"Baiklah kalau macam tu.."balas Aizrill.

"Korang berdua nak pakai baju bini aku? amboi aku laki dia pun baru sekali pakai baju dia."kata Farish dengan gaya bercekak pinggang.

"Ala kau ni...aku dengan Aiman dah ada bini sendiri la..takkan nak cemburu jugak! bini aku pun dah nak bersalin daa.."balas Aizrill.

Akhirnya tawa mereka bertiga pecah sehingga boleh didengari oleh Ezar didalam biliknya."Gelak sakan nampak!"gumam Ezar sendirian.

××××××

Sakit kepalanya makin berkurang sedikit.Zahra dan Faaeq pula tiada didalam bilik."Mana pulak Farish bawa Zahra dan Faaeq ni?"

Ezar bangun dari pembaringannya perlahan-lahan dia berjalan keluar dari dalam bilik sempat tangannya mencapai telefon.Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 5 petang.Kemudian dia menjenguk diluar jendela."Apa? Farish dengan Zahirah duduk berdua dekat pangkin tu!"terkejut dengan apa yang dilihat tadi.Manakala Aizrill dan Aiman sibuk membakar lemang dibantu oleh Mak Imah.

Jelas dia nampak Zahirah mendukung Zahra dan Farish pula mendukung Faaeq."Amboi..aku tinggal sekejap je dah nak menggatal!"gumam Ezar kemudian dia keluar dari rumah dan menuju ke arah Mak Imah.Kalau boleh Ezar mahu sembunyikan perasaan cemburunya itu.

"Mak...banyaknya bakar lemang."tegur Ezar.

"Baru bangun tidur? bukan yang Mak yang buat lemang tu laki kamu yang nak buat..."balas Mak Imah.

"Farish nak buat lemang? Mak nak tau tak Farish ni sembang je lebih nak buat, tengoklah lemang konon..bukan dia yang buat!"jeling Ezar.

Farish yang terdengar kata-kata pedas dari bibir isteri hanya mendiamkan diri.Telefon ditangan Ezar berbunyi tertera nama Hanna.

"Siapa call Zara?"soal Mak Imah.

"Boyfriend Zara Mak.."seloroh Ezar.

Panas pula hati Farish mendengar gurauan Ezar."Assalamualaikum..Hanna"ujar Ezar.Aizrill segera memasang telinganya.

"Walaikumussalam Zara..Aizrill ada kat rumah Mak kau ke?"

"Ada la kat sini..jangan risau Hanna laki kau takkan menggatal kat sini.Kalau laki kau menggatal nasib dia la kena hadap aku yang ada tali pinggang hitam ni.Aku betul-betul dah lama tak pukul orang ni!"

"Farish kau tengok isteri kau ni..nak belasah aku pulak..aku tak ada menggatal pun kan?"ujar Aizrill memandang Farish.Wajah Farish sudah masam mencuka.

"Tak ada apalah..aku cuma risau je kalau dia keluar dengan perempuan lain.Kau tahu la lelaki zaman sekarang ni pantang isteri dah memboyot macam ni mula la nak cari yang lain."kata Hanna.

"Zrill..bini kau kata lelaki zaman sekarang ni bukan boleh percaya sangat pantang dah nampak isteri memboyot mula nak cari yang lain.."Ezar menyampaikan pada Aizrill.

Ketawa Aiman dan Mak Imah pecah kerana pesanan Ezar tadi."Ye la..aku juga yang kena."gumam Aizrill.

"Tak apalah...aku nak sambung memasak ni kalau ada apa-apa roger ya!"kata Hanna sebelum mematikan panggilan.

"Risau betul Hanna dekat Zrill..sakit perut aku gelakkan dengan perangai Hanna ni."ujar Ezar.

"Tu la aku naik pening dengan perangai dia sejak hamil ni..aku ni hanya mampu sabar je.."balas Aizrill.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now