SPECIAL PART

6.1K 231 6
                                    

Zahirah memberi salam setelah sampai diperkarangan rumah Mak Imah."Assalamulaikum..Mak Da.."

Ezar yang kebetulan berada diruang tamu segera membalas."Walaikumusalam..Zahirah bila kau sampai?"

"Baru tadi..aku rindu nak jumpa Mak Da.Weh Mak Da mana?"soal Zahirah.

"Mak aku ada didapur..jemputlah naik.."balas Ezar.

"Kalau kau tak ajak aku masuk..aku memang nak masuk pun.."ujar Zahirah dengan gaya gediknya.

"Geli geleman aku tengok perempuan ni!"getus hati Ezar.

"Suka hati kau la.."Ezar berlalu pergi masuk kedalam bilik lalu dikunci pintu itu.

"Sombongnya kau Ezarra...mentang-mentang la dah kahwin dengan orang kaya.."bisik hati Zahirah.

Zahirah Ilyana adalah sepupu Ezar.Namun kerana sikap Zahirah yang tersangat gedik mengada-ngada membuat Ezar jadi rimas dan apa yang paling geram bagi Ezar adalah layanan Mak Imah terhadap Zahirah seolah-olah Zahirah adalah anaknya.

Zahirah melangkah ke dapur menjenguk Mak Imah.Kelihatan Mak Imah sibuk menganyam ketupat ketupat palas.Daun palas berselerak diatas meja.

"Assalamulaikum...Mak Da!"Zahirah menepuk bahu Mak Imah dari belakang.Terkejut Mak Imah melihat kelakuan Zahirah tadi.

"Walaikumussalam..Zahirah bila balik sini?"

"Semalam Mak Da..rindu dengan Mak Da punya pasal,tu yang Zahirah datang sini."Zahirah memeluk bahu Mak Imah.

"Ohh..nanti balik sana kirim salam dengan Mak Su ya?"

"Insyallah Mak Da..ni boleh tak Zahirah tolong Mak Da?"

"Tak payahlah..tadi Zara dah tolong banyak dah siap pun.."tolak Mak Imah.

"Assalamulaikum..Mak"ujar Farish masuk dari pintu dapur dalam keadaan berpeluh kemudian diikuti Aizrill dan Aiman yang berada dibelakangnya.

Zahirah hanya tercengang melihat Farish."Banyak ke buluh yang Farish dapat?"tanya Mak Imah.

"Tak banyak ada dalam tujuh batang boleh kan?"balas Farish.

"Banyaknya! Farish nak bagi siapa makan banyak-banyak macam tu? anak-anak Farish pun bukan boleh makan lemang tu.."

"Ala..Mak nanti Farish bagilah dekat sesiapa yang nak."

"Suka hati Farish la..kamu berdua pun nak buat lemang ke?"soal Mak Imah memandang Aizrill dan Aiman.

"Iya.."balas mereka berdua serentak.

Mata Farish sempat terpandang Zahirah yang kelihatan seperti tercengang memandangnya."Mak..siapa tu Mak?"ujar Farish sambil menujukkan jarinya pada Zahirah.

"Sepupu Zara.."

"Ouh Mak..Zara mana mak?"

"Zara dalam bilik dengan dua beradik tu la..Zara kata kepala dia pening sikit."

"Pening pulak.."

"Okeylah Mak..Farish nak pergi mandi nanti nak pergi klinik kejap beli ubat panadol kesian pula kat Zara tu."kata Farish.

"Sweetnya...Farish ni caring pasal Zara! beruntunglah kau Zara ada suami macam Farish ni.Kalaulah Farish ni suami aku hmm..mesti aku yang paling bahagia sekali!"desis hati Zahirah.

"Tak payahlah Farish..Zara dah makan ubat tadi nanti reda la tu.."

"Okeylah kalau macam tu..Farish pun nak kena cepat ni..nak bakar lemang lagi."

"Pergilah mandi dulu..kamu berdua pun Zrill..Aiman mandilah dulu."

"Kami tak bawa baju lebih Mak Cik."

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now