"Ezarra..tahniah awak hamil hampir lima minggu.Saya nak awak jaga kandungan ni betul-betul kerana dia masih awal.Lagi satu saya nak pesan jaga pemakanan awak.Banyakkan berehat tau lagi pun ni kandungan awak yang pertamakan Ezarra.Okey awak boleh la pergi nanti ambil ubat ya"ujar Doktor Sarah lembut.

"Lima minggu! kenapa aku tak perasan? Tak lama lagi aku akan jadi Mak orang la!"

"Ezar..!"Hanna menepuk bahu Ezar.

"Apa?"

"Tahniah..dalam diam berisi ye..jaga pemakanan tu tau.Dengar apa doktor cakap tadi!"pesan Hanna lagi.

"Iya..aku tahu la.Kau ni bila lagi? takkan nak tunggu aku bercucu baru kau kahwin?"

"Ehhh...aku nasihat kan kau.Kau nasihat aku balik..heheh ada jodoh ada la kalau tak ada.Tak kahwin pun tak pe."

"Macam-macam la kau Hanna.Ni Kak Husna mana?"tanya Ezar.

"Dia pergi kedai sekejap.Kau boleh tak berjalan ni?"

"Boleh la...bukan aku bersalin pun aku cuma pengsan je la"ngomel Ezar.

"Memang la kau pengsan..aku risau tau dengan kau ni dah la tu anak kau sulung tau"

"Aku tau la Hanna tapi.."

"Tapi apa?"

"Aku macam tak percayalah..iya la tiba-tiba je aku disahkan pregnant.Kau rasa tak terkejut ke?"

"Nak terkejut apa? bukannya kau tak ada suami..kau ada suami kan."

"Memang la aku ada suami..cuma macam tak percaya je la."

"Kau sebenarnya tak sedia jadi ibu kan?"teka Hanna.

"Macam mana kau tau?"

"Aku tau la..Ezar dengar ni aku nak pesan ehh..mungkin sesetengah orang dia tak bersedia jadi ibu tapi bila dia disahkan hamil memang pada mula tu dia macam okey tak okey..tapi bila dah sampai pada pertengahan bulan kandungan dia akan semakin sayang malah dia akan lebih teruja untuk menanti hari kelahiran anak kandungnya sendiri."

"Mana kau tau?"

"Kau ni banyak soal la Ezar..aku tau la sepupu aku dulu mula-mula macam tu tapi tu la masa pertengahan usia kandungan dia pulak jadi teruja"

"Ouh...insyallah aku akan jaga kandungan ni baik-baik.Siapa tak sayang anak weh!"balas Ezar.

"Tau pun..dah la jom masuk kereta.Nanti Kak Husna datang la."

"Okey.."balas Ezar.

"Ehh..Ezarra kenapa tak masuk kereta lagi? Ezarra okey tak ni?"soal Kak Husna prihatin yang tiba-tiba muncul dibelakangnya.

"Okey Kak Husna.."

"Baguslah kalau macam tu risau Kak Husna tadi."kata Kak Husna.

                         ~~~~~~~~

"Ezarra nak cari kerja ke?"tanya Kak Husna tiba-tiba.

"Kerja apa Kak?"Ezarra menuangkan air teh pada cawan Kak Husna dan Hanna kemudian menghulurkan pada mereka.

"Sebenarnya Kak ada satu butik ni.Kak memang sekarang kekurangan pekerja jadi Ezarra boleh tolong tak?"

"Kerja macam mana? Ezarra tak faham"Ezar tersengih.

"Macam kira stok barang yang dah habis..dan cashier boleh kan?"

"Hanna? kerja apa Kak?"soal Ezar.

"Dia pun tolong Kak..tapi sekarang Kak Husna ada butik baru jadi Kak uruskan yang baru dan yang ni Hanna dan Ezarra tolong uruskan boleh kan?"tawar Kak Husna.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now