"Hanna..pulak? Apa dia nak?"

"Assalamualaikum..Hanna kenapa call aku ni?"

"Walaikumussalam..Ezar jadi tak kau datang ni..Aku tunggu kau tau!"kata Hanna.

"Jadi la..lagi pun aku tengah on the way la sekarang ni aku tengah sarapan kejap..nanti dah sampai aku beritahu la..dah tak payah risau sangat!"ujar Ezar tenang.

"Okey..bawak kereta tu elok-elok ehh jangan laju-laju tau.Awak tu dah la perempuan!"pesan Hanna.

"Iye la...Cik Hanna oi! okey bye assalamualaikum Hanna"Ezar terus mematikan talian."Budak Hanna ni kalau membebel habis la nasi lemak yang aku order tadi pun boleh basi!"

Makanan yang dipesannya tadi sudah sampai dimeja.Sempat juga pelayan itu menjemputnya makan."Jemput makan cik"

"Comel je aku tengok udang ni! tak pe lagi comel lagi berselera la aku nak makan!"Ezar membaca doa sebelum makan dan terus memakannya.

××××××

Kereta dipandu oleh Farish mulai memasuki halaman rumah milik Mak Imah.Kelihatan kawasan rumah itu sunyi sahaja dan pertama yang dilihat adalah kereta kesayangan milik Ezar tiada."Mana pulak dia pergi?"bisik hati Farish.

Setelah mematikan enjin kereta.Datin Ziera keluar dan memberi salam."Assalamulaikum!!"

"Walaikumussalam.."balas Mak imah kedengaran suaranya berada dari dapur.Mak Imah segera kehadapan untuk melihat tetamu.Tergamam Mak Imah seketika melihat Datin Ziera dan anaknya ada dihadapan.Rasa sakit pula hatinya melihat wajah Farish umpama sakit hati yang dialami oleh Ezar seolah terkena tempias padanya.

"Masuklah!"pelawa Mak Imah tanpa banyak kata.Datin Ziera dan Farish hanya menurut sahaja.Jelas terpancar riak wajah Farish seolah-olah diselubungi rasa bersalah.

"Duduklah..macam tak biasa pulak"tambah Mak Imah lagi.Setelah duduk Mak Imah segera menanyakan soalan pada Farish."Farish...macam mana hubungan dengan Zara?"

Rasa mahu tercabut jantung Farish apabila disoal begitu seolah-olah memerli dirinya."Mak..Farish minta maaf!"

"Maaf..sebab apa?"suara Mak Imah jadi tegas.

"Sebab dah fitnah Zara macam-macam"balas Farish dengan riak wajah yang agak kesal.

"Farish tau tak bertapa sakitnya hati Mak bila dengar Zara cerita masalah korang berdua pada Mak.Ikutkan hati Mak ni dah lama Mak nak bersemuka dengan Farish beritahu hal sebenar tapi Zara sendiri yang halang!"

"Kak..berilah Farish peluang untuk dia perbetulkan keadaan"rayu Datin Ziera.

"Kak boleh je bagi peluang..tapi anak Kak boleh ke dia bagi? lepas kena hina macam tu? kena halau? ingat anak Kak tak ada maruah ke?"kata-kata pedas Mak Imah membuat Farish sentap.

"Kalau macam tu berilah kami jumpa dia sekejap..kami berbincang secara baik biar benda ni selesai"ujar Datin Ziera.

"Zara dia tak ada disini...dia dah pergi tempat lain untuk tenangkan fikiran dia"

"Bila dia pergi?"balas Farish terkejut.

"Subuh tadi..Mak betul-betul tak faham dengan Farish ni.Farish betul-betul ke sayangkan anak Mak? atau pun sekadar lakonan je supaya nampak baik dimata Mak macam tu?"

"Farish betul-betul sayangkan dia.Farish minta maaf sebab terlalu ikutkan perasaan marah dan cemburu."

"Kalau betul-betul sayang kenapa tak percayakan dia? kenapa fitnah dia macam-macam? kenapa halau dan buang dia sedangkan perkara ni boleh selesaikan secara baik? kenapa tak siasat dulu perkara sebenar? kenapa hina dia macam orang tak ada maruah dan perasaan? Farish kalaulah Mak berada ditempat Zara..Mak mungkin nak mintak berpisah.Tapi Mak tak tau pulak yang Zara ni kuat..dia sabar je bila jadi macam ni.Kadang-kadang Mak pun tak faham dalam masa sehari je dia menangis sepuasnya tapi esoknya dia dah boleh ketawa macam orang tak ada masalah.kalaulah Mak mesti dalam seminggu belum tentu airmata ni kering"

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now