"Tak guna kau Rish...tapi tak apa aku tengok si pompuan tu pun datang kerja hari ni lagi bagus! senang aku nak buat kerja aku!"bisik hati Dhia.

Dhia meluru masuk kedalam bilik Farish.Terkejut Farish dibuatnya iyalah tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba si mangkuk ni masuk dalam bilik aku mahu tak terkejut.

"Kau nak apa Dhia?"soal Farish rimas melihat wajah Dhia yang tak habis-habis ingin menganggunya.

"Hai..aku ada benda baik nak 'share' dengan kau! kau nak tau kan?"Dhia tersenyum jahat.

"Apa benda!"tempelak Farish.

"Nah kau tengok apa yang ada dalam sampul ni!"

"Apa benda ni?"Farish merampas fail itu dari tangan Dhia dan mengeluarkan isinya.

Ezar melangkah masuk ke pejabat hasratnya untuk mengajak Farish makan tengahari.Almaklumlah dekat rumah barang masak dah habis nak keluar pergi market rasa tak rajin pulak bukan apa..badan ni hah sejak dua menjak ni kerap sangat letih.Ezar menekan butang lif yang menunjukkan ketingkat yang ingin dia pergi.

"Apa benda ni? apa hubungan Zara dengan Zrill?"soal Farish terkejut dengan semua gambar.

"Kalau kau nak tahu isteri kau Ezarra tu pernah kenal Aizrill..kau tak nampak ke gambar tu mesra semacam.Ezarra curang dengan kau! kau tak percaya lagi ke?"

"kau penipu Dhia!"

"Kalau aku penipu habis tu gambar tu apa? takkan aku edit pulak? tolonglah jangan butakan mata tu! dia tu perempuan murahan sebenarnya..aku kenal dia sejak dari kecil lagi! dia tu sebenarnya pengikis harta orang..tak percaya kau tanyalah Aizrill apa hubungan dia dengan isteri kau!"

Farish hanya mendiamkan diri hatinya benar-benar marah ikutkan hati mahu saja dia tampar muka Ezar.Mana boleh tahan tengok gambar Ezar dan Aizrill bermesra pura-pura tak kenal konon..ehh pergi matilah..muka Farish mula merah padam.

"Assalamualaikum.."Ezar memberi salam sebaik saja tiba dibilik Farish dan menolak pintu.Terkejut Ezar "apa pompuan ni buat kat sini!"gerutu hatinya.

"Kau nak apa pompuan!"jerkah Farish tiba-tiba.

"kenapa?"soal Ezar malu kerana dijerkah begitu sehingga orang yang berada diluar biliknya pun boleh mendengar dan memandangnya.

"Ehh pompuan kau tak payah la nak tunjuk baik depan aku! ehh aku memang menyesal la kahwin dengan kau!!"marah Farish lagi.

Ezar sudah menelan air liur "Apa pompuan gila ni dah buat?"monolog hatinya."Apa yang Zara dah buat?"soal Ezar yang masih berlembut.

"Kau dah buat apa? ni apa benda ni!!"gambar dirinya dengan Aizrill dilemparkan kemuka Ezar.

"Ni apa? ehh kau ni memang pompuan murah!! kalau aku tahu perangai kau macam ni aku tak ambil kau sebagai isteri aku! patutlah nampak macam kenal Zrill rupa-rupanya kau memang kenal dan pernah bercinta dengan dia belakang aku!!"

"Bagi Zara jelaskan dulu"

"Jelaskan apa lagi pompuan..kau tak nampak ke gambar tu ke kau buta?..bermesra suap-suap makan..bagi bunga bagai..ehh jijik la aku dengan kau entah-entah dekat belakang aku kau pernah buat benda tak elok"segelintir pekerja yang penyibuk mulai mengintai bilik Farish yang riuh rendah manakala Dhia tersenyum tanda hatinya puas dengan rancangannya berjaya.Malu Ezar dibuatnya mana dia mahu letak muka.

Air mata Ezar mulai menakung tunggu mahu jatuh saja tak pernah dia dimalukan sebegini kepalanya mulai pusing kepeningan mahu saja rebah disitu tapi ditahan sahaja nak melawan pun tak terdaya mulutnya terkunci seribu bahasa memang gambar itu benar tapi hubungannya antara Aizrill dah lama terputus sejak mereka belum bertemu lagi."Kau memang kejam Dhia..sanggup kau buat aku macam ni!"Ezar menangis dalam hati.

"Hoi pompuan! kau berambus sekarang..aku tak nak tengok muka kau dah lepas ni..balik ni aku sampai je aku kat rumah kalau ada lagi kau.. memang mati aku kerjakan kau!"

"Sampai hati Abang hina Zara macam tu..kalau macam tu yang Abang nak.. baik Zara akan pergi dari hidup Abang...halalkan segala yang pernah Abang pernah bagi pada Zara..Zara minta maaf!"ujar Ezar dan terus berlalu pergi dengan malu menguasai dirinya.

"Rish..kenapa tak ceraikan je pompuan tu?"Dhia menjadi batu api.

"Ehh pompuan..kau boleh tak jangan masuk campur! kang aku lempang muka kau tak sia-sia je,baik kau berambus sekarang! yang lain ni sibuk sangat kenapa!"tengking Farish.

Ezar menangis semahu-mahunya saat keluar dari situ.Hatinya benar-benar remuk,luluh dengan setiap kata-kata Farish tadi hanya Tuhan saja tahu.Dia pun tidak tahu nak persalahkan siapa..yang penting dia tidak mahu Mummy tau apa yang berlaku antara dirinya dan Farish.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now