××××××

"Tak siap lagi ke?"soal Ezar

"Siap? nak pergi mana?"soal Farish semula.

"kita tanya dia..dia tanya kita balik..tak nak bersiap ke nak pergi kerja kejap lagi?"

"Ouh..malas la pergi kerja..tiba-tiba rasa tak sedap hati.!"balas Farish yang masih terbaring malas diatas sofa.

"Tak payah nak mengada..dah la Zara cuti lepastu Abang pulak cuti..nanti orang kata apa pulak!"balas Ezar.

"Apa pulak?..bukannya orang tahu kita dah kahwin pun."kata Farish.

"Ahh!! tak de pergi je la kerja..Zara tau la jaga diri sendiri"

"Ish..okey orang nak bersiap la ni tak boleh langsung nak tengok suami nak berehat kejap"ngomel Farish.

"Banyak la punya berehat sekarang waktu kerja bukan rehat!"ujar Ezar persis seorang bos dipejabat.

"Iye..baik puan!"balas Farish sambil melangkah naik kebilik atas.Sampai dibilik dia membuka almari pakaian dan memilih pakaian yang perlu disarungkan hari ini."Alhamdullilah...sejak dua menjak ni Zara dah makin rajin..dah pandai gosok baju aku..selalunya dialah yang paling pemalas nak kena suruh baru buat..tu pun liat!"kata Farish didalam hatinya.

Akhirnya dia memilih baju berwarna biru muda dan menyarungkannya.Setelah selesai bersiap Farish mengambil kunci kereta dan terus turun kebawah sempat juga dia berpaling kearah isteri tetapi Ezar sudah lena diatas sofa."Aikk!! boleh pulak tertidur dekat sini!"

"Zara..Zara..bangunlah!"panggil Farish lembut sambil mengoncangkan bahu Ezar.

"Ermm..."sahut Ezar matanya masih terpejam."Abang dah nak keluar ni..jangan lupa kunci pintu tau!"pesan Farish.

"Okey.."balas Ezar dalam keadaan mamai.Farish terus keluar dan memandu keretanya.Farish malas mahu menganggu tidur Ezar mungkin terlalu penat kerana banyak melakukan kerja rumah..Almaklumlah Mummy selalu datang kesini dan mengajar Ezar macam-macam tentang memasak,mengemas rumah dan sebagainya tugas seorang isteri dirumah.

Dalam perjalanan fikirannya masih melayang pada isterinya dirumah entah bagaimana perempuan yang dulu disangka lelaki rupanya perempuan.selepas itu tiba-tiba jadi isterinya sendiri..bila difikirkan semula memang kelakar tapi semuanya dah tertulis mereka memang ada jodoh.Farish tersenyum sendirian sehingga tiba diparking lot.

"Mana lah si Farish ni lama kot aku dah tunggu! Tapikan sekarang baru pukul 8 tak apa tunggu je..sebab penantian kau adalah penantian yang berbaloi bukan yang sia-sia."kata Dhia yang dari tadi tercegat dihadapan pintu pejabat kadang-kadang kakinya lenguh kerana lama berdiri dah la pakai kasut tumit tinggi mahu taknya sakit.

Farish berjalan menuju untuk masuk ke pejabat namun belum sampai dia sudah nampak kelibat sepupunya itu siapa lagi kalau bukan Dhia Zahtira yang dari dulu tergila-gilakannya cuma dirinya saja tak endahkan Dhia.

"Rish...lamanya kau sampai! kau tau tak aku tunggu kau lama tau!"ujar Dhia dengan gaya gediknya.

"Dhia kau nak apa datang sini pagi-pagi hah?"soal Farish rimas.

"Aku nak jumpa kau la takkan nak ajak menjahit pulak!"balas Dhia.

"Sekarang dah jumpa kan cakaplah cepat!"marah Farish.

"Aip..nantilah takkan tak sabar kot.Rish masuklah dulu! nanti aku nak bagi kau satu benda yang agak istimewa!"ujar Dhia.

"Okey..sekarang kau boleh tepi sikit tak? menyemak je depan pintu ni aku nak masuk pun tak boleh!"lancang mulut Farish.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now