BAB 36

7.8K 296 13
                                    

Hari ini Ezar bangun lebih awal dari biasa.Dia menyediakan sarapan bihun goreng..dah itu je dia pandai buat ini pun baru Mummy ajar sikit.

Tiba-tiba Farish menyapa dari belakang."Aikk..awalnya bangun..selama ni tak ada la bangun awal!"

"Entahlah mata ni hah dah terbuka awal nak buat macam mana!"balas Ezar bersahaja.

"Meh sini la Abang tolong!"Farish menawar diri.

"Tak payah la dah nak siap pun."kata Ezar.

"Sayang pandang sini la sekejap"

"Buat apa?"

"Saja nak tengok muka sayang.."

"Tak payahlah..nanti lama-lama muak jugak tengok muka Zara"balas Ezar sambil membalikkan bihun itu agar kicapnya sama rata.

"Pandang je la belakang ni..!"paksa Farish.Tanpa bercakap banyak lagi Ezar memandang wajah Farish yang berada dibelakangnya.

"Dah puas pandang muka Zara?"perli Ezar.

"Tak..cuma Abang peliklah..iyalah sejak dua tiga minggu ni Zara selalu sangat pening..lepas tu jarang makan ni lagi satu semalam pengsan kat tepi sofa tu kenapa? Zara sakit ke? ni Abang tengok muka Zara pucat je semacam..jomlah pergi klinik!"kata Farish begitu prihatin dengan keadaan isterinya.

"Tak adalah..Zara cuma migrain je! lagipun perut selalu masuk angin sebab Zara jarang makan tu sakit je memanjang!"balas Ezar sekadar cuma mahu sedapkan hati Farish sedangkan dia pun tidak mengetahui penyakit apa yang dia hidapi ini.

"Ouh..sayang..janganlah diet sangat...Zara dah kurus kot lagi satu kalau Zara gemuk pun okey apa!"usik Farish.

"Dah la tak payah la nak merepek..pergilah duduk kat depan tu!"

"Kita pulak yang dihalau!"Farish mencebik bibirnya.

"Zara nak tau tak..ada seorang kawan abang namanya Arill dia kahwin dulu dari Abang..lepas tu nak tau tak isteri dia dah mengandung sekarang!"cerita Farish bersemangat.

"Ouh..rezeki dia la tu"balas Ezar tak berminat.

"Kita bila lagi sayang?"ujar Farish.

"Maksudnya?"Ezar seolah-olah tidak memahami.

"Iye..la Zara tak nak ada anak ke?"soal Farish.

"Nak la..tapi rezeki belum ada..lagi pun tak ready lagilah nak jadi ibu.."

"Habis tu bila kita nak ada anak? tapikan kalau boleh Abang nak kembar boleh tak?"

"Nampak tu..kalau bersembang dengan Abang mesti tak sah kalau tak merapu..dah la ni tolong masukkan bihun ni dalam bekas lepastu letak kat meja nanti makan sama-sama!!"Zara mematikan api dan segera naik ke bilik.

"Tinggalkan aku macam tu je? ish..ishh..ish.tak patut..!!"bebel Farish.

××××××

"Nak tunggu ke tiga hari? sedangkan sekarang pun aku boleh pisahkan dia! maaf Ezarra aku tak boleh nak tunggu lagi..sebab aku tak sabar nak tengok kau menangis..!!"tawa Dhia memecahkan keheningan pagi.

Pintu biliknya diketuk."Kau nak apa!!"jerit Dhia kemarahan.

"Cik Dhia okey ke?"tanya bibiknya.

"Kau sibuk sangat apasal! blah la sibuk je hal orang..!"jerit Dhia lagi dia benar-benar tidak suka jika ada orang menganggunya.

"Baik..cik!"balas bibiknya lembut dan berlalu pergi.

"Gila punya orang gaji..mengacau je aku nak bergembira ni!!"senyumnya sendirian dihadapan cermin lagaknya tak ubah seperti mahu membunuh orang.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now