"Pagi buta kau cakap? Cuba tengok jam dah pukul berapa?" Soal D.O geram.

Sejak sudah menjadi malaikat bumi ini, kerja D.O asyik nak membebel saja. Tak adik-adik, abang-abang dia pula yang jadi mangsa. Haih.

Kai mengambil jam loceng di sebelah katilnya. Mata lelaki berkulit tan itu terbeliak bagai nak terkeluar biji mata.

"Dah tengokkan? Now, kau bersiap sekarang kami semua tunggu dalam kereta kalau kau tak nak ketinggalan makan tengahari hari ni. Kalau nak, kau boleh sambung membuta." Ujar D.O selamba.

Kai bergegas masuk ke dalam bilik mandi setelah mendengar ucapan D.O.

"Aish! Kenapa dia orang semua tak kejutkan aku?! Habis dah breakfast aku! Huhu.."

Meraunglah lelaki itu dalam bilik mandi meratapi nasibnya sendiri.



~ ¤ ~



Lu Han memakai blazer berwarna hitam yang sudah disediakan oleh pembantu rumah awal tadi. Lelaki itu mengagumi dirinya sendiri yang kelihatan sangat manly baginya.

"Park Lu Han tak pernah gagal dalam bab membunuh hati wanita." Ujar Lu Han dengan bangga.

"Erk,.. Hyung nak pergi mana?" Soal Se Hun yang sudah terkebil-kebil di depan pintu bilik mandi.

Lelaki yang 'manly' itu tersenyum ke arah adik kesayangannya itu.

"Hun, hyung nak masuk office hari ini. Hun jaga Seol eh? Kalau ada apa-apa, bagitahu hyung terus." Ujar Lu Han seraya menepuk bahu Se Hun perlahan.

"Okey. Hati-hati." Pesan Se Hun lalu merebahkan diri ke katil.

Lu Han melangkah keluar dari bilik mereka dengan gaya manly yang tak berapa nak manly sangat itu. Se Hun pula hanya menggelengkan kepalanya di balik iPhone 6 itu.

Ting !

Se Hun cepat-cepat membuka applikasi KakaoTalk. Nama Hye Seol terpampang jelas di skrin telefonnya.

From : My Lob

Hunnie,.. Awak dah bangun belum? Kalau dah, turunlah bawah. Saya tunggu kat meja makan.

Se Hun tersenyum bahagia. Entah apa yang membuat dia bahagia sangat di situ. 😅

To : My Lob

Okey. Saya akan turun sekarang. Tunggu tau.

Se Hun menekan butang send. Tanpa membuang masa, lelaki itu segera keluar dari bilik Lu Han.

"Hari ini kita jalan-jalan kat mall nak?" Soal Hye Seol semasa mereka sibuk makan.

"Okey. Nanti boleh beli baju baru. Hunnie nak baju macam yang Lu Han hyung pakai pergi office tadi. Nampak smart dan segak. Hunnie pun nak jadi macam itu juga." Ujar Se Hun over excited.

Hye Seol terkekeh perlahan. Se Hun tersenyum perlahan. Mereka berdua menghabiskan sarapan yang sudah disediakan sampai habis licin.



~ ¤ ~



Jungkook merenung jam di tangan kirinya. Sudah 10 minit berlalu sejak dia menunggu di situ. Namun, orang yang ditunggu belum juga muncul. Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Ke mana budak ini?" Bebel Jungkook sendiri.

Tak lama kemudian, muncul orang yang ditunggu oleh Jungkook dari tadi.

"Ha, sampai pun. Ingatkan dah mati kat tengah jalan." Sindir Jungkook terlebih geram.

V tersengih macam kerang busuk. Dia lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Jungkook.

"Sorry lah. Aku terlajak tidur tadi." Balas V selamba.

"Lupakan sajalah hal tu. Ni, kau dah buat apa yang aku minta hari tu?" Soal Jungkook straight to the point.

V mengeluarkan sebuah fail kuning dari beg galasnya.

"Semua maklumat yang kau perlukan ada di sini. Tak kurang dan tak lebih seperti yang kau minta." Kata V.

Jungkook mencapai fail kuning itu. Dia membelek seketika helaian kertas dalam fail kuning itu. Kemudian, dia tersenyum.

"Good. Kau memang boleh diandalkan dalam hal macam ni." Ujar Jungkook.

"Well, Kim Tae Hyung." Balas V dengan bangga.

"Park Hye Seol."








•••

To Be Continued ...

#VOTE ⭐️
#COMMENT 💬



Halooooo ..............

Maafkan daku jika chapter nya terlebih pendek dan tidak memuaskan hati .

Saya akan cuba sehabis baik .

Mohon VOTE juseyooooo .......

Gomawoyoooooo ..........



사랑하자 ❤️

HELLO ANGEL ©️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin