BAB 34

7.3K 299 6
                                    

Satu mesej tiba-tiba masuk dari telefon milik Ezar."Ya Allah..siapa pulak yang mesej aku malam macam ni?"Ezar yang baru sahaja selesai berdoa selepas solat isyak.Tangannya mencapai telefon yang diletakkan diatas katil.

"Aik siapa punya nombor ni? tetiba mesej aku! biarlah mungkin salah nombor kot"Ezar meletakkan semula telefon pada tempatnya tadi kemudian membuka telekung dan melipatnya.Setelah selesai tiba-tiba pula panggilan masuk dari nombor telefon yang sama.

"Apa dia nak?"Ezar yang akur akhirnya menjawab.

"Assalamulaikum..awak ni siapa?"soal Ezar.

"Walaikumusalam ni aku Zrill.."balas pemilik suara itu.

"Wait...macam mana kau dapat nombor aku?"soal Ezar lagi.

"Ada la tapi yang kau kena tahu bukan suami kau yang bagi pada aku"ujar Aizrill.

"Kau nak apa Aizrill?"

"Aku nak minta maaf pada kau lepas apa yang aku dah buat pada kau!"rayu Aizrill bersungguh-sungguh.

"Maaf? lepas kau malukan aku depan family kau dan kau putuskan pertunangan kita yang hanya tinggal lagi beberapa hari nak kahwin macam tu? Aku boleh terima la kalau antara kita tak ada jodoh tapi aku tak boleh terima cara Mak kau hina aku depan family kau!"

"Aku tahu tu salah aku!"balas Aizrill lagi.

"Stop..Zrill aku dah tak nak jumpa kau lagi dan lagi satu tolong jangan buka cerita tentang kita pada Farish.Aku tak nak dia tahu pasal hal ni!"kata Ezar.

"Aku takkan berhenti jumpa kau selagi kau tak maafkan aku dan pasal rahsia kita ni aku pun tak nak Farish tau walaupun dia kawan baik aku"

"Suka hati kau la Zrill..okey bye Assalamulaikum!"Ezar menutup telefon.

Aizrill menghela nafas yang panjang."Tak apalah Zrill mungkin dia bukan jodoh kau.."keluh Aizrill.

"Siapa tu?"soal Farish tiba-tiba muncul dari belakang sedikit sebanyak membuat dirinya terkejut."Tak ada siapa.. ni ha orang salah nombor!"balas Ezar.

"Ouh..Zara jom makan,Abang dah masak!"ajak Farish.

"Masak apa?"soal Ezar kehairanan.

"Ada la tapi yang penting dia istimewa.."

"Okey,jom la makan.."ujar Ezar tanpa berfikir panjang.

××××××

Baru saja separuh hari kerja badannya sudah terasa penat akhirnya Ezar bersandar pada kerusi.Tiba-tiba pintu biliknya diketuk,"Siapa pulak ni?"bisik hatinya tanpa berfikir panjang Ezar membenarkan wanita itu masuk.

Setelah masuk wanita itu terus duduk dihadapannya."Ehh..pompuan ni dah macam office bapak dia je,orang tak suruh duduk tapi dia dah duduk! suka hati kau la pompuan aku dah penat ni kau tau tak!"gumam hati Ezar.

"Hai..Nur Ezarra apa khabar sihat?"tanya Dhia sambil tersenyum yang menyerlahkan tiada keikhlasan.

"Macam mana awak tahu nama penuh saya?"soal Ezar kehairanan.

"Awakkan isteri Iman Farish dan Iman Farish adalah sepupu saya takkan la saya tak kenal.!"ujar Dhia lagi.

"Ouh..saya rasa macam pernah jumpa awak la tapi kat mana ye?"

"Saya..Dhia Zahtira ingat tak lagi?"Dhia memperkenalkan dirinya.

"Dhia Zahtira? sah ni memang pompuan yang selalu call laki aku malam-malam buta tu kan! eleh tak de la cantik sangat minah ni!"

"Zara..awak ingat tak lagi saya?"soal Dhia lagi seolah-olah memaksa dirinya mengingati semula.

"Maaf saya tak ingat la Cik Dhia"balas Ezar.

"Kau tak kenal aku ke? benda macam tu pun tak boleh nak ingat! muda-muda lagi dah nyanyuk..."ejek Dhia diiringi tawa mengejek.

"Awak siapa Dhia? saya betul-betul tak kenal awak!"hatinya kini sedang membara ikutkan hati mahu saja dia tampar si Minah Dhia ni!

"Akulah Dhia classmate kau dulu!"

"Dhia Celop! ehh kenapa dia ni mesti jadi sepupu Farish?"bentak hatinya.

"Ingat dah? aku tak sangka kan kau jadi perampas dari dulu sampai sekarang! kau ni memang perempuan murahan! semua lelaki kau nak kebas sampai sepupu aku tu kau pun nak! kau tau tak aku dah lama simpan perasaan pada Farish tapi kau!! mula-mula tak suka pada Farish bergaduh dengan dia hampir setiap hari dekat Kafe tu dan sekarang tup..tup..kau dah jadi bini dia hey!! ikutkan hati aku dah lama aku tanam kau hidup-hidup!"luah hati Dhia.

"Bila masa aku jadi perampas dari kau?"soal Ezar geram kerana dituduh sesuka hati.

"Kau tak ingat ke dulu kau rampas Aiman dari aku?"ujar Dhia yang separuh menangis.

"Aiman? aku cuma anggap dia tak lebih dari seorang kawan lagipun aku dengan dia memang rapat sejak kecil lagi!"terang Ezar.

"Itu semua alasan kau la pompuan! mulai sekarang ni aku bagi kau dua pilihan iaitu tinggalkan Farish atau sesuatu yang buruk berlaku antara hubungan korang berdua!"ugut Dhia.

"Aku takkan tinggalkan dia!"

"Aku bagi kau masa dalam tiga hari kalau kau tak tinggalkan Farish,kau terimalah akibatnya pompuan!"kata Dhia dan melangkah meninggalkan Ezar.

"Ya Allah...dugaan apa yang kau berikan lagi ni!"Air mata Ezar mula berlinangan dan kepalanya juga sudah berdenyut-denyut kepeningan.Akhirnya,Ezar meminta izin untuk pulang awal kerana masalah kesihatannya dan masalah yang menimpanya tadi.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now