BAB 33

7.9K 306 7
                                    

  Selesai sahaja mesyuarat Farish segera mengorak langkah untuk mengajak Ezar makan tengahari tetapi belum sempat sampai namanya terus dipanggil oleh seorang perempuan.

"Hai Farish..lama tak jumpa! jom keluar makan?"ujar perempuan itu.

Farish hanya menghela nafas panjang saat menoleh untuk melihat perempuan itu.Tak faham bahasa agaknya! orang dah tak nak! tak payah la paksa.

"Dhia..aku tak boleh keluar dengan kau"balas Farish dengan riak wajah yang serius.

"Serius? okey aku tahu kau kan sekarang dah ada isteri!"balas Dhia.

"Kau diam la!"jeling Farish.

"Farish..janganlah macam ni..isteri kau tadi aku nampak dia dah keluar makan dengan orang lain!"bohong Dhia.

"Kau ingat aku nak percaya ke cakap kau?"balas Farish.

"Terserah kat kau la..Farish..!"ujar Dhia sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kehadapan.

"Kau pergilah balik Dhia! aku ada banyak kerja lagi dari tengok muka kau!"

"Kau dah sombong kan?"kata Dhia lagi.

"Bila aku sombong? untuk pengetahuan kau! aku dah tak nak jumpa dengan kau lagi faham!"ugut Farish dan serta merta meninggalkan Dhia sendirian boleh jadi gila kalau berada lama bersama Dhia.

"Kau tak kenal aku lagi Farish.."Dhia tertawa kecil dengan niat yang tersembunyi.

   Sudah hampir 10 minit Ezar menunggu Farish berhampiran parking lot.Tetapi kelibat Farish pun tiada "Tadi dah janji nak makan sama-sama tapi mana?".

"Sampai kebas dah kaki aku ni berdiri tunggu dia"bebel Ezar.Tiba-tiba telefonnya berbunyi tanda mesej masuk.

"Kau dekat mana?"mesej dari Farish.

"Ya Allah aku dekat sini tunggu punyalah lama dan dia tengah cari aku padahal tadi dia yang suruh aku tunggu dekat sini lepas tu boleh pulak lupa! Haih..lepas ni kenalah bagi suami aku tu makan satu tong kismis gamaknya!"gumam Ezar.

Ezar membalas mesej Farish menyatakan bahawa dirinya berada di parking lot kereta.Tidak lama kemudian muncul kelibat Farish dalam keadaan tergesa-gesa.

"Aik kenapa lambat sangat ni?"soal Ezar sambil berpeluk tubuh.

"Sorry,lupa..ingatkan Zara dah keluar makan dengan orang lain."balas Farish.

"Ish..ish..ish..jomlah perut dah lapar ni!"ajak Ezar sengaja menukar topik.

"Tak marah ke datang lambat ni?"soal Farish.

"Nak marah buat apa?"soal Ezar kehairanan.

"Iye la selalunya isteri abang ni suka merajuk!"usik Farish sambil mencuit pipi isterinya.

"Eii..abang? geli la panggilan tu dah la aku yang lahir dulu lepas tu baru kau.Ni lagi satu bila masa aku suka merajuk?"Ezar menafikan sekerasnya.

"Alahai...memang la Zara lahir dulu lepas tu baru Abang tapi apa salahnya? lagi pun kita ni umur sama je kan..cuma lahir je bukan bulan yang sama! lagi pun panggilan 'Abang' ni untuk panggilan dalam hubungan kita,takkan la asyik nak kau aku je? ni lagi satu Zara memang suka merajukkan walaupun benda kecil.."

"Iye la..Iman Farish...tahu la isteri awak ni tak pandai nak sweet bagai macam perempuan lain yang tau 'kau aku' je! tapi......pasal aku suka merajuk tu menipu! mana ada aku merajuk cuma sentap je.."Ezar mengangkat jari telunjuknya.

"Iya la tu tapi yang best kan bila Zara merajuk,Zara tak suka merajuk lama-lama tapi tu la kalau merajuk suka sangat buat orang jadi susah hati!"Farish tersenyum sinis.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now