BAB 32

7.5K 286 5
                                    

"Iya...memang aku cemburu puas hati kau!!"jerit Farish.

"Kau cemburu bila aku keluar dengan Amri? habistu perasaan aku? kau ingat aku tak cemburu ke bila kau ajak perempuan tu? memang la aku kata tak kesah langsung kau nak keluar dengan siapa! tapi tak bermakna kau boleh keluar dengan perempuan lain,boleh je kau ajak lelaki,kenapa lelaki kat dunia dah pupus ke sampai kau perlu ajak perempuan tu? dah la siap bermesra bagai tak ada pun aku nak meroyan sebab cemburu!"balas Ezar.Tiba-tiba kejadian sebentar bermain difikiran Farish semula.

"Apa aku dah buat ni?,kenapa aku terlalu ikutkan perasaan sangat..tapi dia dah luahkan perasaan dia pada aku!"Farish mengurut kepalanya dan mergerling pada jam tangannya alamak aku dah lambat! sepatutnya dah waktu balik ni! nanti mesti dia marah lagi.

Tergesa-gesa Farish keluar dari bilik untuk bertemu dengan Ezar.Tapi apabila Farish mengintai dibahagian bilik Ezar sudah kosong malah fail sudah siap tersusun kemas.

"Aduh mana budak ni? takkan balik rumah naik teksi pulak!"Farish cuba menghubungi Ezar berkali-kali tapi Ezar tidak mengangkat telefon.

"Kau ni selalu buat aku susah hati Zara! dah la pekerja semua dah balik.."akhirnya Farish terus balik rumah untuk jika ada Ezar rumah.


"Dah kenapa call aku ni? tadi beria-ia marah aku macam nak terkam je!"Ezar mengeringkan rambutnya yang basah kerana sudah selesai mandi.

"Agaknya dia dengar tak aku terlepas cakap tadi? sebab aku cemburukan Farish dengan perempuan tu? hmm biarlah dia tau perasaan aku.Aku dah penat nak pendam tapi perlu ke sampai cemburu buta dia tak nampak ke yang aku keluar dengan Kak Aina! sakit hati aku bila dia tuduh aku perempuan gatal rasa nak tumbuk je Farish tadi tapi tu la nasiblah aku ni penyabar orangnya"monolog Ezar sendirian dihadapan cermin sambil mengeringkan rambutnya.

"Aku kena terima ni adalah dugaan hal rumah tangga mungkin satu hari nanti bahagia akan tercipta siapa tau? jadi aku kena sabar kalau jodoh aku dengan dia panjang Insyallah akan kekal tapi kalau sampai setakat ni aku terpaksa terima walaupun aku dah mulai menyayangi dia...."


Farish menjenguk pada rak kasut berhampiran pintu rumahnya.Hanya syukur mampu diucapkan lega hati Farish setelah lihat ada sepasang kasut milik Ezar.

"Assalamulaikum..!"ucap Farish sambil mengetuk pintu.Ezar terus membuka pintu terlihat wajahnya yang agak kelat.

"Zara..kau marah dekat aku lagi ke?"soal Farish tiba-tiba.

"Tak lah aku tak marah pun tak nampak ke aku tengah gembira ni?"ujar Ezar sambil senyum tersirat benci.

"Zara aku minta maaf sebab tuduh bukan-bukan!"rayu Farish.

"Kau ni tak tau masuk dalam rumah dulu ke? tak malu ke kalau orang nampak?"balas Ezar sambil berpeluk tubuh.

Mendengar saja kata-kata Ezar dirinya terus masuk kedalam rumah dan mengunci pintu.

"Okey sekarang aku nak minta maaf!"kata Farish.

"Rish..tolong jangan jadi budak-budak cuba jadi matang sikit..dah sampai rumah ni pergi la mandi dulu ke apa! dah la aku nak pergi dapur"

"Nak buat apa kat dapur?"

"Nak memasak la takkan nak menyanyi pulak kat situ?"balas Ezar.

"Nak tolong boleh!?"Farish menawar diri.

"Kalau rasa penting tolong la"ujar Ezar dan berlalu pergi.

Selepas mandi Farish terus turun kebawah sengaja mengambil kesempatan untuk memujuk Ezar."Sayang nak masak apa?"soal Farish.

"Ya Allah..apa dia buat sini? dah la tiba-tiba panggil sayang eee.. geli telinga aku dengar!"monolog hati Ezar.

"Salah la siang ikan meh sini Abang buat!"tangan Farish tiba-tiba mengambil alih kerja Ezar yang menyiang ikan.Ezar jadi tergamam dengan Farish mana perginya sifat barannya dan cemburu tadi?

"Rish? kau ni kenapa nak bersayang-sayang dengan aku lepastu Abang pulak? apa ni ke demam terkejut?"Ezar jadi bingung.

"Zara...maafkan aku,Aku tahu aku salah sebab terlalu ikutkan perasaan cemburu tu tapi percayalah aku keluar dengan perempuan tu tak ada niat apa pun cuma ajak sarapan je!"

"Iya? ada aku tanya ke?"Ezar sengaja jual mahal.

"Zara tolonglah jangan buat macam ni maafkan aku lepastu kita boleh hidup aman macam pasangan suami isteri yang lain!"

"Senang je cakap kan..masa kau kutuk aku kat pejabat tadi kau tak fikir perasaan aku.Kau tak fikir hati aku..mungkin masa tu kau tak tau perasaan aku pada kau tapi lepas kau tau baru kau nak berbaik dengan aku! pujuk aku macam tu? tolonglah aku bukan anak patung Rish"luah hati Ezar.

"Tolonglah bagi aku peluang untuk betulkan kesalahan aku! aku janji kita akan saling menjaga antara satu lain!"rayu Farish berjanji bersungguh.

Ezar menghela nafas."Kali ni aku maafkan kau tapi kalau kau buat perangai lagi marah aku kat pejabat sampai nak malukan aku memang aku takkan maafkan kau sampai bila-bila boleh!?"

"Betul ni kau dah maafkan aku? syukur alhamdulillah,aku janji aku takkan ulangi lagi.Jadi lepas ni kita boleh hidup macam pasangan lain kan?"

"Tak jugak! nanti la bincang hal ni.Perut dah lapar tau tak bila nak masak ni!"ujar Ezar menukar topik.

"Alaa..makan kat luar je la!"

"Tak nak! hari ni aku dah bercadang nak masak sendiri walaupun hakikatnya aku memang tak pandai masak!"

"Okey!! kalau macam aku tolong boleh?"

"Ehh...boleh sangat-sangat! tu tolong la siang ikan tu!"

"siang ikan? cehh benda senang je ni pejam mata pun boleh buat!!"Farish bercakap besar.

"Ha pejam la mata tu"ujar Ezar sambil tersenyum.

"Takkan la nak pejam mata betul-betul kot? nanti terpotong jari macam mana?"kata Farish.

"Suka hati kau lah.Okey aku nak pergi cari sayur ta..ta..!"Ezar mencari sayur didalam peti sejuk.

"Sepanjang aku membujang dulu tak pernah la aku nak memasak macam ni.Tunggu Mummy datang baru boleh rasa! tapi tu la nak buat macam mana sayang bini punya pasal"bebel Farish.

Ezar hanya mampu menahan ketawa pabila mendengar bebelan suaminya itu."Sejak bila pandai membebel ni?"soal Ezar.

"Sejak jadi isteri kepada Nur Ezzara ni!"ujar Farish selamba.

"Nama aku jugak yang kena!"

"Zara...lepas ni kau belajar memasak dengan Mummy ke atau Mak.Tengok la sekarang ni nak masak pun kena guna google sampai bila nak macam ni?"kata Farish.

"Iye la...nanti aku belajar la memasak ehh? ni ikan tu dah siap siang ke belum? kita disini nak memasak la awaknya!"kata Ezar sengaja menukar topik.

"Hah!!. lagi sikit je lagi ni sabar..sabar..!!"balas Farish.

************

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now