67:Perempuan

16.4K 523 15
                                    

Semalam aku dan Iris telah menyambut hari raya di rumah nenek di Kota Bharu pada hari raya ketiga. Suasana di Kota Bharu memang agak meriah kerana banyak kenalan nenek dan atuk. Jiran2 yang terdekat juga turut datang beraya.

Harini aku terpaksa pulang kerana esok aku ada flight ke Switzerland. Terpaksa tinggal Iris lagi selama satu minggu. Kadang2 aku berasa nak tinggalkan kerjaya ni tapi Iris tak benarkan. Kerana dia kata yang ni semua impian aku.

Suasana dalam kereta ,sunyi tanpa ada sebarang suara. Radio pun aku tak buka kerana sekarang ni aku memerlukan ruang untuk berfikir. Fikiran aku penuh dengan Damia dan Shafiqa.

Diorang ada datang beraya di rumah aku masa raya pertama. Dan mereka kelihatan agak rapat walaupun baru berjumpa. Aku ada bertanya kepada Iris adakah diorang sudah lama berkenal,tapi Iris kata baru sahaja.

Perkara itu membuatkan aku tanda tanya. Kenapa mereka diorang macam rapat sedangkan perkenalan mereka baru sahaja.

"Sayang." panggil aku perlahan. Kalau aku tak tanya,sampai bila2 otak ni akan fikir pasal diorang.

"Hurm?" Iris memandang aku yang khusyuk memandu audi ku. Aku memandangnya sekilas sebelum menyambung kembali percakapan aku.

"Sayang tak rasa pelik ke dengan Damia dengan Shafiqa?" dengan berhati2 aku menyusun kata2 ku agar tak melukakan hati Iris. Sekarang aku lihat persahabatan Iris dengan Shafiqa dan Damia mula erat.

Bukan aku tak suka cuma aku berasa pelik je. Tiba2 je diorang rapat.

"Pelik? Kenapa nak pelik pulak?" soalan di balas dengan soalan. Elok sangat la tu.

"Yela time hari raya kat rumah abang haritu,diorang macam rapat je. Macam dah lama kenal padahal baru je." aku memandangnya untuk melihat riaksinya.

Berubah terus air mukanya. Key sekarang ni aku rasa macam Iris dah terasa.

"Sayang. Sayang jangan salah faham. Abang cuma tanya je. Sebab diorang macam pelik. Abang bukan tak nak percaya atau benci diorang cuma abang tertanya2." aku menjelaskan supaya Iris tak salah faham.

"Tak de yang pelik pun. Abang je yang fikir bukan2. Diorang baik la. Tak baik tau berfikiran negative." ujar Iris dengan nada sedih.

"Sayang bukan macam tu. Abang cuma...." percakapan aku dipotong olehnya.

"Saya nak tidur." Iris terus memejamkan matanya tanpa mendengar penjelasan aku.

"Sayang. Bukan tu maksud abang. Sayang salah faham. Kita tak sepatutnya percaya kepada seseorang tu 100% sayang. Even dia adalah kawan baik kita. Manusia ni bila2 masa je boleh berubah. Abang bukan nak kata yang Shafiqa dan Damia tu jahat. Abang cuma nak kepastian je." aku menerangkan apa yang ingin aku luahkan.

Aku tahu yang Iris tak tidur. Dia cuma memejamkan matanya sahaja. Sejak Iris berbadan dua,emosi dia semakin tidak teratur. Banyak terasa,menangis,merajuk dan macam2 lagi la.

Nasib aku sayang kalau tak dah kena maki dengan aku. Haih redahi je la. Kalau seorang lelaki tak boleh tahan dengan perangai perempuan yang tengah haid,jangan berangan nak kawin. Sebab masa mengandung perangai dia lagi teruk.

So kalau rasa tak boleh go dengan perangai perempuan,boleh angkat kaki. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman. Sebab perangai Iris time mengandung lagi teruk daripada time dia period.

Sekarang ni yang paling penting adalah pasal Damia dan Shafiqa. Hati aku dapat rasakan yang diorang macam ada something.

Aku akan siasat apa yang berlaku supaya tidak akan berlaku sebarang masalah kepada keluarga aku. Kalau sape2 yang cuba musnahkan keluarga aku,aku akan musnahkan dia.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now