58:Bazar

16.3K 573 8
                                    

Hari ni telah 4 hari Naufal meninggalkan aku. Aip bukan mati tapi dia kerja. Korang jangan doakan macam tu. Kalau nak suruh mati,biar aku dulu.

Selama Naufal berkerja,aku bermalam di rumah mummy. Tak la rasa sunyi sangat. Lagipun pintu rumah mummy ni selalu terbuka untuk aku dan Naufal.

"Alia,petang ni kita gi bazar jom?" ajak aku ketika kami sekeluarga berada di depan kaca tv.

"Petang ni? Emm okey gak. Mummy dengan daddy ikut tak?" tanya Alia kepada parents kami.

"Tak. Malas nak duduk rumah je." jawab mummy. Daddy hanya mengangguk kan kepala tanda setuju dengan mummy. Alah nak bersweet-sweet la tu.

~~~~

Tepat pukul 5:15 kami bergerak ke bazar dengan menaiki kereta mini cooper aku. Kami turun dari kereta dan mencari kedai yang menjual makanan yang kami ingin makan.

"Kak. Lia nak makan ayam percik." katanya. Kami mula mencari gerai yang menjual ayam percik. Yang penting yang paling sedap. Macam mana nak tahu dia sedap? Kalau kau tengok ramai orang betul la tu.

Mumm
-beli murtabak. Banyak2 tau.

Amboi banyak2 nah. Nampak sangat terliur sangat ni. Aku membeli 5 keping murtabak. Bukan aku je tau. Tapi sekali dengan bibik kat rumah kami.

Sesudah membeli di bazar,kami terus pulang ke rumah.

"Kak." panggil Alia ketika aku sedang memandu. Aku hanya memandangnya dan menumpukan semula perhatian ke jalan raya.

"Emm akak ada jumpa Hafiz lagi tak?" tanya Alia tiba. Aik kenapa tiba2 tanya pasal Hafiz ni.

"Ada. 4 hari yang lepas tak silap. Kenapa?" musykil aku dengan Alia ni.

"Kat mana? Dia tegur akak tak?" tanpa menjawab soalan aku,dia bertanya lagi.

"Kat hospital. Tegur la tapi macam tu je. Kau dah kenapa tanya macam tu Lia." kali ni dia jawab soalan aku kerana nada yang aku guna agak kasar.

"Emm tadi Lia nampak dia kat bazar." teragak-agak Lia menjawab. What? Jumpa Hafiz? Apasal aku tak nampak.

"Oh then?" acuh tak acuh aku jawab. Malas nak kisah pasal Hafiz. Sebab dia tu dah jadi masa lalu aku.

"Dia tengok akak tadi. Tapi bila dia nampk Lia dia terus menghilang." sambung Lia lagi. Aku hanya berdiam diri.

Kenapa kau muncul saat aku bahagia dengan Naufal? Kenapa kau tak datang saat aku tak kenal Naufal? Tapi Hafiz pergi bazar tadi dengan sape? Malas nak tanya Alia nanti dia fikir bukan2.

Tanpa aku sedar,kami telah pun sampai di rumah. Aku meletakkan kereta di garaj lalu mematikan enjen kereta. Aku meletakkan kepala di streng kereta.

"Akak okey? Tak nak masuk ke?" perihatin Alia bertanya.

"Akak okey. Lia masuk dulu. Nanti akak nyusul." aku memberikannya senyuman kecik dan dia hanya menganggukkan kepalanya.

'Bila awak nak balik Naufal? Saya rindu awak. Satu persatu masalah datang Fal. Saya tak kuat. Saya perlukan awak untuk berikan saya sokongan.' bisik hati kecil ku.

Air mata yang cuba aku tahan akhirnya gugur di pipi. Menangis aku sendirian di dalam kereta. Selalunya Naufal ada untuk pujuk aku tapi kali ni? Emm. Saya rindu awak Naufal.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now