36: Muntah

23K 748 62
                                    

"NAUFALLL" aku menjerit namanya.

Ya Allah apa dia buat ni. Sumpah giler. Di muntah atas baju aku. Aku memegang hujung baju ku untuk mengelakkan dari tertumpah atas katil.

"Err Ris. Aku mintak maaf. Aku tak sengaja."luah Naufal ikhlas. Rasa bersalah mula menerpa diri kerana muntah di atas baju Iris.

"Tak pe. Benda kecil. Awak rest dulu. Saya nak gi mandi then nak buat bubur untuk awak. Kalau nak muntah lagi cakap." Naufal hanya menganggukkan kepalanya sambil memerhati langkahku menuju ke bilik air. Aku tak mengambil masa yang lama kerana aku terpaksa masakkan bubur untuk Naufal.

Aku menuruni tangga untuk menuju ke dapur. Aku mengeluarkan segala bahan untuk masak bubur. Nasib aku ni power masak kalau tak sia2 je kena telefon mummy. Selepas menyediakan bubur dan mengambil ubat aku terus naik ke atas. Aku membuka tombol pintu dengan hati2 supaya tidak menganggu Naufal.

Aku meletakkan dulang itu ke atas meja yang kecil yang ada di tepi katil Naufal.

"Naufal bangun la. Makan bubur dan ubat."aku mengejutkan Naufal dengan suara yang lembut. Kang kalau sergah tak ke mati terus. Mata Naufal terpisat2 untuk membuka matanya. Lalu dia tutup balik. Aihh mamat ni. Aku kejut tak nak bangun. Aku simbah jugak dengan air panas.

"Naufal bangun la. Makan bubur dengan ubat. Nanti lepas makan awak sambung la tidur balik."pujuk ku.

"Aku penat la."

"Tak pe saya suapkan awak eh? Sekarang bangun makan." Aku mengangkat badan Naufal supaya dia bersandar kat katil. Aku mengambil bubur lalu menyuakan ke arah Naufal.

"Panas la. Tiup la dulu."ujar Naufal. Eee banyak songeh betul pakcik hot ni. Aku meniupnya sebelum menyuakan ke mulut Naufal. Dia membuka mulut lalu menelan bubur yang aku buat.

"Eee pahit la. Kau pandai masak ke tak ni."tanya Naufal dengan dahi yang berkerut.

"Ehh bubur ni dah okey tau. Mulut awak tu yang tak boleh rasa."ujarku dengan nada geram. Banyak songeh betul pakcik ni. Aku luku jugak satgi.

"Dah2 aku tak nak. Aku nak rest."Naufal menolak mangkuk yang ku pegang.

"Ehh makan ubat dulu baru boleh rest."aku menghulurkan sebiji panadol untuk Naufal.

"Tak nakk."bentak Naufal. Macam takut ubat je pakcik ni.

"Ambik jugak. Ke takut makan ubat. Eee penakutnya pakcik ni." perli ku.

"Mana ada aku takut. Aku malas la nak makan ubat. Ada dadah dalam tu."

"Semua ubat ada dadah pakcik. Cepat la ambik pakcik." Akhirnya Naufal mengalah jugak. Ditelan ubat itu lalu menghabiskan segelas air kosong. Nampak sangat penakutnya.

"Dah sekarang awak dah boleh rest."aku menyelimuti badan Naufal dan menurunkan suhu aircond. Tak menunggu lama Naufal sudah ke alam mimpi. Entah mimpi apa.

"Naufal. Kau cintakan aku tak? Kau sayang aku macam kau sayang Diana tak? Kalau aku pergi,kau halang tak? Aku cintakan kau Naufal."luahku tapi sayang Naufal tak akan pernah jawab. Aku hanya berkata2 sendiri.

"Kalau ada orang nak rampas aku dari kau,kau marah tak?"

"Moga kau cepat sembuh Naufal. Aku sayang kau. Sweet dream."ucapku. Aku melangkah keluar dari bilik supaya tak menganggu Naufal. Air mata yang aku pendam akhirnya keluar dari tubir mata.

'Aku tak boleh nangis. Aku kena kuat. Aku akan buat Naufal jatuh hati kat aku.'bisik hati ku.

Tanpa pengetahuan Iris,Naufal dengar apa yang dikatakn olehnya. Naufal hanya pura2 tidur sahaja. Tak sangka Iris dah jatuh cinta padanya.

'Maaf Ris. Aku tak kan sayang kau macam aku sayangkan Diana.' bisik hati kecil Naufal. Naufal terus melelapkan matanya.





*btw guys. Thanks kpda yang sudi masukkan cerita ni ke lib korang and sudi baca and yang sudi vote💕. Thank you so much. Tanpa korang sape lah aku. Huhu. K tu je bye.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now