40:Masa lalu

21.5K 712 29
                                    

Waktu malam adalah waktu yang paling best kalau melawat Menara Taming Sari. Kerana apa? Kerana pemandangan dia memang lawa gila kalau waktu malam. Akan nampak keindahan tuhan. Naufal menempah 2 ticket untuk menaiki Menara Taming Sari.

Apabila giliran kami sampai,kami terus menaikinya. Perlahan2 ia semakin tinggi. Kami dapat melihat pemandangan yang sangat cantik.

"Subhanallah cantiknya."ujarku.

"Haah memang cantik. Tapi kau lagi cantik."ujar Naufal perlahan.

"Ha. Awak cakap apa saya tak dengar."bukan sebab suasana tapi sebab aku terlalu fokus menyebabkan aku tak dengar apa yang Naufal katakan.

"Tak de pape." Setelah 10 minit berada di atas,akhirnya ia mula turun ke bawah. Kami berjalan2 sambil menikmati angin yang segar.

"Aku tengok kau jenis tak gayat. Kau takut apa sebenarnya eh?"tanya Naufal.

"Entah la. Saya pun tak tau. Yang penting saya takut pada haiwan yang bahaya dan yang kotor."jawab ku.

"Contohnya?"

"Contohnya macam ular,cicak,lipas dan sewaktu dengannya. Kenapa awak tiba2 tanya ni."tanya ku semula.

"Tak de pape. Saja tanya."aku hanya mengiakan sahaja.

"Esok kita gi hiking. Nak?"ujar Naufal. OMG. Hiking? Itu adalah benda yang paling aku suka. Mencabar.

"Betul ni? Serious? Janji tau. Jangan tak jadi pulak esok."kataku.

"Kau ada nampak macam aku tengah main2 ke? Betul la. Esok pagi jam 9."

"Baik bos."

"Kau suka hiking?"tanya Naufal yang ketika itu kami telah sampai di satu jambatan yang pemandangannya sangat indah.

"Haah suka. Suka sangat. Sebab dia mencabar. Saya dari kecik lagi suka aktiviti mencabar."

"Tak tanya pun."Naufal menjeling ku.

"Biarlah. Saya saja nak cakap biar awak tau."geram jugak aku ni kadang2 dengan Naufal. Rasa macam nak cekik je.

"Kau tak nak share ke pasal masa lalu kau kat aku?" Naufal cuba menanyakan tentang kisah silam ku.

"Bukan tak nak share. Tapi orang kata yang lepas tidak usah dikenang lagi. Lagipun saya dah lupakan hal dulu. Saya dah move on dan saya dah ada kehidupan yang baru."luah ku.

"Kau tak rindu memori kau bersama dia?"tanya Naufal.

"Sape? Hafiz? Or Ash? Gila tak rindu. Kadang2 ada jugak perasaan rindu tu kat memori tapi tu la. Buat pe ingat semula kalau saya dah boleh buat memori dengan awak kan. Lagipun diorang hanya masa lalu saya. Dan awak masa kini dan insyaAllah masa hadapan saya." nampak macam playgirl kan aku? Ada dua orang terus.

Kisah dia camni sebenarnya. Hafiz pernah menjadi cinta aku ketika zaman menengah dulu. Sampai satu hari tu Hafiz mintak putus sebab tertentu. So aku redho je la. Kisah Ash pulak zaman U. Yang ni memang aku sayang gila sampai dah nak cadang. Tapi tula. Ash mengambil keputusan untuk tinggalkan saat perkahwinan kami hampir dekat. Dengan alasan? Dia dah jumpa pengganti aku.

Senang betul kerja dia. Bila jumpa yang lawa terus tinggalkan aku. Bila Ash tinggalkan aku meroyan la jugak. Tapi tak da la sampai bunuh diri. Dan bila lama akhirnya aku telah menerima hakikat bahawa dia bukan jodoh aku. Masa terus berlalu sampai aku berjumpa dengan Naufal kat IOI City Mall hritu. Tak sangka lak pertemuan itu merapatkan hubungan kami walaupun Naufal selalu tak puas hati dengan aku.

"Woi termenungkn apa pulak tu."Naufal mengejutkan aku dari lamunan. Habis terbang zaman masa lalu ku.

"Teringatkan masa lalu."ujar ku.

"Naufal." Naufal hanya berpaling menghadap ku. Mungkin mahu memberi perhatian kepada apa yang bakal aku sampaikan.

"Emm kalau saya cakap saya cintakan awak,awak nak buat apa? Dan awak percaya tak saya cintakan awak?"tanya ku sambil memandangnya. Dia mula mengalihkan pandangan lalu melemparkan ke arah sungai yang mengalir.

"Entah la aku pun tak tau. Tapi buat pengetahuan kau,Diana tak akan pernah hilang dari hati aku."kata Naufal sambil memandang ku. Aku? Hanya mampu tersenyum tawar.

"Emm jomla balik. Dah lewat dah ni."Aku mula berjalan meninggalkan Naufal di belakang. Air mata mula keluar dari tubir mataku. Aku menyapu nya agar Naufal tidak sedar.

'Aku mintak maaf Iris. Aku tau kau cintakan aku tapi hati aku masih untuk Diana.' ujar hati kecil Naufal. Naufal mula mengejar langkah Iris di depan. Sungguh bukan niat untuk lukakan hati Iris. Tapi lebih baik jujur daripada terpaksa berbohong. Lebih baik sakit sekarang kerana jujur daripada sakit pada masa hadapan kerana pembohongan.






Promote❣️
Musuhku Instafamous ! by nornabilla


~thanks for 11k viewers ❣️

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora