22:Rindu

22.7K 765 18
                                    

Hari ni kehidupan aku akan bermula seperti biasa setelah cuti selama sebulan. Rasa macam baru semalam bercuti dan harini dah kena masuk kolej semula. Sedihnya hidup ini.

Rata2 pelajar kolej masih belum tahu bahawa aku sudah berkahwin. Yang tahu pun hanya kawan baikku sahaja. Pagi ni kelas aku bermula pada jam 9 pagi. Selepas bersarapan dengan Naufal,aku terus ke kolej. Aku masuk ke dalam kelasku lalu duduk di sebelah Hani merangkap kawan baikku. Jangan ingat Ella dan Farah je kawan baik aku tau.

"Diorang tahu ke yang kau dah kawin?" tanya Hani. Dia bertanya dengan nada perlahan takut didengari oleh orang lain. Aku menggelengkan kepala ku tanda bahawa diorang belum tahu.

"Cik hubby kau tak kerja ke hari ni!"tanya Hani.

"Kerja. Dia flight petang ni."aku membalas soalan Hani. Sebenarnya harini aku tak berapa nak ada mood. Sebab lepas balik kolej ni mesti aku duk sorang2.

"Dia flight ke mana?"

"New York"

"Untungnya kau kan. Dapat hubby kerja pilot macam tu. Aku dari dulu lagi teringin nak hubby yang kerja pilot. Last2 kau yang dapat."

"Rezeki aku beb. Nanti dapat la kau."ujar ku.

Prof. Zulaikha masuk selepas 5 minit masanya berlalu. Selama 1 jam setengah kami belajar,akhirnya masanya telah habis. Aku keluar dari kelas diikuti Hani. Kami berjalan menuju ke cafe untuk makan tengah hari.

"Kau berhubung lagi ke dengan Ashraf?"tanya Hani.

"Tak. Lepas dia kawin,aku terus tukar nombor fone. Aku dah tak nak contact dengan dia lagi"sayu aku membalas soalan Hani. Kepergian Ashraf sangat melemahkan semangat aku. Dia sangat berharga untuk aku.

"Kau sayang Naufal?"tanya Hani.

"Entah la. Aku pun tak tahu. Tapi selepas Naufal hadir dalam hidup aku,rasa hidup aku lengkap walaupun kadang2 perangai dia menyakitkan hati."aku berkata jujur.

"Kau tak rasa ke yang kau dah jatuh cinta dengan Naufal?"

"Jatuh cinta? Entah la. Aku pun tak tahu. Biarlah waktu yang menentukannya"



****

Aku pulang ke rumah dengan seribu satu perasaan. Naufal tak ada kat rumah mesti bosan nanti. Aku menukar laluan. Aku menuju ke rumah ibu bapa ku. Lebih baik habiskan masa di rumah mummy daripada habiskan masa di rumah sendirian.

Aku meletakkan kereta di sebelah kereta daddy. Aku mengetuk pintu rumah dan tak sampai berapa minit,mummy membuka pintu rumah. Riaksinya? Of course la terkejut. Tiba2 datang ke rumah tanpa memberitahunya.

"Eh budak bertuah ni. Datang sini tak bagitahu pun kita"marah Puan Hasni.

"Ala mummy. Tak kan la rumah sendiri pun kena bagitahu kot."aku merajuk.

"Bukan macam tu. At least bagitahu la. Boleh mummy masak sedap2 nanti. Petang ni mummy masak biasa2 je"ujar Puan Hasni.

"Biasa2 pun tetap sedap tau mummy. Aih tak kan la kita nak bercakap depan pintu mummy. Tak nak ajak Iris masuk ke?"

"Eh haah la. Jom masuk. Teman mummy masak"

"Alia balik pukul berapa mummy?"

"Pukul 2:30. Kenapa rindu Alia ke?"

"Haah. Rindu nak buli dia mummy"maklum la sepanjang aku kawin dengan Naufal ni,jarang sikit aku balik sini. So masa yang ada ni,kita guna la sebaik mungkin untuk membuli Ali. Huhu.

"Amboi. Rindu Alia je ke? Mummy dengan Daddy tak rindu ke?"

"Gila tak rindu. Rindu sangat2 tau"aku memeluk pinggang mummy. Mummy dan Daddy la harta aku dunia akhirat walaupun aku bukan lagi di bawah ibubapa ku.



*sorry guys. I terlampau buzy dan kebetulan idea tengah kosong. Tapi I tetap perahkan otak I untuk buat chap baru😂. Maaf jika hambar👙

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️حيث تعيش القصص. اكتشف الآن