66: Hari Raya🎉

16.6K 522 8
                                    

Selepas sebulan berpuasa maka tibalah hari yang dinantikan oleh umat Islam. Harini adalah hari dimana mereka akan meraikan sempena mereka telah berpuasa selama sebulan.

Rumah kediaman mama semakin bising dengan suara orang iaitu saudara dan sepupu yang pulang ke tanah air. Memang agak merimaskan tapi dalam pada masa yang sama,ia suasana yang sangat gembira.

Aku dapat berkenalan dengan sepupu2 Naufal yang pulang ke rumah mama. Kebanyakan sepupu2 Naufal agak sporting nak masuk air. Yang paling penting,dia dapat terima aku sebagai isteri Naufal. Tu pun dah cukup.

Pagi raya ni aku kenakan baju warna biru turquoise dipadankan dengan tudung warna biru. Nak dijadikan cerita,semua biru la. Aku memandang cermin sambil membetulkan tudung shawl biru ku. Naufal yang lengkap berpakaian serba biru aku pandang sekilas.

Dia tak pernah tak handsome. Macam mana la aku tak cair. Aihh. Tidak aku sedar kehadiran Naufal yang berada di belakang aku. Terkejut aku apabila dia melingkarkan tangan dia di pinggan ku. Dia memusingkan tubuh aku menghadap ke arah dia.

Aku mendongakkan kepala untuk memandang wajah bersihnya. Tidak ada sekelumit pun jerawat di mukanya. Mungkin berkat air sembahyang. Jika nak muka bersih atau tenang,amalkan la ambik wuduk. Nescaya kau akan dapat. Eceh.

Disebabkan Naufal ni terlebih tinggi menyebabkan aku harus mendongak untuk memandangnya. Bukan aku pendek cuma dia yang terlebih tinggi. Hehehe.

"Lawa sayang harini." puji Naufal sambil mengusap pipi mulusku. Aku memberikan senyuman yang paling manis ke arahnya.

"Habis selama ni saya tak lawa la?" sakat aku. Dia terus menarik muncung itiknya.

"Sayang hari2 lawa. Cuma harini lawa lebih sikit." mak aih dia puji titew la. Kembang semangkuk jap.

"Sayang nak ucapkan terima kasih banyak2 kat abang sebab sudi terima sayang seadanya. Sayang nak mintak maaf kalau ada buat salah dan silap selama kita jadi suami isteri ni. Maafkan sayang dari segi zahir dan batin. Selamat hari raya abang." aku mengucup tapak tangannya.

Naufal mengusap kepala aku yang berbalut dengan shawl biru yang dipakai di kepala aku.  Aku memandangnya dan dia turut memandang ke arah aku. Aku rasa pipi aku dah merah ni. Walaupun kami dah lama menjadi suami isteri,tapi perasaan malu itu masih ada di dalam diri aku.

"Abang dah lama maafkan kesalahan saya even sayang tak pernah buat salah pun. Abang yang banyak salah dengan sayang. Maafkan abang eh. Dari segi zahir dan batin. Kalau batin tu,nanti abang perbaiki lagi tenaga abang eh." Naufal tersenyum nakal selepas menuturkan ayat itu.

Aku mencubit lengannya. Gatal sangat noh. Sape ajar ni.

"Kalau batin abang tak kuat,tang mananya dapat baby ni." aku mengusap perut ku. Aih kau pun sama gak Iris. Sama2 gatal. Sesuai la kau dengan dia. Hahaha.

Dengan penuh kasih dan sayang Naufal mencium dahiku. Dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku membalas pelukannya. Dapat aku dengar dengupan jantungnya. Laju semacam je jantung dia ni. Hahaha.

Pelukan kami terhenti apabila terdengar ketukan dari arah luar.

"Korang dah siap belum? Nak gi solat raya ni." ujar Mama dari arah luar.


"Ya ma. Nak turun dah ni." laung Naufal. Dia menarik lengan aku untuk sama2 turun ke bawah. Sempat aku mencapai kain telekung ku yang ada di atas katil.

Kebanyakkan saudara2 Naufal sudah pun pergi ke masjid untuk solat hari raya. Hanya tinggal beberapa orang sahaja yang ada di dalam rumah. Mungkin mereka harus menyediakan jamuan untuk makan lepasni.

Naufal membukan pintu kereta ke arahku. Aku mengucapkan terima kasih lalu memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tak lama kemudian,kereta Naufal mula meninggalkan kediaman rumah mama.


*Selamat Hari Raya guys🎉  Maaf kalau selama i ada kat dunia wattpad ni,ada melukai hati sape2. Maaf zahir dan batin ye😊
*sorry kalau bab ni mengarut. Kalau2 ada readers i orang Kelantan,meh la raya kat rumah i😋Boleh kita kenal2. Hahahah

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now