39:Bulan Madu

22.6K 699 30
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Harini Naufal akan membawa aku bulan madu di Melaka. Gi Melaka je buat pe jauh2. Baik teroka negera sendiri daripada teroka negera orang lain. Kami ke sana dengan menaiki kereta audi Naufal. Alasan? Supaya rasa perjalanan yang jauh.

Kami bertolak pada jam 8 pagi. Selepas bersarapan kami terus bertolak. Semasa dalam perjalanan, Naufal bertanya sesuatu pada aku.

"Kau rindu sape?"tanya Naufal. Aku mengerutkan dahiku. Rindu? Sape?

"Rindu? Sape?"tanya ku semula. Aku masih belum dapat menangkap apa yang Naufal katakan.

"Semalam. Kau cakap kau rindu someone. Sape orang tu?." ohh pasal semalam rupanya. Ingat ke dah settle. Aku senyum.

"Dia."aku masih bermain2.

"Elok2 la kang aku tinggal kau kat sini kang." bapak singa dah mai dah.

"Kalau saya cakap saya rindu Ash?"soal ku. Aku memandang mukanya.

"Itu hak kau."ujar Naufal. Dia mula membuka radio. Mukanya kelihatan tegang. Aku melemparkan pandangan ke tingkap.

'Saya rindukan awak Naufal. Entah kenapa saya rindukan awak walaupun awak ada di sisi saya. Mungkin sebab rindu saya tak terbalas?.' detik hatiku.




~~~~~~~


Akhirnya perjalanan yang mengambil masa selama 10 jam telah berakhir. Kami menginap di Hotel Renaissance. Hotel agak mewah tapi decorate agak simple. Sedap mata memandang. Kami duduk di tingkat yang ke 12. Kami menuju ke bilik kami dengan menaiki lif.

Apabila sampai di depan bilik,Naufal mengeluarkan kunci. Luas jugak bilik ni. Ada sofa,katil king,koridor,meja makan,and yang penting ada bilik air. Lol. Aku menuju ke katil yang bakal aku tidur. Perghh. Ada bunga bertaburan atas katil. Siap ada tuala yang dibentuk angsa lagi. Terbaik ah.

Aku merebahkan tubuhku di atas katil. Bunga tak bunga. Aku apa kisah. Yang penting aku boleh landing. Hoho. Naufal masuk ke bilik yang sekarang aku tengah landing.

"Woi makcik. Habis rosak bunga tu. Angsa tu pun dah tak macam angsa dah aku tengok."marah Naufal. Tapi marah gitu2 je. Bukan marah sangat pun.

"Alaa pakcik. Saya letih la. Saya nak rehat. Bunga tak bunga. Sape langgar,ambo langgar." lol apa yang aku merepek ni.

"Sesedap kau je kan. Kau buat tu macam kau lak yang bawak kereta."Naufal mencekak(?) kan pinggangnya. Aku tersenyum kambing. Hehehe.

"Dah tepi. Aku nak tidur. Kau gi mandi. Nanti siap kejutkan aku. Kita keluar gi makan."arah Naufal.

"Aip2 Kapten Naufal."aku memberikan tabik hormat. Naufal acah2 ingin meluku kepala aku.  Aku terus menuju ke bilik air. Setelah selesai membersihkan diri,aku mengejutkan Naufal. Time tidur pun handsome. Apatah lagi ketika berjaga. Tapi kalau pakai uniform dia perghh lagi la handsome. Opss terpuji.

"Awak mandi cepat2 sikit. Saya dah lapar ni." ujar ku. Nasib solat asar dah tunaikan di masjid tadi sebelum sampai sini. Sementara menunggu Naufal mandi,aku bersiap2 untuk keluar. Setelah selesai,aku membuka fon sambil berbaring di atas katil.

Aku membuka instagram lalu menstalker sesiapa yang menarik perhatian aku. Terjumpa instagram Naufal. Perghh 20K duh. Kau hado. Semua picture dia lawa2. Asal aku ambik je hodoh eh? Aku menscroll insta nya. Tanpa aku sedar, Naufal sudah pun selesai mandi.

"Ehem. Buat pe tu."tegur Naufal yang hanya memakai tuala di pinggang. Aku cepat2 keluar dari insta.

"Err tak de buat pe pun. Awak tu cepat sikit pakai baju. Saya dah lapar ni."aku menukar topic perbualan kami.

"Aku kat depan kau buat pe stalk lagi aku kat insta. Anytime kau boleh tengok muka aku yang handsome ni."puji Naufal.

"Angkat bakul sendiri la awak ni. Cepat la saya dah lapar ni. Kang saya tinggal awak kang."acah ku.

"Haa g la g. Aku nak tengok berani tak kau pergi sensorang."Naufal mencabar aku. Eleh ingat aku takut la tu.

"Tak baik tinggal suami sendirian. So saya kena la tunggu awak."kata ku.

"Kalau takut cakap makcik yang ku sayang." erkk dia cakap apa tadi? Sayang? Aku silap dengar ke? Aku hanya biarkan saja.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now