63: Jumpa

16K 490 2
                                    

"Mama. Mama masak banyak2 ni kenapa? Ada orang nak bukak puasa sekali ke?" tanya Daniel.

Kelihatan mamanya yang agak sibuk di dapur. Jam pun sudah menunjukkan pukul 5:55. Tak lama lagi waktu berbuka dah nak dekat.

"Kawan mama nak datang. Nak bukak sekali. Sekali tu nak jumpa dengan anak dara dia. Dah lama tak jumpa dengan anak dia." tersenyum mama.

Aih macam ada sesuatu je ni. Aku tak mampu nak berkata apa2 sebab kawan mama tu pun aku tak kenal. Aku naik ke bilik untuk call Naufal.

"Fal flight ke harini?" aku bertanya selepas Naufal mengangkat panggilan aku.

"Haah, malam ni. Kenapa?" tanya Naufal semula.

"Emm kau tahu tak ada orang nak datang rumah aku?" aih macam bodoh je soalan aku. Hahaha.

"Kau ni bengap ke apa. Macam mana la aku nak tahu sebab kau tak cakap. Aihh. Sape yang datang?" macam korek rahsia je ni.

"Entah la. Mama tak cakap pun." ligat kepala aku berfikir siapa yang akan datang.

"Emm nanti kau pepehal roger aku. Aku kena off dah ni. Nak tolong Iris masak. K chau." belum sempat aku balas pape,dia dah pun letak.

Kurang ajar. Aku yang call dia yang letak. Aihh aku nak citer kat sape eh ni. Inilah masalah kalau bujang. Tak de peneman. Bila la aku boleh kahwin eh.


~~~~~~

Aih malasnya rasa nak ikut ibu berbuka kat luar. Aku ni dah la jenis malas nak keluar. Ibu pulak paksa aku. Ergh nasib sayang ibu.

Di dalam kereta aku hanya berdiam diri. Adik aku pun senyap je main fone. Chat dengan pakwe dia la tu. Untung ada pakwe. Aku ni single mingle je.

Rumah kawan ibu ni tak da la jauh mana. Tak disebabkan jammed so jadi lama. Ayah parkingkan kereta di belakang kereta porche yang ada di dalam rumah agam di depan.

Wow ni rumah ke apa? Bapak besar siot. Agak2 berapa la orang duduk dalam rumah ni. Aku hany mengikut langkah ibu dan ayah dari belakang. Nurul? Aihh tak habis2 dengan fon dia.

"Dah2 la tu. Kau ni pun. Kita dah sampai dah kat rumah kawan ibu. Stop la mesej dengan Muiz tu." tegur aku. Ya aku tahu hubungan adik aku dengan Muiz.

"Hehehe." dia terus menyimpan handfonenya di dalam beg tangan.

"Assalamualaikum " ibu memberi salam sambil menekan loceng rumah. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki di depan ibu tapi aku tak tahu siapa. Maklum la aku kan pendek. Huhu.

"Haa Idah. Masuk la." jemput tuan rumah. Tapi ni suara perempuan lak. Mungkin ibu dia. Aku mengekori langkah ibu di depan. Bila sampai di depan tuan rumah, alangkah terkejutnya aku.

"Awak?" bulat terus mata aku memandang mamat ni.

"Daniella." ujar Daniel. Dia pun terkejut jugak sebab berjumpa dengan aku. Ini rumah dia ke?

"Aih buat pe lagi tu? Meh la masuk. Nak berbuka dah ni." ujar Puan Hidayah iaitu ibu kepada Daniel.

Emm jodoh ke ni? Nama dah la nak dekat sama. Lepastu berjumpa pulak di dalam rumah dia. Aih tak nak aku. Moga dijauhkan.

Aku hanya menganggukkan kepala dan terus berjalan ke arah dapur. Masih tak sangka yang aku akan berjumpa dengan Daniel. Apasal la jantung aku ni laju semacam bila bertentang mata dengan dia tadi.

Aku suka dia ke?

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Donde viven las historias. Descúbrelo ahora