41:Hiking

20.2K 655 11
                                    

Selepas solat subuh aku terus sambung tidur. Memang penat giler semalam. Lepas drive dari KL ke Melaka aku tak rest lagi. Bila sampai terus gi jalan2. Fuh jadual memang padat. So dikesempatan masa yang ada aku qada tidur aku. Muehehe. Iris? Entah la dia buat apa. Tak ambik kisah lak.

Pada jam 8:30, Iris mengejutkan aku untuk breakfast dan untuk hiking. Tak sabar nampaknya minah tu. Tau la suka aktiviti mencabar. Aku memakai pakaian yang sesuai untuk hiking. Seluar trek dan baju lengan pendek. Warna baju aku dan Iris sedondon. Tak tau macam mana boleh sedondon.

"Asal awak pakai baju hitam jugak. Tukar la. Saya tak nak pakai baju sama warna dengan awak."ujar Iris.

"Eh asal aku lak. Kau la yang gi tukar sebab kau yang tiru aku."kata ki sambil menjelingnya.

"Eh2 asal lak. Saya yang pakai dulu so awak yang tukar." Iris masih tidak mahu mengaku kalah. Mak cik ni asyik nak menang dia je. Aku sepak kang.

"No aku tak kira. Kalau kau tak nak tukar,kita gi je macam ni. Aku dah malas nak tukar. Dah la aku qada tidur aku sebentar je. Kau tu dah banyak tidur dah."kata ku. Melihat Iris masih belum mahu menukar pakaiannya lagi,aku terus mencapai dompet ku lalu keluar. Iris mengikuti ku dari belakang.

'Eleh cakap je la nak pakai sama warna dengan aku.' desis hati ku.



~~~~

Sesampainya kami di bukit yang bakal kami mendaki,aku mengambil udara yang segar. Terdapat beberapa orang yang jugak turut sama ingin mendaki bukit. Kelihatan Iris dengan fonnya yang mengambil gambar sekeliling dan juga gambar dirinya.

"Kalau kau ambik gambar tak akan lawa. Melainkan kalau aku ada dalam gambar tu."kataku lalu merampas fonnya. Aku mengambil gambar aku dan Iris menggunakan fonnya. Aku terus menekan snap walaupun Iris masih tak bersedia.

"Eh tak lawa la. Muka saya tak cantik. Awak tak kira pun masa nak ambik."ujar Iris dengan nada tak puas hati.

"Kau memang tak lawa pun. Alaa biarla candid. Lawa pe. Nanti kau hantar kat aku tau." aku terus mengambil gambar aku dan Iris. Kali ni Iris dah bersedia. Nampak macam Iris ni adik aku lak sebab dia punya ketinggian sesuai untuk menjadi adik aku.

"Nanti gambar yang aku ambik ni,kau buat jadi wallpaper fon kau tau. Dah jom gerak." aku menyerahkan fonnya lalu terus berjalan meninggalkan Iris di belakang. Suara Iris menyapa gegendang telinga ku.

"Eleh buat pe guna gambar awak sebagai wallpaper fon saya. Jangan la jalan laju sangat pakcik."kata Iris sambil mengejar langkah ku.

Sepanjang kami hiking,aku menjaga Iris dengan sebaik2 nya. Nanti kalau tak jaga mummy marah lak. Aik yeke ni sebab mummy ke sebab lain Fal. Akhirnya setelah mendaki bukit yang agak tinggi jugak,kami sampai ke puncaknya. Pemandangan yang terbentang di depan sangat indah. Subhanallah sungguh indah ciptaan Tuhan.

Aku mengambil gambar Iris dari tepi ketika Iris sedang menikmati pemandangan. Nampak cute sangat.

"Haa buat pe tu. Curi2 ambik gambar saya eh?" tegur Iris sambil mengintai ke fon ku. Aku terus menyimpan ke dalam poket seluar trek ku.

"Eee buat pe ambik gambar kau. Kau bukan lawa pun. Perasan duh."aku cuba menafikan apa yang dikatakan oleh Iris. Eleh padahal betul. Ego je lebih. Setelah berada di puncak selama 10 minit,kami mula turun ke bawah.

"Kau kenapa suka hiking eh Iris?"tany aku ketika kami turun ke bawah.

"Entah mungkin sebab saya suka aktiviti mencabar."jawab Iris. Setahu aku semalam aku dah pun tanya soalan yang sama. Apa kena mengena dengan kau ni Naufal. Nak ambik perhatian Iris ke apa. Tanpa diduga kaki Iris terseliuh kerana tersalah pijak di tempat yang tak sepatutnya.

"Kau okey tak ni?" aku bertanya keadaannya sambil membelek kakinya.

"Okey. Okey sangat2. Huh." Iris menjeling ku yang cuba memegang kakinya. Apa bengap sangat kau ni Naufal. Dah sah2 la dia tak okey boleh kau tanya okey ke tak.

"Kau boleh jalan tak ni? Kalau tak boleh aku dukung kau." aku memberi idea yang agak 'bernas'. Iris hanya mengangguk dan cuba untuk bangun. Tapi apakan daya dia jatuh semula. Tanpa banyak soalan,aku terus mendukungnya di belakang badan ku.

"Eh2 apa awak buat ni Naufal. Turunkan saya semula."kata Iris.

"Kau nak jalan dengan kaki kau yang tengah sakit tu ke. Kalau kau jalan dengan kaki kau tu,sampai ke esok belum tentu kita sampai. Dah jangan banyak bunyi. Pegang aku kuat2. Kang jatuh pulak." aku terus melangkah turun ke bawah sampai mendukung Iris di belakang ku.

"Kau makan apa mak cik sampai berat macam ni. Makan anak gajah ke apa. Anak gajah pun tak berat macam kau." nampak je kecik tapi berat badan tu masyaAllah boleh patah pinggang aku. Terasa cubitan di lengan ku. Berbisa ooo cubitan dia.

"Haa cakap la lagi kalau nak makan cubitan saya. Saya ringan tau, awak tu yang lembik." inilah masalah perempuan. Kalau orang kata kurus dia kata gemuk. Kalau kita kata gemuk,dia marah lak. Kata perli la apa la. Masalah2.




~agak2 sampai bila la cerita ni nak habis eh😂lama giler nak tunggu habis. K tak tau nak cakap apa lagi. Daa💩

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now