54:Amnesia

21.5K 542 13
                                    

Aku tersedar dari lena. Kelihatan di hadapan aku warna putih. Aku memandang sekeliling ku. Macam hospital. Ada seorang jururawat sedang memeriksa air garam aku. Mungkin. Aku pun tidak tahu dia buat apa.

"Eh cik dah sedar. Kejap eh saya panggilkan doktor." name tag yang ada di bajunya sempat aku lirik sekilas. Tertulis nama 'Orked' dan dia terus meninggalkan aku seorang diri.

Di dalam kepala aku terfikir macam mana aku boleh ada kat sini? Apa yang dah jadi kat aku? Dah berapa lama aku kat sini? Tak sampai 5 minit jururawat itu meninggalkan aku,datang seorang doktor bersama jururawat tadi.

Doktor yang bernama 'Syahril' memeriksa aku. Dia meletakkan steteskop di lehernya.

"Cik ingat nama cik siapa?" tanya Doktor Syahril.

"Emm tak. Apa nama saya?" aku mendesak fikiran ku untuk mengingati siapa diriku. Aku memegang kepala kerana rasa sakit itu mula menguasai.

"Tak pe2. Cik tak perlu paksa diri cik untuk ingat siapa diri cik. Cik ingat apa yang kejadian terakhir?" tanya doktor itu lagi.

"Emm kembar saya meninggal? Macam mana saya boleh ada kat sini doktor?" akhirnya terluah juga apa yang tertanya di dalam kepala aku. Memang yang hanya aku ingat adalah bila kembar aku meninggal.

"Macam ni cik. Sebenarnya cik kemalangan jalan raya di Jepun 1 bulan yang lepas. Dan ada seorang lelaki yang tolong bawak cik ke hospital. Lepas je keadaan cik stabil,dia membawa cik pulang semula ke Malaysia. Dan ibubapa cik telah pun tahu keadaan cik sekarang." ujar Doktor Syahril.

Kejap bila masa pulak aku pergi Jepun ni? Bukan kah aku sepatutnya berada di kubur? Aku memerahkan otak aku untuk ingat semula.

"Erghh kepala saya sakit!" aku menjerit kesakitan. Rasa dia tu ibarat kau kena gigit dengan buaya. Hagaga.

"Tak pe cik. Buat masa sekarang ni cik rehat je dulu. Nanti saya akan khabar kan kepada pihak keluarga cik. Saya keluar dulu." aku hanya menganggukkan kepala. Tak mampu nak keluarkan suara.

Selepas doktor itu keluar aku terus merehatkan diri. Banyak tanda tanya di dalam kepala aku. Belum sempat aku melelapkan mata,seorang lelaki yang mukanya macam orang cina masuk ke dalam wad aku.

Berkerut dahi aku memandangnya. Siapa dia ni? Di tangannya ada sebakul buah buahan.

"Awak dah okey?" tany dia.

"Emm kau sape?" tanya aku hairan. Dia meletakkan buah itu di sebelah katil aku. Dia menarik kerusi lalu terus melabuhkan punggung.

"Saya Hafiz. Saya yang tolong awak ketika awak kemalangan haritu kat Jepun." jawab Hafiz.

Hafiz? Jepun? Kemalangan? Apa semua ni? Bila aku ke Jepun? Sape dia? Bila aku kemalangan? Mungkin aku harus bertanya kepada dia semua.

"Kau sape? Macam mana aku boleh kemalangan? Bila aku ke Jepun?" tanya aku dengan dahi yang berkerut.

"Emm kalau saya cakap pun belum tentu awak kenal saya. Doktor cakap awak amnesia. Awak tak sedarkan diri dah 1 bulan." dia bercakap sambil memandang ke arah mata aku.

Cepat2 aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku amnesia? Kenapa? Sebab kemalangan?

"Saya dah maklumkan kepada family awak. Insyaallah petang nanti diorang akan lawat awak." dia meneruskan perbualan memandangkan aku hanya berdiam diri.

"Kejap. Tadi kau kata aku amnesia tapi kenapa aku ingat family aku dan kembar aku? Kenapa aku tak ingat nama aku sendiri?" sekali lagi kesakitan itu datang menguasai.

"Doktor cakap awak amnesia clyrothofia. Awak cuma ingat pasal family awak tapi awak tak ingat siapa diri awak dan orang sekeliling." jelas dia.

"Apa nama aku?" aku bertanya kepadanya.

"Damia."

"Damia?"sekali lagi aku bertanya.

"Haah."



*ok now korang suka ke tak kalau aku cuma buat pasal Damia😂haha ada orang cakap dia tak suka sebab dia haterssss Damia😂korang pulak?

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now