18:Kisah

23.4K 864 43
                                    

Hari ni Naufal cuti selama seminggu selepas bekerja selama 5 hari. Semalam dia beritahu aku yang harini nak balik kampung. Selama aku hidup sebagai isteri dia,aku tak tahu pun yang Naufal ada kampung.

Naufal kata kampung dia kat Kelantan. Hohoho. Kelantan woo. Popular tu. Mesti best kalau dapat makan nasi dagang. Aumm. Dah lama tak makan tu. Selepas solat subuh berimankan Naufal,aku mengemaskan pakaian ku. Pakaian Naufal? Dia kemas sendiri la. Haha. Hastag kejam.

Kami akan bertolak ke Kelantan selepas waktu zuhur. Tak sabar nya nak pergi. Seperti yang telah dirancang,selepas waktu zuhur kami bertolak dengan menaiki kereta audi putihnya. Naufal menolong aku meletakkan bagasi di dalam bonet belakang.

Selepas memakai tali pinggang,Naufal mula membelah jalan raya. Sepanjang perjalan,kami berdiam diri. Aku cuba untuk melenyapkan susana sunyi ini dengan menanyakan soalan kepada Naufal.

"Fal,terbang memang cita² awak dari kecik eh?"tanya ku.

"Haah"aik. Sepatah je jawab. Ni jadi malas nak tanya lagi ni. Tak boleh. Aku tetap kena tanya jugak sebab tengah bosan gila ni.

"Awak kerja bahagian apa?"aku mencuba sekali lagi.

"Penolong juruterbang"dua patah perkataan je? Ni kes malas layan or tak de mood ni? Ah lantak kau la. Aku melemparkan pandangan ke arah tingkap. Lebih baik tengok pemandangan daripada tengok muka dia yang handsome tapi menyakitkan. Ops. Terpuji lak. Ahaks.

Lamunan ku terbang menjauh setelah mendengar soalan Naufal. Sungguh. Hatiku berasa sakit setelah mendengar soalannya. Mengapa perlu bertanya sedemikian? Aku mengeluh.

"Apa soalan awak? Saya tak dengar."padahal aku dah dengar cuma nak pastikan apa yang aku dengar tu betul ataupun tak.

"Kenapa boyfriend kau tinggalkan kau waktu majlis perkahwinan korang dah nak dekat?"tanya Naufal sekali lagi. Aku mengeluh untuk kali kedua. Aku menarik nafas sebelum menjawab.

"Dia jumpa perempuan yang lebih baik,lebih cantik dan lebih la daripada saya. Sebab tu dia tinggalkan saya dan pergi kat perempuan tu"selepas menjawab soalan Naufal,aku melemparkan pandangan ke arah tingkap.

"Kau dah maafkan dia?"tanya Naufal. Aku memejam kan mata untuk seketika.

"Entah"aku pun tak tahu sama ada aku telah memaafkan dia ataupun tidak. Tapi yang penting,aku telah dapat menerima takdir bahawa dia bukan jodohku.

"Mung jangey risa. InsyaAllah nanti Allah ata sorey laki ko mung untuk jago mung dunia akhirat."(kau jangan risau. InsyaAllah nanti Allah hantar seorang lelaki untuk kau untuk jaga kau dunia akhirat)ujar Naufal. Aku terdiam. Aku tak faham pun apa yang dia cakap.

"Apa yang awak cakap tadi? Saya tak faham la. Yang saya faham,insyaAllah,Allah dan dunia akhirat je. Yang lain tu saya tak faham"tanya ku.

Nak cakap kelantan pulak. Dah la aku tak berapa nak faham bahasa kelantan ni. Aduihh. Naufal hanya mendiamkan diri. Kutuk aku la tu. Ish. Ni benci ni. Aku melihat pemandangan sekeliling.

'Mesti sekarang ni 'dia' dah bahagia kan. Mesti dah ada baby yang comel². Saya doakan awak sentiasa bahagia'ujar hatiku. Walaupun 'dia' pernah menyakiti hatiku,tapi aku akan selalu doakan agar dia bahagia dengan pilihan hati dia.

"Sape nama 'dia'?"tanya Naufal. Dia memandang ku seketika sebelum memandang semula ke depan. Nanti kalau pandang aku lama²,tak pasal² dia dua batu,aku dua batu.

"Ashraf. Ashraf Rifqi."sungguh. Aku rindukan Ash. Dulu dia janji yang dia akan bahagiakan aku. Tapi sekarang hanya tinggal janji tanpa dapat ditunaikan.

"Kau rindukan dia?"tanya Naufal.

"Rindu. Rindu sangat. Dulu dia banyak taburkan janji. Dia janji yang dia kawin dengan saya,bahagiakan saya,hidup mati dengan saya. Tapi sekarang. Hanya tinggal janji. Sungguh Naufal. Saya sangat rindukan dia. Saya rindu nak tatap muka dia. Saya rindu nak dengar suara dia. Saya rindu dengan senyuman dia. Hampir 5 tahun kami bercinta. Dan masa tu kami dah nak kawin tapi dia? Kenapa Naufal. Saya tak berhak untuk bahagia ke?"aku menangis.

Pertama kali aku menangis depan Naufal. Aku menutup muka ku dengan tapak tangan. Suara tangisan,aku cuba untuk tutup tapi tak mampu kerana sungguh sebak. Naufal membiarkan aku menangis.

Setelah tangisa ku reda,Naufal memberikan aku tisu. Aku memandangnya. Dia memandang ku lalu berkata.

"Kesat air mata kau and hingus kau tu. Hodoh dah muka kau bila nangis." Aku mengambil tisu di tangannya lalu mengesat air mata ku. Aku mengucapkan terima kasih dan dia hanya menganggukkan kepalanya.

Suasana kembali sunyi selepas aku mendiamkan diri. Mengantuk mula menghantui diriku. Mungkin disebabkan menangis sebentar tadi.

"Dulu aku pernah bertunang. Dengan Diana. Nur Sofea Diana. Kami hampir bercinta selama 4tahun. Selepas 4 tahun tu,kami bercadang untuk bertunang. Mula² dia menolak tapi bila aku pujuk,akhirnya dia setuju. Alhamdulillah. Kami dapat bertunang."cerita Naufal. Aku hanya menandahkan telinga ku untuk mendengar kisahnya.

Jarang nak dengar Naufal menceritakan tentang dirinya kepada aku. Naufal menyambung ceritanya.

"Setahun selepas kami bertunang tu,Diana dikhabarkan menghidapi penyakit barah otak. Time tu dah tahap ke 3. Diana tak pernah cerita pun kat aku yang dia hadapi penyakit barah otak. Time tu aku dah mula dapat menangkap kenapa masa aku ajak dia bertunang tu dia tolak. Rupa²nya dia tahu yang dia hadapi penyakit. Masa terakhir dia ada kat dunia ni,dia suruh aku berjanji dengan dia. Dia suruh aku kahwin dengan orang yang aku sayang dan orang yang sayang aku. Maksudnya saling mencintai. Then aku cakap kat dia,tak da orang yang boleh gantikan tempat dia dalam hati aku."Naufal berhenti seketika.

Aku hanya mendiamkan diri mendengar ceritanya. Sungguh tragis sekali. Dugaan dia lebih berat dari dugaan aku. Mendengar kisah dia,membuat aku simpati dan mengantuk mula memberat. Hehehe. Naufal menyambung kisahnya.



*kisah Naufal akan bersambung di next chapter. Ahaks 🙈 diminta untuk menunggu seketika. Hehehe💕
*ambo orey kelatey boh. Sbb tu ambo wak dio gi kelatey. Negeri ambo 👻
*tajuk tak leh blah 😂

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now