42:Terakhir

20.2K 693 39
                                    

Sedar tak sedar harini adalah hari terakhir kami disini. Sebagai tanda perpisahan dengan Melaka,ahakss, Naufal membawa aku ke pantai. Minat aku dan Naufal kebanyakan agak sama. Kami sama2 suka pantai,dengar lagu,makan, dan yang paling penting suka tidur. Hagagaga.

"Memandangkan harini adalah hari terakhir kita kat sini,aku nak kau luahkan semuanya kat aku. Dari A sampai Z." kata Naufal sambil berjalan di gigi pantai.

"Asal lak."tanya ku. Tiba2 je suruh aku luahkan everything. Ingat senang ke nak cerita dari A sampai Z. Kisah dia bukan dia share pun dengan aku. Oh please la.

"Sebab harini hari terakhir kita kat sini."kata Naufal.

"Ada kena mengena ke dengan kisah silam saya. Lagipun kisah awak bukan awak nak share pun dengan saya."aku terus berjalan meninggalkan dia di belakang. Tiba2 rasa sakit hati dengan Naufal. Tak habis2 nak paksa aku. Huh.

"Aku nak kau luahkan everything kat aku supaya kau tak lagi rasa sakit tu Iris. Biarkan kenangan pahit tu tinggal kat sini. Aku dah bosan dah tengok kau asyik2 nangis tengah malam." padahal hati ini yang berasa sakit bila melihat air matanya tumpah kerana lelaki lain. Sampai bila ego tu nak tinggi.

"Awak tahu?"tanya ku. Ingat ke Naufal tak perasaan yang aku setiap malam nangis.

"Mana mungkin aku tak tahu Iris. Serumah kut. Sekarang aku nak kau cerita kat aku everything. Jangan tinggal apa pun. Sikit pun jangan."arah Naufal.

Akhirnya selepas dipaksa,aku menceritakan segalanya kepada Naufal sambil ditemani air mata yang mengalir di pipi. Naufal menyapu air mata ku dengan ibu jarinya dan terus memeluk ku dengan erat. Aku membalas pelukannya. Aku rasa baju kat dada Naufal sudah pun basah dengan air mataku.


"Jangan risau aku ada untuk kau."kata Naufal.

'Tapi sampai bila Naufal? Awak cintakan Diana bukan saya. Tolong jangan bagi harapan palsu. Saya tak sanggup untuk kecewa lagi.' kata2 itu hanya terluah dalam fikiran ku.


"Kalau dia kembali pada kau,kau nak terima dia? Kau akan tinggalkan aku?"tanya Naufal. Aku melihat ke dalam matanya. Kenapa aku melihat seperti dia juga turut merasa sedih? Adakah dia sayang aku? Please jangan perasan Iris. Kalau tak kau akan lagi sakit.

"Saya tak tau Naufal. Saya tak da jawapan untuk soalan tu." aku melepaskan pelukannya lalu terus berjalan. Naufal memegang tangan ku lalu memusingkan tubuhku untuk memandangnya. Aku mendongak untuk memandangnya. Air mata aku tumpah lagi. Aku tak tau kenapa.



"Jawapan tu ada pada kau Iris. Tolong bagi aku jawapan. Adakah kau akan kembali untuk dia?"tanya Naufal lagi sambil memandang ke dalam mataku.


"Tak. Tak Naufal. Saya tak kan tinggalkan awak. Sebab saya dah mula cintakan awak. Saya tak tau bila perasaan ni muncul. Tapi yang saya tau saya cintakan awak."akhirnya aku luahkan segalanya. Air mata semakin lebat mengalir. Kenapa kau lemah Iris. Kenapa.


Naufal memeluk ku lagi sekali tetapi berserta dengan bisikan. Yang hanya aku,dia dan tuhan sahaja yang tau. Kata2 itu? Biarla rahsia. Hagagaga.


"Dah jomla kita gerak. Nanti lambat pulak sampai KL." Naufal mengengam tangan ku. Aku mengikuti langkahnya dari belakang. Aku memandang ke arah tangan ku yang digengam oleh Naufal.


'Adakah kata2 awak itu semuanya benar Naufal? Adakah awak maksudkan ia?' bisik hati kecil ku. Aku cuba untuk tersenyum supaya aku tidak kelihatan lemah. Walaupun Naufal banyak kali melihat aku menangis,tapi aku tak nak Naufal menganggap bahawa aku lemah. Aku nak kelihatan kuat di depan semua orang terutama di depan Naufal.




*memang zaman sekarang suka copy paste cerita orang eh? tak faham la aku dengan orang zaman sekarang ni. aihh.

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Where stories live. Discover now