46:Mimpi

18.3K 629 3
                                    

Aku tersedar dari lena pada jam 2 pagi. Mimpi yang aku alami sebentar tadi macam betul2 berlaku di dalam dunia sebenar. Aku beristighfar dan berdoa semoga semua itu hanya mimpi. Aku check waktu Jepun sekarang. Ia menunjukkan bahawa sekarang di Jepun jam 3 pagi.

Maknanya Naufal sudah pun selamat tiba di lapangan terbang Jepun. Aku menghantar mesej untuk bertanya keadaan dia di sana.

Iris
-awak dah sampai ke?

Aku menunggu seketika untuk menerima balasan dari Naufal. Semakin lama menunggu semakin berdebar hati aku. Terdetik perasaan tidak enak. Adakah Naufal baik2 saja? Akhirnya setelah 5 minit menunggu,balasan darinya telah aku terima.

Naufal
-Dah. Baru lepas check in hotel. Kau apasal tak tidur lagi?

Alhamdulillah Naufal selamat tiba. Naik lemah jantung aku fikir bukan2.

Iris
- Tadi dah tidur tapi terjaga. Alhamdulillah awak selamat sampai. Saya mimpi bukan2 tadi :'(

Naufal
-Kita skype.

Aku on kan skype. Nama Naufal menunjukkan bahawa dia online. Belum sempat aku tekan,Naufal terlebih dahulu mengambil langkah. Kelihatan muka Naufal yang agak letih tetapi masih segak dengan baju uniformnya. Dia tersenyum ke arah ku.

"Sayang mimpi apa sampai sayang terjaga ni em?"lembut Naufal bertanya. Hilang perasaan rindu terhadap dia bila melihat wajahnya. Aku menangis di depannya tapi kali ni dia tak boleh peluk aku kerana kami berkomunikasi di alam maya.

"Ehh sayang. Kenapa nangis ni? Aku ada buat salah ke sampi kau nangis?"kalut Naufal bertanya. Aku mengelengkan kepala aku dan memberikannya senyuman.

"Saya rindu awak je."

"Laa ingat ke ap tadi. Emm citer sayang mimpi buruk apa tadi."Naufal bertanya soalan yang sama buat kali kedua mungkin sebab aku masih belum menceritakan kepadanya.

"Saya mimpi yang awak accident tadi. Pesawat awak terhempas. Awak.. awak.. awak.. cedera teruk. Dan... awak koma." aku menangis buat kali kedua. Mimpi ini adalah mimpi yang paling dasyat pernah aku mimpi.

Aku terus menangis dan menangis sampai air hingus pun dah meleleh. Lepas tangisan aku reda, Naufal mula bicara.

"Dah jangan nak nangis. Tu hanya mimpi je. Lain kali sebelum tidur basuh kaki,basuh muka and baca suruh ayt kursi dan 3qul. Dah jangan nangis nanti tak comel."

Itulah cara Naufal memujuk ku. Mula2 biarkan aku nangis sampai puas dan bila dah reda,dia pujuk aku. Aku hanya mengangguk dan tersenyum. Muka dia kelihatan sudah tenang. Dia mengguap sambil menutup mulut dengan tangan.

"Tak pela. Awak gi lah tidur. Mesti awak penat." aku membiarkan dia rehat memandangkan dia baru sahaja sampai di hotel.

"Tak pe ke ni aku tidur? Sayang macam mana?" nampaknya Naufal masih bimbang dengan aku.

"Tak pe saya okey. Awak gi lah tidur. Nanti kita skype lagi. Good night." selepas mendapat balasan dari Naufal,aku menutup laptop dan meletakkannya di meja kecil yang ada di sebelah katil.

'Ya Allah kau jagalah suamiku di mana saja dia berada Ya Allah. Kau lindungilah dia.'

Aku berdoa di dalam hati. Selepas membaca ayat 3qul aku mula melelapkan mata yang semakin kuyu. Moga esok lebih baik dari harini.


*yeayy story ni dah nak habis😋kisah ni tak banyak sangat duka dia😂banyak happpy je sampai aku naik muak😂

LOVE YOU MR. PILOT  ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant