"Hah..Farish dia ada meeting dengan klien dalam pukul 11 nanti baru habis!"balas Nuraina.
Datin ni suka sangat buat aku terkejut nasib baik la tak terbersalin kat sini!

"Ouh cakap kat dia nanti lepas meeting jumpa saya dekat bilik dia!"Datin Ziera menyampaikan pesan.

"Baiklah Datin!"balas Nuraina.

"Pukul 11 baru habis meeting! aduhai tak pernah dibuat orang la mintak kerja kat sini pukul 11 tengahari.Nampaknya aku je la pekerja yang pecah rekod iya iya je aku nih!"monolog hati Ezar.

××××××

Farish masuk tergesa-gesa kedalam biliknya tanpa memandang kekiri dan kanan.Risau pula kalau ada perkara penting yang mahu disampaikan oleh Mummy.Jarang Mummy datang pejabat kalau tak ada perkara yang penting.

"Assalamulaikum Mummy..kenapa Mummy nak jumpa ni? sampai pesan kat Aina?"soal Farish sebaik menolak pintu dan ternampak susuk tubuh Datin Ziera.

"Walaikumussalam..Farish duduklah ada perkara yang Mummy nak bincang dengan Farish ni!"

"Perkara apa Mummy?"

"Pasal pengganti.."belum sempat Datin Ziera menghabiskan kata-katanya.

"Mummy...biar betul!! Farish yang ada seorang isteri pun tak terjaga inikan nak cari pengganti Zara.Ehh tak nak la Rish!"balas Farish.

"Farish!! Mummy belum lagi habis cakap Rish dah potong! bagi la Mummy explain!"berkerut dahinya apabila anaknya merepek secara tiba-tiba.

"Okey Mummy!"Farish akhirnya diam kerana kehilangan kata-kata.

"Mummy sebenarnya dah jumpa pengganti Aina untuk sementara waktu!"ujar Datin Ziera.

"Siapa Mummy? lelaki atau perempuan? yang paling penting kalau dia perempuan dia tu cantik ke tak?"soal Farish bertubi-tubi.

"Nak tau ke?"soal Datin Ziera.

"Mestilah nak!!,mana la tau ada jodoh!"kata Farish.

"Nampak sangat anak aku ni gatal nak pasang lagi satu.Ni kalau Zara dengar mesti dia kecik hati!"

"Alaa..Mummy ni Farish gurau je takkan la Farish nak tambah lagi satu bahaya Mummy tak pasal-pasal anak Mummy ni teruk kena ganyang"balas Farish sambil tergelak kecil.

"Tau takut dengan Zara.Ingat sikit Zara tu ada tali pinggang hitam!"ujar Datin Ziera sambil mengukirkan senyuman mengejek buat anaknya.

"Iye la Mummy..Ni siapakah pengganti Aina tu?"soal Farish beralih topik.

"Hah kejap Mummy nak call dia!"Datin Ziera terus menghubungi Ezar.

"Ada kat mana ni?"suara Datin Ziera menyapa gegendang telinga Ezar.

"Ada je dekat sini Mummy!"balas Ezar sambil berjalan disekitar situ juga.

"Boleh masuk bilik sekarang?"arah Datin Ziera.

"Bilik? ha okey Mummy Zara datang! Assalamulaikum!"balas Ezar dan terus menyimpan telefon didalam beg tangannya.Rasa kekok pun ada pakai beg tangan ni,nasiblah kau kena jadi perempuan ayu sikit bila nak kerja kat sini.

"Dia ada pengalaman ke Mummy?"soal Farish lagi dan dalam masa yang sama pintu bilik dibuka.Mata Farish terus terpana pada susuk tubuh yang berdiri dihadapan pintu.

"Apakah!! bini aku sendiri jadi P.A aku!! aduhai apa ni!"bisik hati Farish.

"Masuk! perkenalkan ini adalah Nur Ezzara anak kepada Puan Sharimah,Isteri kepada Iman Farish dan Menantu kepada Datin Naziera dan Datuk..!"

"Opsss Mummy!! apa ni takkan la Zara jadi P.A Rish?"

"Iye la..apa ingat Zara tak mampu ke?"perli Datin Ziera.

"Mummy ni perkenalkan aku macam anak dia tu tak kenal aku je!"ngomel Ezar dalam hatinya.

"Tapi kenapa dia?"soal Farish seolah-olah tidak berpuas hati.

"Biarlah kalau Zara mampu uruskan hal rumah tangga kenapa hal kerja Zara tak mampu? kan Zara?"Datin Ziera membela Ezar.

"Ahhh...sudah! habislah aku! hal rumah tangga ni pun tak berapa nak elok lagi! dah nak kena jawab soalan ni!"Ezar mula menggaru kepalanya tidak gatal.

"Tapi Mummy dia tu mampu ke dah la belajar setakat SPM je!"begitu lancang Farish sehingga tidak sedar telah menguris hati seseorang.

"Tak pe la Mummy..orang dah tak nak bagi!.. kita pun tak hingin la kan! tak apa la mungkin rezeki Zara bukan dekat sini! Zara balik dulu Mummy!"Ezar terus menyalam tangan Datin Ziera dan meninggalkan mereka.Sentap weh dengan kata-kata Farish tadi.

Sedikit sebanyak kata-kata mamat poyo tu memang mengguriskan hati Ezar."Ehh kalau tak suka aku kerja kat situ tak apa aku terima! ni tak pergi kutuknya aku macam aku ni tak ada perasaan je.Lantaklah malas aku layan mamat tu baik aku balik tenangkan fikiran lagi bagus."

"Tu la mulut tu kenapa lancang sangat!! Mana Farish tau dia belajar sampai SPM je?"marah Datin Ziera.

"Betul la dia cuma belajar sampai SPM je.Mak sendiri yang cakap dengan Farish dulu!"

"Mak tu cuma bergurau je la.Zara sendiri saja nak rahsiakan perkara ni dari Farish.Zara tu sebenarnya belajar sampai oversea balik sini dia cuba cari kerja sementara sebab tu Zara kerja dekat kafe tu tak sangka pulak Zara dah selesa kerja kat situ jadi Zara stay la.Kenapa Farish suka sangat nak rendah-rendahkan orang? kalau nak bandingkan Zara dengan Farish.Zara lebih hebat dari Farish tau tak? Mummy tak kira Farish kena jugak pujuk Zara balik walau apa pun yang terjadi faham!!"bebel Datin Ziera sambil bercekak pinggang.

"Baik Mummy!"

"Aduh apa yang aku dah buat ni! kenapa mulut aku ni lancang sangat!! alamak!"kesal Farish dengan kata-katanya tadi.

*********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now