BAB 30

7.7K 310 3
                                    

"Mana la Mummy ni dah pukul 8 kot takkan pukul 10 kot baru pergi!"bebel Ezar yang sudah sedia berdiri dipintu hadapan rumahnya.

"Dah lenguh kaki aku ni ha asyik berdiri je..Mummy..Mummy mana la ni''monolognya sendiri.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi."Aik siapa pulak la yang call ni?"Ezar menjadi kelam kabut mencari telefonnya setelah menjumpai telefon,tertera nama Mummy di skrin telefon itu.

"Assalamualaikum Mummy! jadi ke nak ambil Zara ni?"soal Ezar dengan keadaan kelam kabut.

"Walaikumussalam sayang..jadi la Mummy tengah on the way ni.Sekarang Mummy nak tanya Zara dah breakfast belum?"

"Belum breakfast lagi sebab Farish hari ni pergi kerja awal sangat!"balas Ezar.

"Awal ke? ermm tak pe la dah Zara jangan risau erk tak payah nak kelam kabut sangat nanti Mummy sampai la"

"Ouh..tak pe la Mummy teruskan la perjalanan tu Zara tunggu kat pagar depan rumah ni je"kata Ezar.

"Zara nanti teman Mummy breakfast boleh?"tanya Datin Ziera tanpa menghiraukan kata Ezar tadi.

"Hah...ermm boleh je Mummy,lagi pun memang tengah lapar ni!"balas Ezar sambil tersengih seperti kerang busuk.
Rezeki jangan ditolak dah orang nak belanja hihihi...

"Okey lah bye Assalamulaikum sayang!"tutur Datin Ziera ingin menamatkan perbualan.

"Walaikumussalam Mummy!"Ezar segera menyimpan telefon bimbitnya didalam beg tangan."Ni kalau Farish tau habis la aku!"monolog hati Ezar.


Air teh panas itu diteguk secara perlahan-lahan oleh Datin Ziera. "Mummy nak tanya boleh?"soal Ezar tiba-tiba.

"Tanya apa?"

"Err...siapa nama P.A Farish sekarang?"

"Nuraina..kenapa Zara?"

"Saja je tanya Mummy!"balas Ezar.

"Okey..jom lah Mummy nak suprise kat Rish ni!"ujar Datin Ziera sambil mengangkat keningnya.

"Kalau macam tu Zara tunggu kat luar je la"balas Ezar.

"Ha..tunggu je tau..Mummy nak pergi tandas ni.Jangan pergi mana-mana!"Datin Ziera terus melangkah laju ke tandas manakala Ezar pula sudah keluar dan menunggu Datin Ziera.

Dari jauh lagi dah boleh nampak pejabat Farish."Untung la kan lahir je kat dunia terus kaya lepastu habis belajar boleh dah kerja kat syarikat sendiri Elehhh...buat apa kalau kaya tapi perangai macam rotikaya heh!"monolog Ezar sehingga tidak menyedari kehadiran Datin Ziera dibelakangnya.

"Zara cakap dengan siapa tu??"soal Datin Ziera.

"Alamakkkk!! Mummy dengar ke apa yang aku cakap,mati la aku sebab gosip pasal anak dia.!"Ezar menggelabah dan akhirnya membalas "Tak ada apa la Mummy ni ha sesak kan dekat sini panas..panas.."Ezar mengipas dirinya dengan tangan.Hebat betul lakonan kau Ezar!!

"Sini memang panas okey jom lah dekat je office Farish dengan sini!"kata Datin Ziera dan berjalan mendahului Ezar.

Ezar hanya mengekori Datin Ziera."Nasib tak kantoi!"bisik hatinya.

Pintu bilik Farish diketuk berkali-kali oleh Datin Ziera namun tiada jawapan akhirnya Datin Ziera menolak sahaja pintu itu tanpa kebenaran anaknya.

"Ish..budak ni tak ada pulak!"ngomel Datin Ziera sambil bercekak pinggang.Datin Ziera pergi keluar mencari Nuraina pula.

"Aina...mana Farish?"soal Datin Ziera tiba-tiba.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now