BAB 29

7.1K 278 2
                                    

Awal pagi lagi Ezar sudah bangun tidur kemudian langkahnya laju sahaja ke dapur dan membancuh seteko air teh setelah siap air teh panas itu lalu dituang dengan berhati-hati didalam cawan."Mana la dia ni? pergi kerja kot."monolog Ezar sambil meniup air teh panas itu supaya dingin sedikit.

Baru sahaja Ezar ingin minum tiba-tiba muncul Farish dibelakangnya.Nasib baiklah air teh panas itu tak tertumpah kalau tak memang melecur la jawabnya."Rish...kau ni dah kenapa tiba-tiba muncul kat sini.Nasib la tak tumpah kalau tak pasal-pasal aku dengan kau sekali melecur"bebel Ezar sambil memandang anak mata Farish.

"Sikit je belum lagi nak kena"ujar Farish sambil tersenyum.

"Sikit-sikit pun kalau dah kena barulah tau!"Ezar mencebikkan bibirnya lalu cawan yang dipegangnya itu diletakkan semula pada meja itu.

"Sakit pinggang lagi ke?"soal Farish.

"Tak dah!"balas Ezar.

"Aik..sekejap je sakit?"

"Habis tu kau suka la kalau aku sakit lama-lama?"duga Ezar.

"Bukan macam tu la.."

"Kau tak pergi kerja ke?"tanya Ezar.

"Pergi tapi masuk lambat sikit"balas Farish.

"Hishh...mentang-mentang la office tu kau yang punya suka-suka hati kau je nak masuk cepat atau lambat"bebel Ezar sekali lagi.

"Biarlah sekali sekala nak teman isteri kejap kat rumah!"ujar Farish sambil tersenyum menampakkan susunan giginya yang rapi.

"Tolonglah..bukannya aku sakit ke apa"kata Ezar dengan nada yang serius.

"Memang la kau tak sakit"

"Habis tu kenapa kau tak pergi kerja?"

"Alaa..tak rugilah kalau aku masuk lambat sikit lagipun aku dah ada banyak..."ujar Farish.

Namun belum Farish menghabiskan kata-katanya Ezar sudah"Aku tak kira kau pergi kerja sekarang!"

"Okey..aku akan pergi tapi dengan satu syarat!"

"Syarat apa?"soal Ezar.

"Cium pipi aku dulu!"Farish tersenyum nakal.

"Eew...tak nak!!"Ezar menolak sekeras-kerasnya.

"Kalau tak nak...hari ni aku takkan pergi kerja dan aku akan sentiasa menunggu ciuman kau tu!"

"Penampar nak?"ugut Ezar yang sudah sedia mengangkat tangannya.

"Tak nak.."ejek Farish.

"Weh..tak de permintaan lain ke selain cium ni ha! aku geli la!!"marah Ezar.

"Tak ada..!"

"Dengar ni baik-baik..aku takkan cium pipi kau yang berkarat ni sampai la bila-bila muktamad!"balas Ezar.

"Kau kata muka aku berkarat! aku hari-hari cuci muka lepastu pakai sunblock lagi taknak bagi rosak muka!"

"Kau pakai sunblock!!"pecah berderai ketawa Ezar.

"Salah ke?"soal Farish.

"Aku yang perempuan ni pun tak pernah pakai sunblock elok je tak macam kau"ujar Ezar yang masih bersisa tawanya.

"Kau memang la tengoklah mak kau dulu masa muda macam mana?"

"Mak aku? Mak aku memang dari muda dulu lagi cantik! Mak aku akan mix sikit"

"Huh..pergi la muka putih pun bukan bawak sampai mati pun!"

"La sentap ke?"soal Ezar.

"Iye la..!!"marah Farish.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now