"Zara! Mak tanya ni?"

"Entahlah Mak,Ezar tak dapat nak baca hati sendiri."Aduh apa aku cakap ni!.Ezar menepuk dahinya.

"Jujur la Zara...takkan tak ada langsung rasa sayang tu?"tekan Mak Imah lagi.

"Err..jujur la Zara cakap Zara cuma anggap dia tak lebih dari seorang kawan!"bohong Ezar.

"Nur Ezarra! pandang muka Mak ni!"arah Mak Imah.

"Kenapa Mak?"Ezar menurut arahan Mak Imah.

"Sampai bila Zara nak anggap Farish sebagai kawan?"

"Sampai hati Zara ni dah betul-betul terbuka untuk lelaki lain!"balas Ezar.

"Zara! sampai bila Zara nak kunci hati Zara tu untuk lelaki lain takkan sebab Aizrill tu Zara dah tak boleh nak cintakan Farish?"

"Mak..tolonglah jangan sebut nama dia"pinta Ezar.

"Takkan sebab Aizrill?"ujar Mak Imah sekali lagi.

"Mak...Zara akan cintakan Farish bila hati Zara betul-betul nak terbuka untuk lelaki lain."Ezar terus membuka langkah pergi.

××××××

"Dah siap belum?"soal Farish tiba-tiba muncul dari pintu bilik.

Ezar yang leka bermain permainan video tiba-tiba tersentak."Dah.."balas Ezar sambil menjeling.

"Ouh..kalau macam tu jom la balik sekarang!"ajak Farish.

"Okey.."Ezar bingkas bangun dari katilnya dan mengangkat dua buah beg pakaiannya dan terus keluar dari bilik.

"Aik? macam tu je dia tinggalkan aku? pelik betul perangai!"monolog Farish kehairanan.

Ezar mengangkut begnya hingga ke kereta Farish."Mana la pulak? tadi dia yang nak balik sangat!"bebel Ezar.

Selepas selesai memasuki beg kedalam bonet kereta kedua mereka menyalam Mak Imah.

"Mak..Farish minta diri dulu"ujar Farish dengan sopan santun.

"Farish tu jaga diri baik-baik lepas tu kalau boleh bagi la Mak cepat-cepat cucu."usik Mak Imah.

"Insyallah kalau ada rezeki"balas Farish sambil tersenyum.

"Sengih-sengih ingat lawak ke?"bisik hati Ezar.

"Mak..Ezar pergi dulu"ujar Ezar menyalam tangan Mak Imah.

"Zara..ingat pesan Mak tadi jangan nak ingat sangat dekat Aizr.."belum sempat Mak Imah menghabiskan kata-kata Ezar sudah mencelah.

"Mak! jangan lupa jaga kesihatan tau! Zara sayangggg Mak!"ujar Ezar memintas.

"Iye la.."Mak Imah memeluk erat tubuh Ezar kerana selepas ini dia akan jarang bertemu dengan anaknya itu.

"Maafkan Zara sebab Zara dah banyak buat salah dengan Mak!.Mak kalau lepas ni Zara dah tak boleh jumpa dengan Mak,Mak peluk je baju-baju Zara tu"usik Ezar.

"Apa yang Zara merepek ni?"ujar Mak Imah dan meleraikan pelukan.

"Zara main-main je la Mak!"Ezar tergelak kecil.

"Dah jom la pergi"ajak Farish.

Kereta itu mulai bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah Mak Imah.Baru saja Ezar mahu melelapkan mata tiba-tiba satu soalan menerpa kepadanya.

"Zara..kenapa kau cakap yang dengan Mak kalau kau dah tak boleh jumpa dia? kau nak pergi mana?"soal Farish.

"Kan aku dah cakap yang aku cuma main-main je!"balas Ezar.

"Tapi cara kau bercakap tu memang macam dah nak pergi tinggalkan Mak!"

"Sekejap...ke kau ni memang dah tak sabar sangat nak aku blah dari hidup kau macam tu?"teka Ezar.

"Bukan macam tu maksud aku!"

"Dah kau diam aku nak tidur! kau tau tak bila aku tengok je muka kau tiba-tiba hati aku jadi sakit!"

"Ezarra..kau cakap dengan aku apa yang kau tak puas hati aku? dah lama aku tengok kau macam ni asyik dengan kepala sendiri je!"

"Ni aku nak cakap dengan kau,Aku memang guna kepala aku tak de masa nak guna kepala kau!"

"Hish!! patut la tak de lelaki nak kat kau tengoklah perangai kau macam mana? tak habis-habis menjawab!"

"Ye ke..kesah pulak aku!"balas Ezar.

"Nur Ezarra kau cakap sekarang dengan aku apa yang kau tak puas hati dengan aku sekarang? aku nak kes kita selesai kat sini faham!"

"Betul kau nak tau?"

"Iye..!"

"Okey..pertama aku tak suka kau sebab kau memang suka kacau aku suka sakitkan hati aku dan kau memang seorang kuat penipu! aku benci kau!"Ezar memeluk tubuh.

"Bila masa aku tipu kau?"

"Kau kata kau cintakan aku kau sayangkan aku tapi kau ada hubungan dengan Mia!"lancang mulut Ezar.

"Aku dengan Mia?"soal Farish hairan.

"Dah tu takkan dengan pokok petai pulak?"dengus Ezar.

"Ehh...jap kau sebenarnya cemburu kan?"ujar Farish sambil tersenyum nakal dan mengangkat sebelah keningnya.

"Bila! aku cemburu? sorry sikit tak de masa!"nafi Ezar.

"Eleh orang tu dah jatuh hati dengan kita tapi dia tak nak mengaku!!"ejek Farish.

"Bila!!"Ezar segera mencubit paha Farish.

"Arghh!!! kalau iye pun jangan la cubit sayang! sakit la tak nampak ke orang tengah drive!"

"Ada aku kesah!"jeling Ezar.

"Heheheh..orang tu dah jatuh hati dengan kita!"berbunga-bunga hati Farish apabila dapat mengenakan Ezar.

"Kau ni nak kena lagi ke?"ugut Ezar.

"Okey..tak payah la marah-marah nanti habis hilang kecomelan tu!"

"Err..tolong la! meluat tau tak!"

"Meluat konon padahal hati tu dah jatuh kat kita!"tawa Farish memecah keheningan.

"Farish!! stop it"marah Ezar.

"Okey sekarang ni aku nak tanya kau kenapa kau cemburu aku dengan Mia?"

"Tolong ubah ayat tu boleh tak!"

"Nak ayat macam mana?"

"Macam mana kau dan Mia boleh berdua dekat dapur kafe Nisha sedangkan kita orang semua dekat depan? ha jawab?"

"Aku dengan Mia sebenarnya.."

"Sebenarnya kau masih cintakan Mia kan?"teka Ezar.

"Tak langsung!"

"Dah tu kau buat apa jumpa Mia dekat belakang tu?"

"Aku cuma.."

"Jawab pun teragak-agak! ehh kalau dah penipu tu memang penipu la!"jeling Ezar.

"Bagi la aku explain dulu!"Farish mencelah.

"Tak nak aku tak nak dengar!!"Ezar menekupkan telinganya dengan kedua belah tapak tangannya.Akhirnya Farish mengalah dengan Ezar."Nak explain pun tak boleh!!"dengus Farish.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Donde viven las historias. Descúbrelo ahora