BAB 27

7.3K 286 1
                                    

Dari jauh Mia merenung wajah Farish dan jauh dari sudut hati Mia juga memang tersimpan rasa kecewa.Farish yang tersedar turut menoleh kearah Mia kini mata mereka bertentangan.

Mia melarikan pandangan kearah Ezar dia tidak mahu dilabel sebagai perampas."Mia pandang aku ke?"bisik Farish sendirian.

"Mintak-mintak la dia tak perasan yang aku pandang dia tadi!!"monolog hati Mia.

Mata Mia masih memandang Ezar yang masih sibuk melayan Mak Imah dan Datin Ziera.Tiba-tiba lengan Mia ditarik oleh seseorang dan apabila Mia menoleh orang yang menarik lengannya adalah Farish.

Terbuntang mata Mia melihat tindakan Farish mahu saja Mia menjerit takut diapakan-apakan oleh Farish tetapi tangan Farish lebih cekap memberi isyarat tanda menyuruhnya diam.

"Ikut aku sekarang!"arah Farish.

"Kau nak bawak aku pergi mana? kau ni tak takut ke kalau orang lain nampak! lepaslah!"jerit Mia separuh berbisik.

"Ikut je la ke kau nak orang lain sedar?"ugut Farish sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Kau jangan nak apa-apakan aku!"Mia memberi amaran.Lengan Mia terus ditarik dan Mia hanya menurut sahaja.

Hingga ke dapur Farish menarik lengan Mia."Sakitlah! boleh tak kau lepas sekarang!"getus Mia.

Akhirnya Farish lepaskan lengan Mia yang ditarik tadi."Mia aku nak minta maaf!"Farish memohon maaf kepada Mia.

"Untuk apa?"soal Mia.

"Sebab dah kecewakan kau dan beri kau harapan palsu"

"Senang je kan! kau dah sakitkan hati aku lepas tu kau minta maaf?"Mia berpeluk tubuh dan anak matanya menikam tepat wajah Farish.

"Aku betul-betul minta maaf Mia!"rayu Farish.

"Rish...aku rasa kau tak perlulah nak minta maaf dekat aku sebab kau memang tak ada salah dengan aku soal kau kahwin dengan Ezar tu semua jodoh.Kita tak dapat nak buat apa-apa sebaiknya kau jagalah hati Ezar tu jangan bagi kisah silam dia berulang Assalamualaikum..aku pergi dulu!"ujar Mia panjang lebar dan terus meninggalkan Farish.

"Kisah Silam? apa kisah silam Ezar?"bisik hati Farish.

××××××

Ezar masih lena selepas selesai solat subuh dia terus menyambung tidurnya semula penat katanya.

"Zara bangun! hari ni aku nak kena balik rumah aku"ujar Farish sambil mengerakkan bahu Ezar.

"Ermm okey.."balas Ezar tanpa banyak berkata.

"Aik? apa kena dengan dia ni semalam elok je gelak-gelak ni tetiba pulak jadi pendiam ni apehal?"monolog hati Farish.

Ezar bingkas bangun dari katil dan mencapai tualanya kemudian pergi kearah almari pula untuk mengambil pakaiannya selepas itu dia terus keluar dari tanpa menghiraukan Farish.

Mak Imah mendekat dirinya pada Ezar yang termenung jauh.Entah apalah yang bermain difikiran anaknya itu sehingga tidak menyedari kehadiran Mak Imah disisinya.

"Zara..."Mak Imah menepuk bahu Ezar.

Ezar tersentak."Apa Mak?"Ezar menoleh kepada Mak Imah."Kenapa termenung ni? Farish mana?"soal Mak Imah.

"Farish..dia keluar la Mak"ujar Ezar dengan riak wajah yang tidak ambil peduli.

"Pergi mana?"

"Entah la Mak"Ezar membuang pandangan pada luar tingkap.

"Kenapa Mak tengok Ezar macam tak ambil peduli je tentang Farish?"

"Tak adalah Mak"

"Zara sayangkan Farish?"soal Mak Imah.Tiba-tiba lidah Ezar menjadi kelu."Apa yang aku nak cakap?"monolog hati Ezar.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now