××××××

"Zara mana? puas Mak cari tak ada pun!"soal Mak Imah.

"Dia pergi kerja"balas Farish.

"Kerja? bukan dah berhenti ke?"

"Belum...tapi Farish suruh dia berhenti hari ni jugak!"

"Baguslah kalau macam tu! Farish bila nak balik rumah?"

"Cadangnya petang ni la Mak."

"Ouh..Nanti dah sampai sana tolonglah jaga anak Mak tu baik-baik dia seorang je anak yang Mak ada sekarang ni lagi satu kalau boleh bagilah Zara tu kerja ke apa! sebab Zara ni lain sikit kalau dia tak kerja mesti dia merayap!"

"Hah! ouh kalau macam tu sampai je sana Farish terus bagi dia kerja!"balas Farish.Tapi kerja apa yang sesuai dengan minah ni? belajar pun setakat SPM je.

"Farish pergilah duduk ke nanti Nana nak datang sini!"ujar Mak Imah.

"Nana nak datang sini? baguslah macam tu boleh temankan aku hihihi!"desis hati Farish.

××××××

Setelah hampir 25 minit barulah Ezar berani bersua muka dengan Nisha.Tiba-tiba hatinya rasa berdebar kencang apakah ini cinta? cinta apanya nak minta berhenti kerja je pun! bukannya nak minta masuk meminang ke apa!.

"Nisha..!"panggil Ezar.

"Kenapa?"Nisha menoleh kearah Ezar.

"Aku nak berhenti kerja."

"Berhenti? la kenapa? suami kau tak bagi kau kerja ke?"

"A'ah..!"

"Ala....bosan la nanti kalau tak ada kau!"ujar Nisha.

"Nak buat macam mana! aku sayang kot kerja ni tapi nak buat macam mana aku terpaksa turuti kehendak dia!"

"Ezar aku rasa memang patutlah kau berhenti! iye la kau belajar sampai oversea tapi alih-alih kerja kat sini gaji pun bukan lumayan pun!"

"Kau ni macam halau aku je!"Ezar mencebikkan bibirnya.

"Mana adalah! okey la kalau macam tu aku benarkan kau berhenti tapiiii!!! kau jenguk la kita orang kat sini sekali sekala!"

"Itu sudah tentu mana boleh lupa kat kafe ni!"

"Hihihi...sekejap jap...aku tengok kau lepas kahwin ni nampak berisi la! jangan-jangan dah ada isi kot!"

Terbuntang mata Ezar dibuatnya."Weh aku baru kahwin minggu lepas kot nak ada isi macam mana.Aduhai Nisha..jauhnya kau berfikir!?"

"Iye tak iye jugak! macam mana la aku boleh lupa! hihihi jangan maroh nanti cepat tua"kata Nisha sambil tersengih.

"Tak nak...nak marah jugak!"

"Marah la kau sorang-sorang hihihi!"Nisha hanya ketawa melihat Ezar.

××××××

"Assalamualaikum.."Ezar memberi salam.

"Walaikumussalam.."balas Nana yang tiba-tiba muncul dimuka pintu.

"Aduhai..apahal budak ni menyibuk kat sini!!"desis Ezar sambil menjeling tajam kearah Nana.

"Zara..jemputlah masuk kita makan sekali nak?"

"Tak apalah..kau makan je la dengan Rish dan Mak aku.Aku nak masuk bilik dulu nak berehat kejap."balas Ezar hanya tersenyum hambar.

"Betul ni?"

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now