BAB 25

8.2K 335 6
                                    

Awal pagi lagi Ezar sudah bersiap untuk keluar kerja.Bosan duduk dirumah katanya dia sengaja merahsiakan dari Farish,malas mahu beritahu nanti mesti dia membebel kalah Mak Cik Bedah jiran yang berada dihadapan rumahnya itu sekali jerit hantu pontianak pun cabut lari.

Sewaktu kakinya melangkah keluar dari bilik namanya tiba-tiba diseru dan dia dapat meneka siapa yang memanggil."Kau nak apa?"balas Ezar.

"Kau nak pergi mana pagi macam ni?"soal Farish bila masa dia bangun tidur entahlah.

"Aku nak pergi kerja la"

"Kerja? macam ni lah kau boleh pergi tapi lepas tu kau kena minta berhenti kerja! ada faham?"ujar Farish tak ubah seperti mengongkong dirinya.

"Tapi?"

"Emm...tak ada tapi! aku bagi arahan kau kena ikut! petang ni aku kena balik rumah aku dan kau kena ikut aku!"

"Okey..fine!"Ezar menghela nafas yang panjang dan terus keluar dari rumah dia tak betah apabila berada lama disamping Farish boleh gila dibuatnya.

Kaki Ezar melangkah lemah menuju kearah restoran tempat dia mencari rezeki selama ini.Hari ini adalah hari terakhirnya bekerja disini huh kenapalah masa cepat sangat berlalu!

"Assalamualaikum pengantin baru!"sapa Mia dengan riak wajah ceria.

"Haish siapa pulak yang tegur ni! dah la guna ayat pengantin baru! stress betul la macam ni!!"desis hatinya.

"Walaikumussalam!"balas Ezar tersenyum hambar.

"Amboi kau dah lama tak nampak kan sejak kahwin ni!"Mia memandangnya dalam keadaan tersengih-sengih."Dah kenapa budak Mia ni tersengih-sengih macam kerang busuk! terlebih makan panadol ke apa?"

"Biasalah lepas kahwin macam-macam hal nak kena uruskan"kata Ezar tak berminat.

"Ezar...aku ada sesuatu perkara yang aku nak beritahu pada kau ni!"ujar Mia sambil memegang bahu Ezar.

"Apa?"

"Meh la duduk dulu! tak best la borak berdiri macam ni!"

"Ha ye la.."

Selepas duduk Mia pun bersuara."Ezar aku nak minta maaf banyak-banyak sangat sebab tak datang masa majlis perkahwinan kau dan kau mesti fikir aku bukan-bukan pasal Farish kan.Jujur aku cakap..aku tak sangka yang kau dengan Farish! Aku minta maaf sangat sebab dah terjatuh hati pada Farish!"ujar Mia panjang lebar dan mengenggam erat tangan Ezar.

"Mia dah la benda dah lepas janganlah diungkit.Perasaan suka tu memang fitrah manusia.Aku faham perasaan kau"

"Tapi Ezar...aku janji aku takkan sesekali cuba untuk rampas suami kau ataupun untuk runtuhkan rumah tangga kau.Kita kawan sampai bila-bila erk!"Mia mengangkat tangannya seperti berjanji.

"Iye la...Mia kau tak nak ke dekat kawan aku tu?"

"Siapa?"

"Aiman!"

"Yang muka handsome tu ke? yang selalu dengan kau tu ke?"kata Mia dengan perasaan teruja.

"Iye la..mak cik oi!"

"Hmm..tapi dia nak ke kat aku?"soal Mia.

"Insyallah...kalau dah jodoh takkan kemana Cik Mia oi!"

"Betul ni?"Mia tersengih sendirian.

"Betul..betul..betul..! nanti jap aku ada bawak buah hati untuk kau ehh! bukan buah tangan untuk kau nak tak?"ujar Ezar sambil mengangkat keningnya.

"Nak!!!!"jerit Mia.

"Sabar le bagi la aku ambil dulu! jangan le gelojoh sangat!"kata Ezar sambil menjuihkan bibirnya.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now