BAB 24

7.7K 316 6
                                    

Perlahan-lahan kereta Farish mulai masuk kedalam perkarangan rumah Mak Imah.Ezar pula sejak selepas makan terus melelapkan matanya agak-agak kalau bom meletup dia dengar tak?

Sebaik sahaja mendengar sebuah kereta memasuki perkarangan rumahnya,Mak Imah segera membuka pintu untuk menyambut kepulangan anak kesayangannya itu. Rindu la tu dah lama tak bergaduh dengan anaknya seorang itu.

Farish mematikan enjin kereta kemudian matanya beralih kearah Ezar yang nyenyak tidur.Rasa tak sampai hati pula untuk mengejutkan Ezar dari tidur lalu Farish mengambil keputusan untuk mendukung sahaja Ezar namun belum sempat tangan Farish sampai untuk mengangkatnya,Ezar sudah sedar dari tidur."Alaaa baru je nak dukung dia!"bisik hati Farish tidak berpuas hati.

"Kita dah sampai ke?"soal Ezar dalam keadaan yang masih mamai.

"Dah..cepatlah bangun tu Mak dah tunggu dekat depan pintu tu"balas Farish.

"Ouh ye ke?"Ezar mengesat matanya yang masih mengantuk."Ingat aku tak tau ke yang niat dia nak dukung aku? please la tak malu ke nanti Mak aku nampak?"ngomel Ezar didalam hatinya.

"Aku keluar dulu la.."ujar Ezar dan terus keluar dari perut kereta.

"Tinggalkan aku macam tu je?"monolog Farish.

"Assalamualaikum Mak yang tersayang muahh.."sapa Ezar sambil menyalam tangan Mak Imah.

"Walaikumussalam..Zara macam mana bulan madu? seronok tak? kalau ada rezeki bagilah Mak cepat cucu"

Terbuntang mata Ezar saat Maknya berkata tentang cucu."Cucu?..ish..lambat lagi le..hubungan aku dengan Farish pun tak elok lagi.Tiba-tiba dah sebut soal cucu,Hishh...meremang bulu roma aku.Cerita Tentang cucu ni lagi seram dari cerita hantu."bebel Ezar namun hanya mampu terluah dalam hatinya.

"Bulan madu? Alhamdulillah Mak semua okey je.. tak ada apa-apa cuma pasal cucu tu ermmm...mungkin tak de kot Mak"balas Ezar

"Apa? cuba ulang balik apa yang Zara cakap!"tanya Mak Imah.

"Tak ada apa la Mak.."senyum Ezar sambil menayang sebaris giginya.

"Ehh...jap tangan ni apasal berbalut?"soal Mak Imah tiba-tiba.

"Err...."kelu lidah Ezar dibuatnya.Kebetulan Farish datang kearah mereka sambil membawa dua buah beg bagasi yang berat.

"Hah! Farish ni apasal dengan bini kamu ni tetiba tangan berbalut!!"suara lembut Mak Imah tiba-tiba berubah menjadi garang.

"Alamak minah ni! apasal pulak aku terlibat sekali nih? apa salah aku?"Farish tiba-tiba menjadi blur.

Farish cuba mengerling kearah Ezar namun Ezar pula hanya membuntangkan matanya."Mak..jom masuk dah malam sangat dah ni!"balas Farish.

"A'ah la alamak Mak lupa Mak sekarang tengah goreng ikan!! hah masuk le dulu Mak nak ke dapur kejap."

"Fuhh...selamat! terima kasih ikan goreng sebab kau dah tolong aku!"Ezar menghela nafas lega.

"Tengok tak pasal-pasal aku kena soal dengan Mak kau!"ngomel Farish.

"Masalahnya kau ingat luka yang kat tangan aku ni,Aku suka-suka nak toreh ke?"

"Lantak kau la! ni ambik beg kau yang berat giler ni..kau ni bawak batu ke apa?"

"Tak payah sibuk la"Ezar terus menyambar begnya lalu mengangkat membawa masuk kedalam rumah.

"Bukan nak cakap terima kasih! nasib la bini aku.Kalau tak dah lama aku sekeh kepala tu!"bebel Farish sendirian.

××××××

Ezar sibuk membelek setiap satu persatu cenderamata yang dibeli untuk sahabatnya.Jujur dia bukan seorang yang suka membeli belah,ini pun sebab Farish yang belikan kalau tidak.Tak mungkin dia tak akan beli sebarang cenderamata langsung.

Tiba-tiba telefon Farish berdering kebetulan telefon itu terletak berhampiran bawah bantal Farish.Apa motif dia simpan telefon dekat bawah ni?

Ezar mengambil lalu melihat nama yang tertera pada skrin telefon adalah 'Dhia Zahtira'."Apa masalah pompuan yang bernama Dhia ni? nasib baiklah ni telefon Farish kalau tak mesti aku dah humban dalam sungai dekat belakang rumah ni!"

"Farish cakap dia takkan tinggalkan aku walau apa pun yang terjadi dan dia pun dah luahkan perasaan dia pada aku.Tapi semua tu boleh percaya ke? dengan munculnya seorang pompuan yang datang dari puak mana entah tiba-tiba call Farish hampir setiap hari!"marah Ezar sambil menatap skrin telefon Farish yang masih tertera nama 'Dhia Zahtira' itu.

Setelah marah Ezar sudah sedikit reda dia menyimpan semula telefon Farish dibawah bantal kemudian dia mengemas cenderamata yang dibeleknya tadi.Selepas itu,Ezar terus merebahkan tubuhnya kemudian menyelubungi seluruh tubuhnya dengan selimut.Tanpa dia sedari air matanya jatuh berguguran "Aduhai mata janganlah menangis malulah nanti Farish nampak!"bisiknya didalam hati cuba menenangkan diri.

Tiba-tiba pintu bilik diketuk namun Ezar tidak mahu memberi sebarang respons."Aik minah ni dah tidur ke?"Farish menjadi kehairanan.

Farish terus masuk tetapi apa yang dia lihat adalah Ezar yang tengah berbungkus didalam selimut."Aik tak lemas ke berbungkus macam tu?"Farish cuba mendekati Ezar untuk menarik selimut tersebut tetapi sebaliknya hasratnya terbatal kerana tiba-tiba terdengar telefonnya berbunyi.

"Siapa pulak call aku malam macam ni?"bebel Farish sambil mengambil telefon yang sengaja disorokkan dibawah bantal.

Sebaik saja melihat nama yang tertera hati Farish berubah menjadi panas dan segera Farish mematikan telefonnya."Tak habis-habis nak call aku! dia tak faham ke yang aku dah kahwin.Sebab dia jugaklah hubungan aku dengan Zara tak pernah nak baik!"dengus Farish kemarahan.

"Kenapa pulak dia tak nak jawab panggilan pompuan tu? mungkin dia takut kot aku terdengar perbualan dia dengan pompuan tu! Aku dah agak dah lelaki semua sama je! silap kau Ezar sebab dah jatuh hati dengan orang salah! Dia tu cuma nak mempermainkan perasaan aku je.Sedar la sikit lelaki macam Farish tu takkan nak dekat kau Ezar.Kau tu dah la tak cantik,baik,sopan santun macam pompuan lain Apa yang kau ada hanyalah penampilan yang serupa lelaki dan perangai kau yang macam kanak-kanak! tapi salah ke orang macam aku nak bahagia...? seteruk-teruk aku pun,aku teringin jugak nak berubah jadi macam perempuan yang biasa tapi aku takut...aku takut orang akan mainkan perasaan aku macam sekarang.Cukuplah berangan Ezar dia cuma kahwin dengan kau sebab ikut kehendak Mummy dia bukan atas sukarela pun!"luah Ezar didalam hatinya.

"Ni pulak kenapa berbungkus macam ni?"tiba-tiba suara Farish kedengaran.

Ezar hanya mendiamkan dirinya tanpa memberi sebarang respons."Mungkin dia penat kot? lantak dia la..patutnya aku yang tidur dulu bukannya dia?"bebel Farish sendirian.

Farish merebahkan tubuhnya lalu merangkul erat pinggang Ezar sekali gus membuatkan mata Ezar terbuntang luas."Alamak! lepas la rimas la kena peluk macam ni!"bisik hati Ezar.

"Lupa pulak aku nak tutup lampu!"tiba-tiba Farish bersuara.Suara itu betul-betul berhampiran telingannya sehingga membuatkan hati Ezar menjadi berdebar-debar.

Setelah Farish menutup lampu dia terus melelapkan matanya."Ya Allah,syukurlah dia dah tidur rimasnya masa kena peluk tadi nasib baik la aku pandai kawal kemarahan tadi kalau tak memang dah lama kena smackdown dengan aku tadi!"kata Ezar didalam hatinya.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now