"Okey..aku ikut la!"balas Farish.

"Iye la cepatlah! aku tau la yang kau takut kulit kau hitam!"

"Ehh! ehh! suka hati kau je tuduh haku!"ngomel Farish.

Farish mendekatkan dirinya Ezar.Ezar sibuk bermain dengan ombak kecil memukul persisiran pantai."Bestkan honeymoon kat sini!"bisik Farish tiba-tiba ditelinga Ezar membuatkan Ezar tersentak.

"Hahaha..memang le best tapi untuk pasangan yang bercinta je.Masalahnya kita ni bercinta ke?"balas Ezar.

"Takkan la tak terdetik dekat hati tu untuk mencintai aku?"soal Farish

"Setakat ni belum la..tapi yang akan datang kita tak tau la.Hati manusia kan boleh berubah sebab tu kalau nak bercinta jangan pilih rupa nanti bila dah tak cantik tak comel macam dulu nanti habis kena tinggal!"ujar Ezar.

"Walaupun apa pun yang terjadi aku takkan tinggalkan kau!"Farish berjanji sambil mengangkat tangannya sebagai tanda berjanji.

"Ermm..boleh percaya ke? sebab lelaki ni kadang-kadang berjanji je bagai nak rak lepas tu mula la buat perangai tinggalkan perempuan tu"

"Semua lelaki tak sama!"

"Memang la tak sama,ada ke aku cakap sama tadi?"

"Tak ada...tapi"

"Tapi apa?"tiba-tiba air itu dipercikkan kearah Ezar habis hampir keseluruhan seluarnya basah.

"Woi!!! habis basah seluar aku!"jerit Ezar kemudian dia terus mengejar Farish yang mula berlari meninggalkannya.

Namun sejauh manapun Farish berlari dia tidak mampu boleh melawan pelumba lari johan tiga tahun berturut-turut itu."Suka hati kau je simbah seluar aku sampai basah!"satu tamparan hinggap pada lengan Farish.Serius sakit weh boleh masuk ICU kot.

"Sakit la!!! Ehh shhh...tak malu ke orang lain tengok!"

"Nak malu buat apa! kalau ada suami pun yang menyakitkan hati je!"

"Alaa..rilek laa gurau senda itu yang mengukuhkan lagi rumah tangga tau Kau tau apa? tau makan je!"

"Eee...ikutkan hati ni nak je aku cekik..cekik dia ni! tapi bila pikir balik kalau laki aku mati tercekik mana le aku nak cari lelaki sehensem dia nak kat aku! setakat ni mana ada orang pernah masuk meminang aku sebab itu Mak aku main terima je pinangan Mak Farish ni sebab Mak tak nak aku jadi anak dara tua!"bisik hati Ezar sambil memucungkan bibirnya.

"Buat bibir itik! bibir tu kalau sangkut penyangkut baju pun dah boleh dah!"

"Eee...dah la jom balik..penat la main kejar- kejar tadi dah macam filem hindustan pulak!"

"Aik..cepatnya!"

"Encik Abang nak balik ke? atau tidur sini?"soal Ezar.

"Mestilah balik!"

"Dah tu jom laa.."balas Ezar

"Haishh..buat nak sweet sikit dia dah ajak balik!"ngomel Farish.

××××××

"Rish..."panggil Ezar perlahan."Apa?"balas Farish.

"Kau marah dekat aku lagi ke?"soal Ezar sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Marah? marah sebab apa?"

"Okey...tak de apa la saja tanya!"Ezar terus mengalihkan pandangannya pada perjalanan.

"Aik? aku pelik betul le dengan perangai pompuan nih.Pening ke tadi tanya lepas tu tiba-tiba cakap tak ada apa-apa!"bebel Farish.

"Zara..aku nak kau berhenti kerja lepas nih.!"

"Apa? tak nak la aku dah sayangkan kerja tuh kot!"

"Setakat kerja bancuh kopi dengan basuh pinggan pun sayang ke? Aku suruh kau berhenti kerja sebab lepas nih kau kena ikut aku tinggal kat rumah aku!"

Ezar hanya memuncungkan bibirnya,"Aduhai...kenapa aku mesti ikut mamat ni! jap dah nama pun suami isteri mestilah isteri kena ikut je kemana suami pergi..kenapa aku ni bengap sangat aduhai!"bisik hati Ezar.

"Zara! kau kena dengar cakap aku.selama ni aku ikut je apa kemahuan kau takkan le benda simple ni pun tak nak ikut!"

"Baiklah!"Ezar hanya memeluk tubuhnya dan melirikkan matanya pada Farish.

"Baguslah kalau macam tu!"balas Farish.

"Rish...kalau aku tanya kau jangan marah boleh tak?"

"Apa? cakap je la?"

"Siapa Dhia Zahtira?"soal Ezar

"Macam mana kau boleh tahu nama Dhia Zahtira tu?"soal Farish pula.soalan yang dibalas dengan soalan.

"Aku nampak dia call kau semalam! bila aku jawab dia panggil kau 'sayang'! yang aku peliknya kalau dia panggil kau sayang habis tu aku siapa pada diri kau?"

Soalan itu umpama seketul batu yang besar yang menghempap Farish."Dhia Zahtira tu cuma.."

"Tak pe kau tak payah cakap aku sedar siapa diri aku!"ujar Ezar sambil tersenyum.

"Cuba bagi aku masa untuk penjelasan!"Farish cuba membela diri.

"Tak perlulah Rish...aku bukan perempuan yang suka mendesak dan terhegeh-hegeh pada lelaki.Mesti jawapan yang akan bagi adalah Dhia tu cuma kawan kau ataupun lain-lain."

"Zara..!"

"Dah le aku nak tidur kejap.Kau bawak le kereta nih nanti dah sampai kejutkan aku! pasal Dhia tu lupakan je la anggap je yang aku tak pernah tahu pasal hal ni.Aku pun takkan beritahu Mak aku..malas la nak masuk campur hal orang kan.Ehhh jap...sebelum aku nak tidur ni boleh tak singgah dulu makan..perut aku lapar la!"

Lidah Farish menjadi kelu melihat kelakuan Ezar macam tak ambil peduli langsung."Okey lah!"hanya jawapan itu yang mampu terungkap dari bibir Farish.

"Cepatlah sikit bawak...tak pun bagi aku je drive!"ujar Ezar sambil memegang perutnya yang lapar.

"Huish..tak payah la kang kalau kau bawak daripada tayar kereta cukup empat terus tinggal 2 je!"gurau Farish.

"Okeyh..!!"Ezar menjeling tajam kearah Farish.

"Bahagia hanya luaran,
namun derita bermain didalam,
Senyuman hanya hiasan,
namun hati menyimpan luka yang dalam,"hanya itu yang mampu diluahkan dari hati Ezar.

Bohonglah kalau dirinya berkata tidak mahu ambil peduli tentang Farish.Jujur juga dari hatinya dia mulai mencintai Farish.Namun setiap kali dia cuba berbaik ada sahaja halangannya.Aku tak kira aku kena siasat tentang perempuan yang bernama Dhia Zahtira ni!

Aku takkan biarkan hidup aku kecewa berkali-kali cukuplah dan aku dah tak sanggup lagi.

**********

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now