BAB 23

8.3K 329 8
                                    

"Dah kemas ke belum barang!"ujar Farish dengan riak wajah serius.Farish sudah membuat keputusan buat masa ini dia tidak mahu bercakap lama dengan Ezar cukup sekadar bertanya soalan penting.Dia cuma mahu mengajar Ezar untuk menerimanya walaupun terpaksa.

"Kenapa dia nampak serius sangat?"monolog Ezar sendirian sambil melihat Farish bersama laptop kepunyaannya."Mungkin dia stress kot pasal hal kerja sebab tu dia nampak serius"teka Ezar.

"Aku dah kemas semua barang.Bila kita nak balik?"soal Ezar.Farish hanya tidak mengambil peduli tentang pertanyaan Ezar walaupun dia mendengar.

"Rish!! aku tanya kot jawab la!"bentak Ezar.

Farish hanya meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan Ezar."Aku nak keluar boleh tak!"Ezar menukar soalan lain pula sekadar menguji Farish.

Farish mengalihkan pandangannya kearah Ezar."Boleh tak jangan nak mengada! baru je nak sembuh demam panas tu dah mengada-ngada nak keluar!!,Ingat sikit kalau aku tak tolong kau semalam mungkin kau takkan jumpa Mak kau lagi!"bidas Farish sengaja menyakitkan hati Ezar.

"Rish...aku tak ada niat pun nak bergaduh dengan kau.Kalau kau tak bagi aku keluar okey aku terima tapi tak perlulah nak mengungkit pasal aku sakit tu.Aku faham aku dah banyak sangat menyusahkan kau.Tak apalah aku tunggu je dalam bilik nanti dah nak balik kau ketuk la pintu bilik tu"ujar Ezar dan terus melangkah masuk kedalam bilik.

"Kejam sangat ke aku ni?!"bisik Farish."Zara.."panggil Farish.

"Apa kau nak?"balas Ezar.

"Jom keluar la...kesian pulak kat kau, sepanjang kau kat sini tak pernah pun rasa gembira sebab banyak menangis je.Orang pergi honeymoon gembira je tapi kau pulak banyak tertumpah air mata!"ajak Farish.

"Iye ke aku banyak menangis.Selalunya akulah orang yang paling susah nak menangis.Bak kata Mak aku,aku ni bukan sejenis hati tisu yang mudah menangis"monolog Ezar sendirian.

"Nak ke tak nak?"soal Farish sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Okey..aku ikut!"balas Ezar.

"Ermm..cepatlah aku nak bawak kau pergi pantai!"

"Iye..aku tengah siap ni!"balas Ezar melangkah masuk ke dalam bilik.

××××××

Laut terbentang luas tercipta mampu membawa suasana indah bagi setiap para pelancong."Ya Allah indahnya ciptaan-MU."bisik hati Farish.

Sungguh saat ini hati Ezar berasa sangat tenang."Aku harap sangat akan tercipta sebuah kenangan manis disini tapi dapat ke?"monolog Ezar sambil memeluk tubuhnya.

"Zara jom la jalan-jalan kat tepi pantai ni! takkan la takut hitam?"ajak Farish dengan senyuman mengejek.Farish ingin membatalkan hasratnya untuk perang dingin dengan Ezar memandangkan mood Ezar sudah baik.

"Ehh sorry sikit..aku ni kalau berjemur macam mana pun kulit aku tak pernah hitam okey tapi setakat berbelak biasalah.!"balas Ezar

"Kau kan pakai topi dengan cermin mata.Cepatlah takkan duduk kat sini je kot bosan la.!"ngomel Farish.

"Ye la..."Ezar membuka seliparnya kemudian berlari anak kearah persisiran pantai dan bermain disitu.

"Weyh!!! best kot jom la join sekali!"jerit Ezar sehingga orang yang berada disekeliling memandang kearahnya namun Ezar tak peduli dengan cakap-cakap orang.

"Tak pe la biar je la aku kat sini!"balas Farish.

"Weh!!! jom la teman aku! bosan la kau tak ada!"ujar Ezar."Betul ke apa yang aku dengar tadi!"Farish tersengih sendirian nampaknya Ezar memang memerlukan Farish didalam hidupnya.

𝘿𝙞𝙖 𝙈𝙞𝙨𝙨 𝙏𝙤𝙢𝙗𝙤𝙮!Where stories live. Discover now