BONUS PART(Ending)✔

19.3K 406 25
                                    

" Harraz,tak maulah main kat situ. Kang jatuh terbalik nanti " Laung Ain yang sedang memasak di dapur.

Tangan je yang leka mengaul tapi matanya tertumpu pada Harraz yang sedang bermain seorang diri di dalam walker .

Kushairi pula setiap minggu sibuk. Apa tak nya setiap hari ada sahaja kes yang perlu dia selesaikan. Tidak menang tangan aku dengan Kushairi menguruskan Harraz.

Harraz kadang kadang suka jadi burung hantu sampai subuh. Bila jadi je keadaan macam tu haa mulalah Kushairi dan aku bergilir-gilir tidur. Tapi biasanya aku soranglah yang kena jaga sampai subuh. Hah! Lagi satu, aku dan Kushairi masih study tau! Cuma Kushairi sekarang ni tengah praktikal di pejabat peguam milik papanya. Bila hari minggu je aku jaga Harraz. Hari hari lain aku serahkan Harraz kepada nenda dia yang torchenta!

Jam di dinding aku kerling. Dah nak masuk makan tengahari. Kang laki aku balik! Adeh!

" Assalamualaikum anak papa " Kushairi terus mendukung Harraz ke pangkuannya. Pipinya dicium cium berulang kali.

" Walaikumussalam anak mama " Jawabku.
Kushairi memandangku yang sedang memegang senduk sambil apron yang masih terikat kemas ditubuhku.

" Anak mama? Ada ada je dia ni tau "

" Abang duduklah dulu. Ain siapkan makanan kejap "

" Sayang, abang tak balik office tau lepas ni. "

Keningku bertaut.

" Kenapa pulak? "

" Abang dah mintak cuti. Cuti sebulan! Abang nak bawak keluarga kita ni pergi honeymoon! " Ujar Kushairi sambil memeluk isterinya dari belakang.

" Mak oii lamanya! Habis nanti papa tak marah ke? "Jawabku.

"Papa yang suruh. Abang sambar jelah "

" Kita nak pergi honeymoon kat mana? "

" Emmm kat sini pun boleh " Jawab Kushairi sambil mencium leherku.

" Eishhh betul betul lah! "

" Kita pergi dekat dekat je. Bali. "

" OMGGG BESTNYAAA SAYANGGG! " Ujarku sambil melompat lompat.

Tiba tiba si kecil Harraz menangis. Serta merta aku memandang Kushairi.

" Saya lupa kita dah ada anak. Errr "

Kushairi menepuk dahinya. Adeh! Boleh gila ada isteri macam dia ni!

    **********************************************

" Kamu berdua ni betul ke nak bawak Harraz sekali pergi bulan madu? " Soal ibu

" Ye bu. Kesian Harraz nanti kalau Ain tinggalkan dia sorang sorang kat sini. Kang malam malam dia cari Ain macam mana? Dahlah masih breastfeeding  lagi." Ujarku sambil memangku Harraz.

" Harraz tu masih belum pandai berjalan. Baru je nak belajar merangkak. Kamu berdua kena jaga cucu ibu tu betul betul " Kata mamanya Kushairi pula.

" Yeye. Jangan risau. Ain dengan Kushairi akan jaga anak kami dengan penuh fokus. " Ujarku.

" Terpulanglah dah kalau Ain cakap macam tu. Kami setuju aje " Ujar walid.

Yeayy! Dah dapat lampu hijau!

.
.

.

Aku menolak beg bagasi ke ruangan menunggu. Sementara itu,dia menyusukan Harraz menggunakan botol susu. Lapangan terbang KLIA2 ni bukan kecik. Besar gila! Boleh sesat aku dalam ni.

Pendiam Tapi Romantik (COMPLETED)✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora